Monday, March 22

# catatan 1

Bismillah…

Hari pertama hidup tanpa internet dirasakan aneh. Begitu juga hari2 seterusnya. Tiba2 terasa seperti aku memiliki 34jam sehari, bukannya 24jam. Masakan tidak, aku hanya berlegar2 di sekeliling rumah tanpa arah tuju. Tiba2 juga aku mencuci pinggan, membasuh baju, melipat&menyidai kain tepat pada waktu, dapur juga sudah muncul asap2 hasil dari masakan aku (ecei) malah si buntal yg tak terurus berbulan2 tu p0n kembali berkilau&bersih seperti sebelumnya. Aneh.

Rupanya, baru tersedar. Begitu banyak masa yg aku habiskan di hadapan lapt0p dek penangan saudara internet itu. Betapa hebat tarikan si internet dalam mengg0da aku. Betapa aku lemas dalam dakapan keasikan dunia maya. Rupanya…

Tidak, ia bukan sekali2 salah si internet. Sememangnya dia pengg0da hebat. Itu tugasnya. Sang pesalah yg harus menerima hukuman adalah aku. Yg telah tewas ditawan.

Hafazan? Alhamdulillah. Satu ayat atau mungkin lebih dalam sehari (sepatutnya 1muka atau lebih Hihi)

Bersyukur, sekurangnya ia lebih baik dari sebelum ni. Cuma yg masih hilang&belum ditemui, saudara tumpuan atau lebih dikenali dengan en. Focus.

Focus lidey focus!

sessh0

2 comments:

~akuni~ said...

ho ho ho

Pok Li said...

Masa itu penting. Mungkin sejam depan komputer dah cukup kot