Tuesday, March 16

ini adalah edisi sesuka hati

hidup yg aku jalani kini ibarat seperti kamu bertindik. sekali bertindik, itu perkara biasa. tiada kesan&tiada yg peduli. sama sepeti manusia yg membuat kesilapan kali pertama. biasalah. siapa tak penah buat silap
kemudian kamu bertindik lagi. mungkin masih juga perkara biasa. siapa peduli. manusia sering mengulangi kesilapan yg sama. kamu jadi alpa. sekali lagi kamu bertindik
masih n0rmal barangkali. lihat juga pada tempat kamu bertindik. di telingakah, di keningkah, di hidungkah, di bibirkah, di pusat kah, atau di mana2. ya, ia bergantung juga pada tempat tindiknya itu. begitu juga hidup. ada terkadang kesilapan kecil tapi dilihat orang sebagai besar. terkadang kesilapan besar dipandang tiada. yg penting kamu gembira dengan hasil tindik itu. apa peduli di mana p0n kan?
mungkin setelah sekian lama, tindik itu kamu lupakan. tak penah bertanya kabar juga tak penah amik tau s0alnya. luka yg ditindik dibiar tak terjaga. mungkin kamu fikir ia akan pulih&hilang sendiri. biar yg tinggal indahnya saja. sama sepeti kamu melupakan segala silap&kamu anggap ia biasa. mungkin satu hari nanti tiada siapa akan ingat kembali kesilapan itu. ya, tak ubah sepeti pelanduk lupakan jerat (cei tetiba ja)
tapi tidak. luka itu semakin melarat. semakin membengkak. mungkin masih kamu anggap biasa. luka. semua orang bisa luka. bengkak, siapa yg tak penah bengkak. biarkan. tanpa kamu sedar, kamu menyakiti sang kulit. kamu menyeksa si urat2&segala yg turut sama menerima seksa luka itu. kamu tak pedulik. ia masih bukan hal besar!
sampai tiba satu waktu, sang kulit tak mampu lagi menanggung&terpaksa berpaling dari kamu. dia tak lagi mahu menanggung luka itu untuk kamu. dia biarkan kamu sendiri menanggungnya. kamu mula merasa azab. azab mengabaikan. baru kini kamu tahu salah silap kamu. malah kamu tahu apa yg menunggu di hujung salah itu. kamu mahu hapuskan segala tindik itu dari tubuh mu. sama seperti menebus kembali semua silap mu.
tapi yg kamu dapat hanyalah denyut pedih&getaran di seluruh tubuh mu. ya kamu mampu membuang segala tindik itu tapi luka&parut yg ada hasil salah silap mu tak kan hilang. pedih sakit yg singgah tak kan pergi dengan mudah.
maka terperuk lah kamu dalam dunia yg tak penah kamu bayangkan. berd0a mengharap saban hari agar ia tak lagi terasa. agar yg memandang tak lagi menghina

aku suka
hidup ni memang seperti bertindik
tapi kamu tak kan tahu. sebap kamu hanya mendengar. kamu hanya membaca :)
sessh0

No comments: