Monday, February 7

its CNY!

bismillah...
CNY already past... but still u can hear the lucky wishes everywhere.

teringat lagi aku tahun-tahun sebelum ni. tahun baru disambut dengan gembira.
dapat ang pau, apa yang tak gembiranya kan?
tapi itu zaman kanak-kanak ribena. zaman berfoya-foya tanpa memikirkan apa-apa bebanan.
sekarang bukan ang pau yang dikejarkan bila tiba tahun baru. kasih sayang. ya, itu lah yang dicari dalam setiap sambutan kini.

kasih sayang dalam ikatan kekeluargaan amat diambil berat bila tiba tahun baru. mungkin ini yang buat aku jiwa kacau tiap kali terdengar lagu-lagu raya dalam tv.
tahun ni tiada sambutan dalam keluarga aku. tiada sesi jalan-jalan mintak angpau. tiada sesi makan-makan besar. tiada panggilan telefon menjelang tahun baru. tiada sesiapa untuk aku ucapkan "semoga tahun ini lebih banyak tuah yang mendatang dalam kehidupan kamu". tiada

semua ni bermula dengan pemergian pakcik aku. betapa aku rindu sama dia. tak pernah aku sangka dia akan tinggalkan kami begitu saja. rasa macam masih terngiang-ngiang di telinga aku suara dia sewaktu kami bergayut telefon few month ago. sewaktu negeri tumpah darah ni dibanjiri air (musim air bah november aritu)

sekarang dengan siapa lagi aku nak bergayut. siapa lagi yang nak panggil aku sayang?

bukan tiada saudara mara yang lain. cumanya bila dah tiada satu-satunya orang yang paling penting&paling disayang memang lah akan terasa. aku pasti pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku yang lain pun terasa dengan kekurangan ni.

bila tahun baru ni tak dapat berjumpa, mungkin perlu tunggu cheng beng nanti. itu pun jika ada yang balik melawat kubur tok. itu pun jika ada.
xin nien kuay le ni men!

3 comments:

Aku Cikni Ahnie said...

actually, yang mesra cuma siku saja... yg lain2 tu kurang, mmg x rapat pun kan...

lidey lim said...

tu la... rasa sedih saja siku dah tak ada.
kny ada p beraya umah saku ka?

si para para said...

hargai yang ada sebelum dia tiada....