Benar, tak dak benda dalam dunia ni yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas tanpa ilmu. Tapi ilmu yg manakah.
Ramai tak perasan, apa saja yg dilakukan oleh kita pada hari ini suma berlandaskan ilmu yg terkandung dalam diri masing2. Siapa sangka makan itu juga satu ilmu. Cara makan itu ilmu. Makanan itu juga ilmu. Malah tidur itu juga ilmu. Ya, tanpa ilmu kita tak mampu pun utk berbuat apa malahan utk makan juga tidur. Cumanya, kita tak tahu. Kita tak sedar. Bila masa ilmu itu ditiup ke dalam diri kita. Oleh itu tak perlu terkejut jika ada yg mampu menafsir tahap ilmu kita hanya melalui perbuatan&percakapan kita. Itu lah penangan ilmu. Ilmu&pengetahuan.
Benar, kerana tanpa ilmu jugalah manusia sanggup utk melangkaui sempadan dalam berkata2. Bukan saja sesama manusia, tapi juga bilamana tiba soal ibadah juga akidah.
Berhati2 lah wahai saudara2 ku… jangan mudah jatuhkan hukum yg kamu sendiri tak tahu kesannya. Mungkin juga mereka tahu apa yg kamu tak tahu&mereka juga tak tahu apa yg kamu tahu. Berdebatlah dengan cara yg paling dituntut&sentiasa rendahkan hati menerima teguran juga ilmu baru.
Ada orang jadikan ikhlas itu alasan utk lari dari syariat yg ditetapkan. Marilah. Marilah kita teruskan pencarian ilmu selagi mana nafas masih mampu dilepas bebas.
Ingatlah, sehebat mana ilmu yg dimiliki oleh seseorang tak kira walau siapa jua, tetap bila diukur jumlah ilmu yg dimilikinya hanya ibarat setitis air dilautan.
090510 2137
No comments:
Post a Comment