Friday, January 21

jig dan lekapan / jig and fixture

bismillah...
jig dan lekapan ni pada asasnya memang untuk memegang benda kerja. fungsinya hampir sama tapi sebenarnya tak serupa. lebih macam kembar tak seiras la. so kali ni au nak cuba terangkan secara simple saja. bak kata orang kampung aku, terang cara bodo2 apa benda jig dan lekapan ni dan perbezaannya.

persamaan antara jig dan lekapan
  • the only same thing between jig and fixture is its function to hold the workpiece untuk tetap berada pada tempatnya *ececei nak skeeeping kah lidey :p
  • kedua-dua makhluk ni digunakan bagi memudahkan proses pengeluaran sesuatu penghasilan pada kos yang lebih ekonomi berbanding memiliki mesin khas bagi setiap operasi yang ingin dilakukan (sebap jig/lekapan ni boleh ditukar/disilihganti bila-bila masa ikut kerja yang kita nak buat. kan jimat. ruang pun jimat. kos pun jimat daripada nak beli mesin khusus untuk setiap kerja)
  • ketepatan yang dihasilkan juga tinggi. sebap tu boleh guna untuk kerja duplikasi
  • bahan yang digunakan untuk membuatnya juga mesti dari bahan yang mempunyai tahap ketahanan terhadap kehausan yang tinggi sebap ia melibatkan kerja pemotongan logam

perbezaan antara jig dan lekapan/difference between jig an fixture

  • jig bukan saja bertindak bagi memegang benda kerja tapi juga mampu memberi panduan untuk operasi kerja dijalankan. maknanya jig dapat membantu dalam memberi panduan,membentuk, menahan, menyokong, untuk setting benda kerja dan macam-macam lagi berbaning dengan lekapan yang hanya berfungsi untuk memegang benda kerja.
  • selalunya jig digunakan dalam kerja drill dan antara jig yang biasa digunakan adalah jig jenis pengapi (clamp jig) selain itu jig kotak atau jog tertutup juga digunakan (box jig)
  • lekapan pulak selalu digunakan lam kerja grinding. lebih kurang kerja yang melibatkan permukaan benda kerja la.

oh rasanya setakat ni dulu. nanti ada masa aku kongsi lagi. perlu out dengan segera sebap bajet ta cukup. pa na buat. sekarang zaman ujian melanda. na internet kena mai cc=kopak duit. ha ha.

so kaw ada apa apa tak faham or nak tau lagi boleh saja tanya. i'allah aku akan cuba cari kan :)

*jig dan lekapan part two*

sessh0

2 comments:

Anonymous said...

KEDEKUT !

BAGI LAH ORG LEN COPY !!!

lidey lim said...

uihhh... bahasa...