bismillah...
9pm-3am
paras air telah naik di beberapa tempat dalam kadar yang boleh dikatakan cepat...
beberapa jalan utama dari Kuala Perlis menuju ke Kangar yang meliputi kawasan panggau telah dilintasi air ke seberang.
mujur jalan utama Behor Gonchar masih belum dinaiki air. air (air? ayaq lah!) sehingga kini masih lagi berada di sebelah nuuun di sana.
keadaan bah di kawasan Tebing Tinggi dan Wang juga dijangka bertambah buruk memandangkan kawasan tu memang telah dipenuhi air dari siang tadi lagi. tak dapat aku pastikan tahap air sekarang memandangkan keadaan gelap dan aku tidak lah merayap menggunakan mana mana kenderaan tinggi yang boleh meredah lautan bah hehe.
bagi kawasan Titi Tok Bandar pulak air naik tapi kini dilaporkan sedikit surut di sesetengah tempat.
cumanya tak disangka pekan Kangar hampir lumpuh di mana kawasan sekitarnya dah dibanjiri air manakala salah satu jalan utama dah pun ditutup oleh pihak berkuasa dengan tali rentang.
namun jangan main main KFC masih dibuka steady gitu. cuma hanya 1kawasan saja yang dibuka manakala 1bahagian lagi entah kenapa ditutup. aku yang berniat untuk tumpang toilet percuma juga terpaksa membatalkan hasrat disebabkan kawasan sebelah yang ditutup.
balai polis Kangar juga sedang sibuk memindah kan 305 depa *moto besaq nuh* ke tempat yang lebih tinggi. perghhh syok jugak kalau boleh merasa naik moto tu.
jalan di hadapan balai juga telah penuh dengan air dan tak dapat dilalui.
di tengah tengah pekan (dekat the store) ayaq memang tak berapa ada so aku sempat syok sendiri kononnya menjadi koboi *last man standing* baru selesai tewaskan musuh dan sedang berjalan dengan penuh gayanya dalam pekan yang gelap dan sunyi manakala member aku sedang membayangkan berada dalam movie godzilla dan sorang lagi dalam dunia zombi. ha ha hebat dak imaginasi kami ^^
di bahagian roundabout besar pula (kawasan Sena) jangan cerita lah. hanya mereka yang berani mati *ayat over* saja yang mampu meredah. oleh itu crew kami mengambil keputusan berpatah balik sahaja kerana sayangkan kereta. ha ha. so khabar cerita di seberang sana aku tak berani nak komen lah tapi nampak gaya masih tiada tanda surut. begitu juga sekitar Putra Palace, Batu 2, Jalan Hospital dan sewaktu dengannnya (Abi, Taman Bukit Kayangan dsb) Bintong? Kampong Bakau? Jejawi? Jangan cerita lah. itu tempat wajib bah teruk.
setakat ini dulu update yang berjaya dibuat. gambaq malas nak upload. internet amat slow melow.
semoga esok adalah kenderaan kenderaan tinggi yang sudi membiarkan aku menumpang kasih dengan depa. ha ha.
oh malam ni semua petrol stesen macam dah sunyi. jalan raya pun macam sunyi. kemana habis orang Perlih menghilang?
No comments:
Post a Comment