Sunday, April 17

cinta yang tak terhingga buat si ibu

bismillah...
rasa cukup malas nak melangkah kaki menuju ke ward demi ward di hospital. tapi memikirkan bahawa ini adalah tanggungjawab bagi seorang anak yang soleh *macam aku* aku gagahkan jua.

insan pertama yang dilawati adalah sahabat sepengajian ibu. accident khabarnya. tapi sewaktu kami sampai beliau masih tak sedarkan diri. so tak mengambil masa yang lama untuk dilawati. lokasi kini berubah mencari ward bersalin. kak natasha namanya. seorang saudara baru berketurunan Thai yang merupakan salah seorang classmate merangkap anak murid ibu.

namun pencarian kami mengalami pelbagai rintangan disebabkan kak natasha menggungakan nama Thailand (nama sebelum Islam) dalam pendaftaran ward sedangkan kami punya la semangat tawaf setiap blok & ward bersalin dengan berpandukan nama barunya (nama selepas memeluk Islam) mujur di ward 2nd class tu terdapat sister Chinese dan itu memudahkan komunikasi ibu. oh rupanya ada di sinunnn bangunan baru. kak natasha baru keluar ICU.

alhamdulillah. walaupun masih lemah tapi semuanya dalam keadaan baik...

cumanya aku masih lagi tak dapat menahan sebak apabila teringatkan apa yang aku lihat tadi di ward bersalin... banyak pengajaran yang boleh disimpan rapat dalam hati ini...

bagaimana seksa dan peritnya seorang wanita yang bergelar ibu. ya sebelum bergelar ibu lagi sudah perit. sudah bergelar ibu juga perit. hanya Allah dan kasih sayang sebagai penguat dalam diri. masih terngiang ngiang di telinga rintihan kakak yang ada di sebelah katil kak natasha. entah aku tak tahu samada itu rintihan atau tangisan. yang pasti dia sedang menanggung kesakitan yang amat.

terlintas di hati. bagaimana agaknya aku nanti seandainya ditakdirkan mendirikan rumahtangga... kemudian dikurniakan cahaya mata dan melahirkan... adakah kesakitan aku sama seperti kakak tu... atau kurang... atau juga lebih dari tu... adakah aku mampu menanggung setiap detik kesakitan sebelum, sewaktu dan selepas melahirkan...

dan yang paling aku fikirkan...

siapa yang akan tetap berada di samping aku di kala itu dan siapa yang paling aku harap kan untuk berada di sisi...?

1 comment:

Orkid Edyliyne said...

sebab tu ada orang kata kalau kita melahirkan tu, dosa kita diampunkan...
dan memang sakit nak jadi ibu tapi itulah yang membuatkan dia rasa gembira nanti kalau anak yang dia didik tu menjadi orang yang berguna...
(n_n)