Friday, April 16

Sukar mencari yg ikhlas? Temukan dalam diri sendiri!

Seringkali kita berteka-teki dalam hati tentang keikhlasan yg diinginkan dalam setiap perbualan&perhubungan. Berapa ramai antara kita yg merasa was2 dengan apa yg dibualkan oleh insan yg berada di depan kita. Yg di tentang matanya. Melihat anak matanya yg melilau ke kiri&ke kanan gelisah. Melihat tingkah gaya yg tak keruan. Dalam diam kita meragui isi hatinya. Jujurkah sahabat ku ini pada ku? Atau dia hanya pura2?

Tanpa disedari kita akan mula menyusun kata2 sewaktu berdepan dengannya. Selalu saja mengerling tiapkali dia memula bicara. Sedikit demi sedikit kita mula tersenyum manis di hadapannya sedang hati member0ntak. Sehingga Kadang kala terpaksa mengucapkan kata yg berbunga2 supaya dia tidak menyedari gel0jak yg melanda hati

Dalam tidak sedar… persahabatan dengan sang sahabat kian jauh. Khuatir dia mengkhianati kita. Khuatir dia tak ikhlas. Tidak mahu sahabat yg pura2 kununnya.

Sang sahabat yg diragui kian jauh hati dengan sikap kita yg tiba2 mula berubah. Sang sahabat yg pada mulanya ingin cuba menjadi sahabat terbaik untuk kita telah tersentuh hati dengan apa yg terjadi. Niat sucinya menghulur tali ukhwah disambut dengan tangan yg tak sudi. Sang sahabat mula rendah diri. Sedar dirinya bukan yg terbaik. Sedar yg sikapnya itu tidak diterima biar jauh di sudut hati ingin sekali sang sahabat tahu akan kekurangan diri supaya dapat diperbaiki…seiring dengan persahabatan yg semakin tertaut… namun itu semua tinggal angan

Kini persahabatan dua insan kian lenyap. Bukan kerana di khianati tapi kerana dia yg mengkhianati. Pergilah sang sahabat membawa diri. Mencari yg sudi menyambut ukhwah yg dihulurkan dengan hati yg rendah&redha

Sayang berbilli0n kali sayang. Pengkhianat yg tidak jujur&ikhlas dalam bersahabat rupanya diri sendiri. Terlalu takut dengan mereka yg berpura sehingga diri yg berubah&hanyut dalam kepuraan. Ingin dilayan dengan keikhlasan sampaikan sanggup memilih&meragui setiap insan di sekeliling

Persahabatan yg dipilih2. Jujurkah? Persahabatan yg mengharap balasan. Ikhlaskah?

Risau tak ketemu sahabat yg diingini. Yg jujur. Yg ikhlas. Cermin hati. Layakkah kita memper0lehnya?

Kejujuran&keikhlasan. Temukan dalam hati sendiri dulu. Tanpa perlu dicari, Teman yg sejati akan bertandang tanpa disedari

tidak sukar sebenarnya mencari yg ikhlas andai diri jujur menyambut persahabatan

280310

sessh0

No comments: