Sunday, August 15

kisah genre islamik - sekadar hiburan atau pengajaran?

bismillah...
alhamdulillah baru ja selesai berbuka puasa... sedap ka? alhamdulillah. aku bantai ja camna pun. janji makanan tu boleh dimakan. syukur sejak kecik ibu dah biasakan aku untuk makan apa saja sehinggakan sekarang makanan yang dianggap sedap oleh orang lain tak mampu aku habiskan sebaliknya makanan biasa-biasa itu lah yang menjadi kegemaran :)
cumanya sewaktu berbuka tadi kebetulan tv dibuka untuk menanti azan so adalah drama itu yang dimainkan. aku tak paham. sedih ada gembira ada. gembira kerana kini dunia islamik semakin digemari masyarakat. kebanyakan drama&cerita sudah banyak menyelitkan unsur-unsur itu... cuma sedihnya bila nilai islamik yang disertakan itu tidak diiringi dengan syariat yang sempurna.
mengapa ya itu terjadi?
drama cinta yg islamik kononnya mengisahkan kisah percintaan makcik yang bergelar ustazah&pakcik yang memiliki harta berkoyan-koyan yang telah hanyut dalam dunia sendiri. akhirnya pakcik kaya mahu berubah demi cinta makcik ustazah. hurm jalan cerita jiwang betui. tapi mengapa ustazahnya menutupi auratnya semaksima mungkin? boleh bergaul&berdate di taman yang sunyi? adakah itu gambaran seorang ustazah yang mampu diberikan oleh mereka?
mungkin ada yang menempelak, masyarakat sekarang sudah boleh pikir yang mana baik&buruk. aku tak nafikan itu. cumanya aku risau tentang persepsi mereka tentang baik&buruk sendiri.
itu baru genre cinta islamik. belum lagi dalam genre masyarakt islamik ciptaan mereka. lawak yang dianggap lawak itu langsung tidak sesuai dalam menggambarkan lawak itu sendiri. mana mungkin imam dibayangkan seperti seseorang yang tidak tahu apa. ahli-ahli masjid itu sendiri dengan pelbagai watak yang ditonjolkan. muslimah yang diberikan watak sebagai penggerak dakwah yang hebat juga kelihatan tidak mampu membawa imej yang sebenar.
bermacam-macam lagi sebenarnya yang ingin aku luahkan. masih banyak lagi genre-genre islamik yang telah dihasilkan sehingga aku sendiri naik malu nak menonton. jika sebegitu rupanya yang digambarkan, aku pasti pengetahuan masyarakat tentang islam sebenarnya tidak akan ada perubahan, malahan semakin terpesong&tersalah tafsir.
niat untuk memartabatkan genre islamik itu adalah satu niat yang suci. tapi sebolehnya biarlah dengan cara yang betul, juga untuk tujuan yang betul. jangan lah sekadar islamik-nya ikut ikutan. jangan dikomersialkan islam itu kerana islam itu bukanlah satu hiburan murahan yang ditonton untuk sekadar menghibur hati tapi sebaliknya melekat di hati untuk dijadikan pengajaran&ilmu yang berguna.

wallahualam.

salah silap harap ditegur dengan cara berhemah kerana itu adalah satu tuntutan dalam menegur :)

sessh0

No comments: