Seraut wajah yg pucat dengan seri yg tak bermaya aku tatap. Trillion jenis perasaan lahir di seluruh pelusuk tubuh. Ada yg hadir mncucuk, ada yg bergolek2, ada yg membuai2 hinggap.
Bersalah. Mungkin ia hanya salah satu dari jutaan perasaan yg wujud. Tapi untuk apa rasa bersalah itu muncul? Mungkin kerana tidak lebih peka pada seraut wajah pucat yg sedang tidur dengan separa nyenyak.
Menyesal. Mungkin juga antaranya. Menyesal kerana memudahkan diri dengan menyusahkan mereka yg bukan hak. Membuatkan pemilik wajah yg pucat ini terkena tempiasnya.
Sedih. Sedih?
Agak tidak comel memiliki sedih setelah bersalah&menyesal telah hadir dulu bertandang.
amat mintak maaf pada semua yg terlibat.
Doakan saja ibu sihat.
210410
No comments:
Post a Comment