Tuesday, August 10

ahlan ya ramadhan!

bismillah...
syukurlah, kamu akan lihat 2,3 hari ni statement sepeti tajuk di atas akan ada di mana-mana. status fb, sms, twitter, juga di blog atau di mana saja. masing-masing dengan ucapan doa serta puji-pujian kepadaNya tanda ingatan terhadap ramadhan yang mulia.
tapi otak keji aku ni asik terpikir. apa yang terlintas di hati mereka tatkala mula menaipkan patah-patah ayat itu. perasaan apakah yang mengiringi mereka ketika itu. gembira kah. bersyukur kah. excited kah. bosan kah. atau ikut ikutan kah.
apa yang bertandang di benak fikiran&pelusuk hati mereka. adakah bayangan makanan yang enak di bazaar ramadhan. adakah wajah-wajah moody kerana lapar&dahaga. atau adakah ganjaran besar hasil dari ibadat yang boleh dibuat. aku masih terfikir hingga kini.

kenduri kesyukuran sempena menyambut ramadhan di buat. tapi niatnya hanya untuk makan puas-puas beramai-ramai kerana tak kan ada lunch time lagi selama sebulan. tiada coffe break untuk dinikmati. pelbagai hidangan disediakan. tapi tak ada seorang pun yang membaca doa walhal ketika menyuap ke mulut sendiri pun. intipati perbincangan bukanlah berkisar tentang ibadah sunat dalam ramadhan. tapi hidangan apa untuk berbuka&perancangan raya. inilah tanda syukur. inilah bukti syukur.

saat diumumkan tarikh berpuasa masing-masing sibuk. ya lah, suda menjelma ramadhan. kelengkapan masak untuk sahur esok tak ada lagi. kurma tak dibeli. rehat mesti cukup. maka penuhlah di kedai-kedai makan juga di pasar malam. tak kurang juga di pasar raya di mana keinginan dapat ditunaikan sampaikan jalan bagi disapu dengan jem kerana penuh dengan kenderaan berpusu-pusu. toleh sejenak ke masjid. hanya 2 saf untuk malam pertama (kat tempat aku) inilah tanda syukur. inilah bukti syukur.

kalau begitu pengertian syukur mereka menyambut ramadhan... salah kah jika otak keji aku terpikir kan semua persoalan tu?

ya, semua orang gembira menyambut ramadhan yang penuh barokah ini. tapi berapa ramai yang benar-benar gembira dengan kehadirannya?

semoga aku juga beroleh sesuatu yang beharga dalam ramadhan ini...

sessh0

1 comment:

Pok Li said...

Salam Ramadhan. Lepas tu Salam Aidilfitri la pulak.