Tuesday, February 15

dapat kerja baru

bismillah...

alhamdulillah... syukur sebap akhirnya dapat jugak aku rezeki tambahan. kamu-kamu, sila happy untuk aku oke :)

ya wahai kroni-kroni ku. aku dah berjaya menjadi seorang cleaner yang berjaya *berjaya ka?* aku tak tahu apa reaksi kebanyakan orang bila aku nyatakan tentang kerja part time aku selain dari belajar dan buat kerja mekanikal. namun aku bersyukur. sekurangnya aku tak perlu tebalkan muka lagi untuk pinjam duit dari ibu untuk aku hidup sehari-hari. gaji? walaupun tak setinggi mana namun rasanya aku lebih dari kebanyakan part timer yang lain sebap aku ditugaskan di negeri jiran (kedah) syukur ada buntal.

sangkaan aku pada mulanya mungkin cleaner yang dicari adalah untuk bersihkan bangunan/office. melompat-lompat jantung aku gembira. namun rupanya cleaner untuk rumah. tapi aku tak kisah. janji dapat duit kan. sekali bos bagitau kerjanya macam pembantu rumah. urus rumahtangga. mop lantai, cuci pinggan, lipat baju, masak, jaga anak, etc... macam maid lah. terdiam aku seketika. bukan memilih, memang aku langsung tak kisah dengan kerja tu tapi aku tak pandai buat kerja rumah *tak caya tanya ibu*. potong besi ka welding ka aku tau lah. aku risau nanti majikan aku tu tak puas hati dengan hasil kerja aku yang lembap dan tak cekap. mungkin lepas ni aku kena mintak tunjuk ajar sesiapa untuk ajaq aku cara lipat baju ikut standard. juga cara iron baju yang betul. juga cara mop yang efektif... ya aku mesti buat kajian dulu sebelum mula kerja.

cumanya aku tak pasti samada ibu setuju atau tidak jika ibu tau aku kena kerja di negeri sebelah. yalah, dah la weekdays aku menempek di jitra saja sebap attend class. weekend pon nampak gaya nya akan buat kan aku terus menempek di sana. maknanya, 7 hari aku akan berulang setiap hari dari sini ke jitra. oh~

itu satu hal, lagi hal yang aku pasti ibu akan risau adalah safety. bukan setakat ibu, bos aku tadi pun ada cakap. dia risau mau hantar anak dara sorang ni *aku la* ke sana sebap tak tau lagi background majikan tu. risau nanti ada masalah di kemudian hari. wahai bos dan ibu, jangan kata kalian saja yang risau, aku sendiri pun cuak jugak. hehe... mungkin aku patot makeup rupa aku jadi macam sorang makcik umur 40? maybe dengan cara tu risiko diganggu dapat dikurangkan... setuju tak?

pagi pegang buku. petang pegang penyapu. malam pegang besi.

tak ada la teruk sangat kan?

sessh0

No comments: