Wednesday, July 29

kaedah menghafaz Al-Quran

Melancarkan sebutan ayat-ayat al-qur’an yang ingin dihafal.

Pastikan tiada kesalahan pada baris, makhraj huruf dan menepati sifat yang wajib bagi tiap-tiap huruf agar tidak bercampur di antara satu huruf dengan huruf yang lain.
Setelah membaca dengan lancar dan tanpa terdapat sebarang kesalahan mulalah menghafal dengan kaedah di bawah:
a. Beristighfar kali.

b. Berselawat kepada Nabi SAW. 7 kali.

c. Baca ayat berikut , 7 kali:

“inna nahnu naz’zalna’ zikqra wain’na lahu laha’fizun”

d. Baca surah al-fatihah 1 kali.

e. Baca do’a pembukaan menghafal al-qur’an

4. Mulalah menghafal dengan hati yang tenang dan khusyuk dengan mengambil tiga ayat atau lima ayat untuk dihafal.

5. Jangan terlalu gopoh dengan tujuan untuk cepat ingat.

6. Hafalkan dalam kadar satu maqraq(*) atau dua halaman dalam satu masa.

contoh:

Ayat pertama Ulang sebanyak 30x

Ayat kedua Ulang sebanyak 30x

ayat satu dan dua diulang bersama sebanyak 10x

ayat ke tiga buat ulang seperti ayat satu dan dua 30x

diulang ayat satu dan dua dan ditambah dengan ayat tiga sebanyak 10x

nota : begitulah seterusnya sehinggalah bertemu ayat yang kesepuluh. dan apabila berjumpa ayat yang seterusya yakni ayat sebelas maka disusun semula daripada sebelas dan seterusnya.. pastikan jika ayat melebihi daripada sepuluh maka haruslah diulang seperti contoh diberikan ini. jika satu2 surah itu melebihi daripada 10 ayat keatas maka anda digalakan meletakan target setiap kali mengulang dan menhafaz haya sepuluh ayat sahaja. dan anda mebuat kiraan semula selepas masuk ayat 11. contoh : 1-10 / 11/20 ayat. begitulah seterusnya.

ayat 1 hingga 10 - 11 hingga 20 - 21 hingga 30 dan begitulah seterusnya.

7. Apabila selesai menghafal bacalah do’a penutup :

Perkara Yang Perlu Diperhatikan Dalam Menghafaz Dan Menjaga Hafazan Al-Quran :

1. Ulangi bacaan hafalan disetiap ketika tanpa rasa jemu dan bosan.

Menghafallah ditempat yang sunyi, tenang dan jauh dari maksiat.
Cuba bawa ayat hafalan dalam solat dan sentiasa solat malam.
Gunakan hanya sebuah al-qur’an sahaja yang menepati mashaf Uthmani.
Mengutamakan solat di awal waktu dan berjamaah di masjid.
Sentiasa berwudhu’ dan takut kepada Allah.
Memulakan dan mengakhiri bacaan dengan do’a dan sentiasa menjaga adab dan memuliakan al-qur’an.
Kurangkan ketawa dan banyak mengangis.
Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Kurangkan makan, tidur dan berbual kosong dan elakkan dari memakan yang syubhat.
Banyakkanlah berpuasa sunat dan segala amalan sunat yang lain.
Sentiasa menjaga mata semata-mata kerana Allah dan tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk kepentingan peribadi dan segala sesuatu yang sementara.
Untuk menajaga hafalan.
a. Sentiasa takut kepada Allah

b. Sentiasa berwudhu’

c. Sentiasa solat malam

d. Sentiasa bersugi

e. Sentiasa bersuci bila berhadas.

f. Melakukan solat sunat Hifzi pada sepertiga malam.

cara solatnya:

i) Rakaat pertama _ YASSIN

ii) Rakaat kedua _ AL -DUQHAN

iii) Rakaat ketiga _ AS-SAJADAH

iv) Rakaat keempat _ AL-MULK

v) Baca do’a setelah selesai solat.

Warllahuaqlam…

* tenkiu pada ustaz utk pek0ngsian ilmu. ana mintak izin c0py. ekceli ada banyak teknik yg buleh diikut n kaedah ni adalah salah satu daripadanya. tepulang kat kita yg mana sesuai utk diamalkan*

2 comments:

::Cik Ngah:: said...

Wah bagus sekali tips ini.Sangat berguna.G00d Girl!!hehehe

lidey lim said...

sie sie ni ;")