Sunday, April 3

tips : elakkan sakit mata akibat kerja-kerja fabrikasi/kimpalan [part two]

bismillah...
hari ni entah hari ke berapa Perlis dalam banjir namun alhamdulillah, ayiaq sudah mula surut dan kering.
oleh itu sibuklah orang orang kampong membersihkan rumah masing masing termasuk lah juga rumah ku. errr kecuali aku. haha. biasalah budak malas. aku hanya mampu tolong ibu berus lantai kat tempat parking keta dan cuci dinding luaq umah saja sebelum melarikan diri untuk tidur :D
ya ya aku memang kejam. tak payah mengutuk kerana aku sedar diri haha.

so disebabkan banjir ni aku berkesempatan melepak dengan lebih lama di samping berkongsi cerita dengan member-member yang dah jarang jumpa.
so dalam duk rabung sembang entah camna boleh terkeluaq tips aneh tapi bagus dari kawan aku tentang sakit mata welding nih.

err actually kami sedang sembang pasai glasses. yang mana ori yang mana cun yang mana tiruuaann. camna kesan guna glasses biasa ni pada mata bila guna untuk welding etc...
oh banyak cerita pulak.

so here's the tips. sebelum aku lupa, let me remind kamu kamu. tips ni hanya untuk selepas welding dan mata kamu sudah terdapat tanda tanda awal untuk sakit. bukan lah selepas sakit oke. kalau dah sakit sila rujuk balik entry aku yang sebelumnya di sini

  • cuci mata bagi bersih dulu
  • cari besen atau mangkuk besaq dan isi dengan ayiaq suam. make sure jangan terlalu panas kerana ia akan digunakan untuk merendam mata kita yang berharga ni oke
  • masukkan garam secukup rasa. tak perlu masin sangat. cukup sekadar lidah kita dapat detect rasa masin tu. ingat kita nak buat rawatan mata dan bukannya mau masak gulai lauk mata okeh.
  • so bila da siap tunggu apa lagi. celikkan mata anda luas luas dalam air garam tersebut.
  • buat 2, 3 kali sampai rasa selesa

ramai yang cuak bila dengaq mata nak kena rendam dalam ayiaq garam *aku pun cuak juga pada mulanya*
but don't worry. mata anda tak akan merasa terseksa malahan selesa. mungkin pada mula mata akan sedikit terkejut tapi biasalah. mungkin kandungan dalam garam tu sedang bertindak balas dengan apa yang ada dalam mata kita.

biarpun aku tak penah cuba lagi tips ni *sebap aku dah lama tak kena sakit mata nih and i wish i don't have to lah* tapi berdasarkan pengalaman kengkawan aku ia adalah amat mujarab.
apa pun terserah saja pada kamu kamu untuk pilih cara yang terbaik yang dirasakan bersesuaian.


i'allah kalau ada lagi tips tips yang baru akan aku share kat sini.
sessh0

No comments: