Saturday, February 19

dia sudah pergi

18 Februari 2011, 2 pm

tetetetetetttttttt *ini bunyi mesej masuk dalam handphone aku oke*

"wei lidey ang duk mana takim accident la ni ni aku duk kat hospital. mak dia duk teriak ni"

"aku kat umah. satgi aku pi lepas hantaq mak aku"

selang berapa minit...

"wei dia koma doktor duk tekan-tekan dada dia. aku takut wei"

mesej tak berbalas. *tunggu aku sampai sana terus lah. moga-moga dia tak apa* bisik dalam hati


tongtongtongtongtingtongtingtingtong *ni bunyi ringtone*

"weiii kim dah tak dak..."

***********************************************

terasa singkat kan perjalanan hidup ni. baru 2,3 hari lepas saja rasanya aku bercakap telefon dengan arwah. bergelak sama-sama. berjanji nak makan besaq kat kuala perlis dengan geng seperjuangan. bercakap tentang hidup dan mati. tentang taubat dan dosa. tapi hari ni dia bukan lagi di kalangan hambaNya yang masih mampu menghirup udara di muka bumi...

aku tahu perihal diri arwah. aku tahu kisah hidup arwah. aku tahu segalamacam aktiviti arwah. mungkin kerana itu aku lebih terasa. lebih takut untuk membayangkan.

mungkin hari ni hari untuknya. mungkin esok, mungkin lusa hari untuk aku pula yang tinggalkan kehidupan ni... tak siapa yang tahu...


*kenangan bersama arwah. antara member kamcing aku time tu*

semoga Allah tempatkan arwah bersama mereka yang beriman dan beramal soleh... amin~

sessh0