Saturday, May 7

pilih kasih

bismillah...

*thanks kat kengkawan yang memahami.lebiu*

dulu...
tak ada sapa penah pertikai result aku.
maybe depa paham, rezeki masing masing.
maybe juga sebap kami dah sama sama berjuang in the same class bertahun lamanya, so depa tahu apa yang lebih dan kurang tentang kita.


tapi sekarang...

"lidey tak pa la subjek tu dia dapat 4flat pasal dia kamceng dengan lecturer"

"besa la lidey tu semua lecturer dia sapu kat dia"

"turn orang lain semua kena teruk tapi turn lidey direct selamat"

seriously aku tak tau dari mana lah corak pemikiran sebegini boleh wujud di ipt baru ni.
tak tahu aku di mana silapnya.

serious aku sedih *sedih la sangat ha ha* bila dapat tau ada mulut mulut yang bercakap begitu tapi bila difikirkan balik... naahhh lantak lah.

mungkin sebap depa tak penah nampak aku study dalam kelas dan hanya tidur atau juga main handset saja sepanjang masa.
mungkin juga sebap aku tak penah join study group depa.
mungkin juga sebap selalunya aku hanya buat bodoh dalam kelas dan sikap bodoh aku tu buatkan aku dibenci dan dimenyampahkan dalam kelas. hah that's it!

ya, mungkin ada banyak faktor penyebab semua ni berlaku. tak kisah la. mereka bebas untuk memikirkan apa saja tentang aku. macam aku tak tau. kutuk aku berkoyan koyan tapi bila time nak tanya jawapan or nak siapkan projek sanggup pulak carik aku yang begitu dimenyampahkan ini.


dunia dunia...
sessh0

6 comments:

mendatak hijau said...

kalu aku ditempat ko

'pandang depan dan terus berjalan,tu cara dorg nak menjatuhkan aku'

dats it!

lidey lim said...

haha... betul jugak kan

thanx :)

FizA said...

aloh.. buat dunno ja.. ^_^

Anonymous said...

Kalau selalu difitnah, kenapa tak cuba utk elakkan? Dgr kata hubungan baik tyiah dgn srg lecturer tu telah disalah anggap. Apa perasaan tyiah kalau perkara itu smpai ke pengetahuan isterinya? Tak terpikirkah tyiah kalau segala sms dan panggilan telefon yg berderet2 tu telah dijumpai oleh isterinya? Mmg kita tak niat apa2, tp kita hidup bermasyarakat, org pandang apa yg kita buat.

lidey lim said...

hihi...
hal rumah tangga orang biar laki bini yg selesaikan lah... A cari C tak kan C salah. pandai pandai lah B jaga A kan...


oh akak. perkara ni bukan kali pertama terjadi. ke mana sy pergi juga akan ada perkara yg hampir sama terjadi. so sy dah biasa n tahu dah. n masalah ngan "lecturer" seperti itu jika student tahu depa tak kan salahkan sy sebap depa pun tahu.


lain lah kaw hal study n pointer. baru lah orang tak puas hati. sebap tengok belajar lebih kurang tp blh skor.

got that?


tq kak :)

Anonymous said...

Owhh..jdnye, B yg tak pandai jaga A lah ye? Ok, paham..paham... kesian kan, tiap kali kuar cerita versi gini, mesti org spt B yang dipersalahkan. C kan wanita lindungan kaabah. Kalau tak takkan A cari kan..Penampilan dah ok..bagus2..teruskan perjuangan anda. Selamat berkonvo. Subjek tu dpt 4 flat kan..hihi.. Kwn2 tak mengutuk aihh.. tu tanda depa syg sj bg wakeup call..

10q tyiah. Semoga tak terjadi kpd org terdekat anda :)