sambungan perbincangan : BERJAYA YG SEBENARNYA
Kejayaan di akhirat ini juga mempunyai pelbagai maksud dari banyak pendapat. Ada yang mengatakan kejayaan ini sama ertinya dengan kemenangan. Apa pula maksud kemenangan…?
Kemenangan dalam erti kata mudah ialah berjaya menewaskan atau berjaya dalam sesuatu yang dilakukan secara bersaing ataupun antara seseorang dengan pihak yang lain. Sebagai contoh menang dalam sesuatu pertandingan atau peraduan. Namun di sini kemenangan yang dibincangkan bukanlah berkaitan dengan pertandingan atau peraduan yang ada tetapi membawa maksud yang lebih besar dan hebat. Kemenangan yang sentiasa didambakan oleh setiap umat Islam yang ada di muka bumi ini, iaitu kemenangan akhirat.
Kita selalu dengar, Hari Raya Aidilfitri disambut kerana meraikan kemenangan umat Islam yang telah berperang dengan hawa nafsu yang boleh saya katakan sebagai musuh dalam selimut. Maal Hijrah pula disambut bagi meraikan kemenangan Rasulullah dan sahabatnya yang terdahulu berhijrah seterusnya membuka lembaran baru bagi Islam. Apa sebenarnya kemenangan dari sudut Islam…?
Berdasarkan contoh yang telah saya beri di atas, dapat kita lihat secara umumnya kemenangan dari sudut mata Islam lebih kepada kejayaan seseorang individu itu melaksanakan tanggungjawabnya sendiri sebagai Islam yang sejati. Contoh yang paling dekat dan mudah ialah seperti rukun Islam yang. Kejayaan seseorang menjalankan segala perkara yang lima itu akan dianggap satu kemenangan yang akan dihitung di akhirat kelak. Maka kemenangan ini adalah salah satu daripada kemenangan akhirat. Itu baru melakukan perkara lima yang wajib. Bayangkan apabila kita berjaya melakukan perkara-perkara sunat dan melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan oleh Allah terhadap hambanya di muka bumi ini. Betapa besar kemenangan kita yang dihimpun di akhirat kelak.
Jika di dunia, apabila kita mendapat sesuatu kemenangan, semestinya kita akan mendpat hadiah yang setimpal. Dalam erti kata lain, jika lebh risiko bagi kemenangan itu, maka lebih besar ganjaran yang akan diperolehi. Begitu juga dalam konteks kemenangan dan kejayaan akhirat. Lebih besar pengorbanan dan sempurna amalan yang dilaksanakan maka besarlah ganjaran bagi kemenangan yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kemenangan dalam erti kata yang sebenar.
Apa yang dapat dijelaskan di sini, kejayaan dan kemenangan bukanlh perkara yang sama namun kejayaan diperlukan bagi memperoleh kemenangan. Ini bermakna dua istilah ini adalah saling berkaitan dan akan menjadi symbol dalam menilai seseorang, samada di mata manusia atau di mata Allah. Cuma yang menjadi perbezaannya hanya Allah yang lebih mengetahui dan tidak pernah salah dalam menilai dan menentukan segala kejayaan dunia dan akhiarat sedangkan manusia hanya menilai kejayaan yang didamba manusia sahaja

No comments:
Post a Comment