keselamatan adalah antara perkara yg amat dititikberatkan dalam dunia teknikal. Keselamatan se0lah sin0nim dengan dunia teknikal kerana dengan mengabaikannya sama juga seperti kamu mengabaikan nyawa&diri sendiri.
“Utamakan keselamatan”
“safety first”
Bukan dalam dunia teknikal saja, malah kebanyakan bidang lain juga meletakkan keselamatan antara perkara utama yg perlu diambik tahu. Malah signb0ard dengan tulisan seperti di atas adalah amat p0pular diletakkan di tempat2 tertentu.
Namun yg pasti terdapat satu lagi hal yg jarang2 diambil pusing, dan hanya disedari&disesali setelah ada yg terkena. Setelah yg sihat tidak lagi kekal kuat, yg muda tidak lagi kekal bertenaga, dan yg lama tak lagi rasa beharga
“Utamakan kesihatan”
Pernah Nampak tanda peringatan ini sebanyak peringatan keselamatan? Terutama di tempat kerja? di bidang teknikal? kurang bukan? Inilah sebenarnya pembunuh dalam senyap. Pembunuh&penyeksa yg tak disangka.
Jarang yg terfikir, apa kaitan kesihatan terutama dalam dunia teknikal? Bukankah kesihatan yg baik b0leh dicapai dengan pemakanan sihat&senaman yg cukup? Apa kaitan dengan kerja teknikal? Bukan kah keselamatan perlu ditumpukan kerana risik0nya yg mampu meragut nyawa? Hakikatnya ya. Namun keselamatan bukan lah satu hal yg perlu dirisaukan berlebihan kerana sudah pasti terdapat guideline atau garis keselamatan yg sememangnya disediakan dalam mana2 kerja berisik0. Hanya perlu patuhi garis keselematan&silakan, teruskan tugas anda dengan berhati2 dan f0kus. Itu sahaja.
Keselamatan&kemalangan. Sesuatu yg b0leh dilihat dengan mata kasar. Itu hakikat. kesihatan?
Dalam bidang teknikal sendiri, berapa ramai yg tahu gas2&asap, cecair kimia, habuk debu apa yg disedut&sentiasa terhidang di tempat kerja setiap hari? Jika apa yg disedut&dilihat p0n tidak tahu, masakan mereka tahu apa kesan yg mampu dibawa oleh semua itu? Dan sudah pastilah segala kesan sampingan itu jarang dirasakan dalam temp0h terdekat, apatah lagi sewaktu diri masih muda membara.
Kesan sampingan itu b0leh saja dianggap seperti hadiah persaraan. Hanya muncul di saat diri sudah semakin menginjak usia, sewaktu diri sudah terasa jemu utk meneruskan tugas. Bukan saja terpaksa menanggung kesan sampingan, hadiah persaraan yg istimewa ini juga mampu membuatkan segala yg dilakukan saban hari terbatas. Lebih malang lagi, nyawa menjadi pengganti.
Tidak percaya?
Buat saja kajian. Tanya saja sama mana2 mereka yg arif. Apa kesan sampingan menghidu terlalu banyak gas karb0n di0ksida, gas asetilena&gas2 lain yg selalu digunakan dalam kerja2 teknikal yg lain. Asap&debu hasil dari kimpalan, canai&pelbagai kerja2 lain mengandungi serbuk2 besi yg halus yg mengandungi pelbagai campuran l0gam yg ada diantaranya mampu membunuh serta merta jika terdedah dalam kuantiti yg melampau. Itu hanya sedutan. Hasil sedutan yg akan berakhir di paru2. Bayangkan saja.
Itu belum lagi dikira yg terdedah dengan kulit muka&badan. Ada yg mudah dibersihkan. Ada yg sukar. Namun jika difikirkan kembali, habuk2 yg sebesar zarah itu mana mampu dilihat dengan mata kasar. Mungkin ia hilang sewaktu dibersihkan. Ada yg meresap ke dalam kulit lalu menjalar di seluruh pembuluh darah. Siapa tahu? Itu jika kulit biasa. Bagaimana jika terdapat luka yg terdedah atau r0ngga2 badan yg memang sedia terbuka? Bayangkan saja.
Atau boleh saja pertimbangkan persekitaran bunyinya. Alunan irama yg terhasil dari mesin2 yg digunakan di kilang2, atau juga terhasil dari mana2 pr0ses yg dilakukan seperti pem0t0ngan, mencanai, mengetuk dsb. Alah bias tegal biasa. Irama yg mengetuk gegendang telinga sudah kedengaran biasa. Sudah dianggap seperti muzik r0ck yg sedap didengar. Namun bayangkan jika gegendang telinga yg disayangi diketuk saban hari dengan muzik serupa utk temp0h yg lama. Dengan kadar yg tinggi. Tahukah berapa frekuensi&kekuatan bunyi2 yg terhasil itu? Bagaimana mereka yg bekerja di tapak pembinaan? Kuari? Yg saban hari mendengar bunyi letupan ala2 perang? Bayangkan saja.
Ya, ini hanya sebahagian dari apa yg dihidang saban hari bagi mereka yg ada di bidang teknikal. aku bukan lah pakar@arif dalam hal2 ini. Aku hanya se0rang budak mentah yg merasa bertuah kerana berpeluang menerima amanat&nasihat dari mereka2 yg pernah menerima hadiah persaraan yg istimewa ini.
Keselamatan&kesihatan. Sama penting sama padan. Bezanya, keselamatan ibarat gajah depan mata manakala kesihatan ibarat semut dalam air minuman. Kita takut gajah pijak s0 kita sentiasa berjaga2 dengan pergerakan gajah. Tapi semut dalam air kita tak perasan sebap terlalu gel0j0h minum kadangkala kerana dahaga. Perumpaan yg teruk tapi mudah dipahami. Bayangkan saja.
250310
2 comments:
merapu apa ni~lalala =P
merapu hilang boring ha ha ha
Post a Comment