Wednesday, August 18

ramadhan oh ramadhan (episod 1)

bismillah...
baru saja mencecah 8 hari dalam ramadhan aku sudah kelembikan. agak aneh kerana ia tak pernah berlaku sebelum ni... dengan luka operation aku kadang kala menyucuk-nyucuk sanubari, semoga kesihatan aku akan beransur pulih i'allah...
ingatan aku kembali merewang mengingatkan ramadhan lepas... rasanya itu antara ramadhan yang menggembirakan. hati ini gembira dalam ramadhan itu. suasananya mendamaikan. masih ingat lagi bagaimana setiap hari aku pulang dari kelas bertemankan ex5 kesayangan ibu. menghadap habuk tanah&pasir di atas highway. merasa terik mentari ketika tegak di atas kepala. bagaimana aku&budakbudak yang lain tercungap-cungap di dalam bengkel keletihan melawan bahang api welding yang panas&gas yang mengeringkan.
namun bibir masih tersenyum ketika singgah di gerai ibu di bazaar ramadhan. ramadhan yang lepas jugak mengingatkan aku tentang bagaimana kelalaian aku diberi peringatan dengan cara yang memang buat aku terus terjaga.
ramadhan lepas juga merupakan ramadhan terakhir aku bersama-sama rakan seperjuangan. bagaimana kami bergelak ketawa bersama melalui detik terakhir sebagai pelajar di bumi bertuah itu.

semoga ramadhan ini akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna... bukan hanya untuk kenangan diri, tapi juga untuk bekalan aku ke sana nanti.

oh contract kerja aku akan habis october ni. dengaq kabar bos nak lanjutkan tempoh contract. oh maaf! bukan tolak rezeki tapi rasanya dah tak sanggup duduk berjam-jam di tempat duduk berbalutkan hawa dingin sambil menghadap pc. aku rindukan kerja bengkel aku. aku rindu nak sentuh besi lagi. aku rindu nak welding lagi - mudah cakap aku rindu kan semua yang ada di perlis!

*oh betapa sy rindukan ibu!*

sessh0

No comments: