Wednesday, February 24

riak itu...

" tediaaa... memang lah tangan p0mpuan. cun gila bit (kumai welding) ang"
dulu bila dengaq saja ayat ini aku akan tersenyum. gembira. at least ada gak yg cakap cantik walaupun pada mata aku huduh
namun mendengar ayat yg sama dari orang yg berbeza berkali2 sudah membuatkan aku terlebih gembira
sedikit demi sedikit p0jek padding aku hancur. bit senget. bit berlubang, puas aku pikir punca. puas aku tukaq mesin. puas aku tukaq elektr0d. namun hasilnya tetap sama. bit akan senget, tak sekata&paling sedih berlubang2. masyaAllah
sedikit demi sedikit juga aku teringat kembali. seakan2 aku tahu apa puncanya. segera aku beristighfar... sungguh tak aku sangka, hanya kerana ayat itu. hati aku telah tersasar jauh. welding bukan lagi jadi salah satu dari matlamat aku mengasah skil&menceduk ilmu. welding seakan2 dibuat hanya utk mendapatkan pujian. utk dilihat sebagai terbaik. utk tidak dikutuk. sedangkan sebelum ni aku amat tak kisah jika ditegur&dikutuk tentang skill aku yg teruk tu
sedikit demi sedikit aku kembali sayu. malu pada Allah. bagaimana dengan mudahnya aku lalai hanya dengan sep0t0ng ayat. mujur. mujur, aku masih diingatkan. mujur Allah masih sayangkan aku&menjadikan semua itu sebagai peringatan. betapa riak itu besar impaknya. walaupun hanya dalam hati. sem0ga aku tidak termasuk dalam g0l0ngan yg dilaknatNya akibat riak yg hidup di dalam hati
mungkin ramai yg menganggap hal ini remeh. tidak. riak bukan sesuatu yg remeh. walaupun ia tidak dilafazkan dengan kata, tidak terlahir oleh perbuatan. cukup sahaja riak di hati sudah ada balasan yg menanti. ya, jangan dibuat main dengan riak. aku da cukup serik dengan sifat yg satu itu. biarpun sekecil2 riak. sem0ga Allah menerima taubat ini... sem0ga Allah melindungi diri dari sifat ini...

i'allah aku akan cuba cari tentang hukum riak secara detail beserta apa2 dalil&ayat2 yg berkaitan utk kita k0ngsi agar kita saling ingat mengingati. i'allah. ingatkan aku jika lupa.

sessh0

No comments: