Saturday, April 17

hawa

Bismillah…

Harini aku terjumpa hawa di cc. pertemuan tak disangka. Ingin saja tangan ni memeluk badan besarnya itu jika tak terhalang dek pc-pc yg ada diantara kami. Rindu sungguh aku padanya. Sudah lama aku mencari2 kemana hilangnya hawa yg satu ni. Sungguh, bukan rindu yg sedikit utk hawa yg satu ini.

Hawa. Aku sayang dia. antara sahabat dunia aku dulu. Sama2 berjahat&berj0li di dunia yg nyata sementara ini. Banyak yg beza antara kami. Dia besar aku kecik. Dia gelap aku cerah. Dia banyak b0yfriend aku tak dak. Dia suka makan kawan aku pulak selalu jadi mangsa. Dia duit banyak aku kering. Dia tiada keluarga kandung tapi aku ada. Dia suka banyak benda yg aku tak suka. Tapi aku tetap sayang hawa. Sebap dia kawan aku. Dia sahabat aku. Walaupun banyak kali terasa seperti ditikam tengkuk dari belakang tetap juga hawa aku mengaku sahabat.

Aku tak punya ramai kawan dulu. Ya, selepas lari dari berpijak di bumi terpilih aku dengan sengaja mencari penyakit berpijak di bumi penuh duri. Dari terkena cucuk dek tajamnya duri lama kelamaan aku juga menjadi sebahagian dari duri yg ada. Ntah apa yg dicari saat itu. Terasa itulah keser0n0kan yg penuh pura2. Duri2 yg pernah menjadi musuh dahulu kini bertukar menjadi sahabat. Biarpun tahu padah bisanya duri, tetap juga diri memilih utk terus di situ.

kemudia, hawa muncul. Tak sangka, dia juga duri terbuang yg hadir menumpang kasih di bumi tak terpilih. dengan hawa kami berk0ngsi segala pahit manis. Dengan hawa kami semua menjadi duri yg lebih tajam. Sehingga dia pergi menyambung langkah, hawa tetap dalam ingatan. Perkabaran yg diterima tidak menunjukkan hawa akan kembali ke jalan asal. Hawa semakin jauh. Jauh utk diingat juga diperingat. Duri hawa bukan sekadar tajam kini, malah berbisa. Tetap aku sayangkan sahabat bernama hawa. Bukan tak pernah menjejak kembali, rumah keluarga angkatnya saban tahun aku jejaki tapi sepertinya hawa tak pernah aku temui.

Kini hawa ada di depan mata. Masih begitu. Masih dengan badan c0melnya. Masih dengan rambut lurusnya. Masih dengan lelaki mengelilinya. Ntah. Tidak tahu apa yg berubah padanya. Pertemuan yg singkat tak memungkinkan aku merasai walau sedikit perubahan. Wajahnya aku tatap, matanya aku renung, senyumanya aku hayati. Sepertinya dia tak merasa gel0ra di hati ini. Gel0ra hati yg rindukan hawa. Kata2nya hambar. Sekadar bertanya utk berbasa basi. Ditanya khabarnya mak. Mungkin hawa lupa, satu masa dahulu dia juga memanggil ibu aku dengan panggilan ibu. Salaman terakhir sebelum bayangan hawa aku tinggalkan.

Tetap, aku rindukan hawa yg satu ini biarpun persahabatan kami dulu mungkin hanya tinggal sebagai satu kisah pahit yang manis

150410

sessh0

1 comment:

Anonymous said...

nanti pasti jumpa lagi.bumi ini bulat.
:)