Thursday, April 29

Mimpi itu…

Dunia asing.

Juga mainan tidur

Dua definisi jauh berbeza bak tinggi langit&rendahnya bumi diberikan untuk mimpi.

Tak boleh dipercayai. Itu hanya kata-kata mereka yang cuba menidakkan kehadiran mimpi.

Hadir dikala pertengahan antara dua alam; sedar&tidak. (mamai :D)

Boleh jadi ditiupkan oleh YangMahaMengetahui sebagi petunjuk, boleh jadi dipandu oleh makhluk Allah yang dilaknat sebagi penyesat.

Habis, siapa kata mimpi hanya mainan tidur?

Dunia asing yang terjejak tatkala hanyut dalam mimpi terasa lainnya. Terkadang indah, terkadang perit. Apa yang dicari semuanya ada di alam mimpi. Satu satunya yang tak mungkin dijumpa walau diri terpaksa di taruhi adalah kenyataan. Buka mata&bangun. Itu dunia nyata yang tak kan hilang selagi jasad dikandung badan.

Ya, boleh jadi mimpi di dunia asing itu mainan tidur. Boleh jadi juga mainan tidur itu memang berada di bumi asing.

Tetap, aku tak pernah rasa indah di dunia asing itu kerana selain mainan tidur yang kerap disesatkan oleh penyesat hadir juga petunjuk yang kadang kala bila ia berlaku di alam nyata terasa ingin saja aku sujud di bumi tanda kagum akan keEsaanNya. SubhanAllah.

Namun selalunya petunjuk yang bertandang tak pernah sepadan dengan apa yang ada dalam diri. Memanglah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mohon ampun dengan dosa salah yang dilakukan. Sememang Dia lah Maha Penyayang. Sudah jauh hamba hina ini melencong tapi masih saja ditunjuk jalan dengan teguran yang menginsafkan.

Mimpi. Semua orang bermimpi. Tapi tak semua orang dimimpikan. Itu saja bezanya. Tidak kecil&tidak besar.

sessh0

1 comment:

KakNi said...

wei ... mimpi apa? kat umah kita byk hantuuuu....