Wednesday, September 1

dilema balik kampung.

bismillah...
bagaimana dengan ibadah sepanjang ramadhan ini? moga semakin bertambah taqwa kita terhadapNya i'allah.

lidey.
sekali lagi dalam dilema. lidey memang suka dilema&susah hati tak tentu pasal.
tapi ini kali dilemanya agak dilema jugak.
alkisah...
aku akhirnya dah putuskan utk tuang saja kerja utk balik kamp0ng. walaupun gaji kena potong almost RM200++ aku rela. walaupun kos pejalanan=tol+minyak pergi balik juga hampir mencecah rm200, aku tak peduli. kata bro aku kurang bijak. aku tak setuju. aku amatlah bijak dalam merugikan duit. bagaimana aku ni dikatakan kurang bijak pulak kan?

aku juga akhirnya terpaksa memutuskan utk pulang sendiri berseorangan memandangkan tiada siapa yg sanggup menemani aku. tinggallah aku&buntal sambil nyanyi lagu sudirman-balik kampong. kata kak+abang aku cari penyakit. drive seorang diri in long distance juga terpaksa menghadap jem strawberi di atas highway akibat ramainya umat mau pulang beraya di kampong adalah amat tak masuk akal&merbahaya. kerana aku seorang wanitaaaa~ *errr nak ganti guna word pompuan blehhh? rasa remaja sikit*

jawapan aku kepada diri sendiri :

APA NAK BUAT INGAT AKU TAK TAKUT KA??? AKU LAGI LA CUAK NAK BALIK SENGSORANG BERTEMANKAN BUNTAL BERODA EMPAT ITU. OLEH YG DEMIKIAN JANGAN MENAMBAHKAN RASA CUAK AKU DENGAN MEMBERIKAN AYAT KALAU KALAU DAN KALAU LAGI. AKU HANYA MAU BALIK KAMPONG JUMPA IBU DAN GULING GULING ATAS KATIL DAN CUCI BUNTAL SEBERSIHNYA DI TEMPAT YG SEPATUTNYA DAN DAN DAN DAN MACAM MACAM LAGI

oke selesai. hilang dilema aku :)

sessh0

No comments: