Monday, April 25

sekeping hati di bawa berlari la la la mari nyanyi

bismillah...
malam ni last chance untuk aku bertempur bagi paper pneumatik&hidraulik dan kejuruteraan loji.

malam ni jugak atas permintaan seorang sahabat aku diminta untuk meminjamkan bahu untuk ditangisi.

dua dua sama penting.
aku tahu aku tak boleh menolak salah satu atau juga kedua duanya.

tapi aku ambil keputusan untuk keluar dan pinjamkan bahu yang senget ini untuk ditangisi.
hati ini tak mampu nak biarkan seorang teman bersendirian tatkala dilanda dugaan. badai cinta.
bunyi macam tak penting tapi i don't want something bad happened to her.

aku tak boleh kejam kerana dia juga akan ada paper yang sama dengan aku esok, cumanya kami tak belajar di bumbung yang sama.

ada yang cakap baik hati aku tak bertempat. final penting doh.
tak apa. otak aku kaw study pon macam tak study ja. no big deal. ha ha

kadang kadang kita rasa hal cinta ni remeh. soal hati ini gampang.
tapi kita lupa.
tak semua manusia diberi ujian yang sama.
dan tak semua manusia punya tahap ketahanan yang sama.

aku dah plan dalam palaotak aku.
sambil teman dia teriak, aku bukak buku study.

amacam?

1 comment:

FizA said...

buleh caya?hihihi