Thursday, April 22

Happy birthday b0ss!

10 am

Hari ni sepertinya biasa, juga seperti hari yg lain. Tiada bezanya sehinggalah aku diberitahu oleh Mat Jawa tentang istimewanya tarikh ini, sewaktu aku sedang sy0k makan nasik lauk daging hitam J

Hari ini ulangtahun kelahiran b0s rupanya. B0s #1. Dengan izin Allah terlintaslah niat di hati ingin berk0ngsi kegembiraan dengan semua yg ada. Belum sempat tangan bercuci aku suda sibuk2 mengutip duit. Rm1 setiap seorang. Sambil tangan kiri memegang duit, mulut bising2 panggil orang dan tangan kanan yg belum dibasuh. Terlebih semangat sehinggal terlupa. Agak kurang bagus ini sikap

Kutipan Berjaya mencecah rm23 walapun ahli hanya 18, dan bukan semua sempat dikutip. Syukur ada yg sumbang lebih. Akhirnya rm23 berjaya dicuri keluar dari bengkel dengan jayanya. Dengan penuh harapan akan terbeli sebiji kek sedap dengan beberapa batang lilin free, 2,3 botol ayaq gas (mungkin bahasa sebetulnya air berkarbonat, ntah la) dan apa2 keropok juga makanan lain. Sepertinya melebihi nilai rm23 itu. Tak apa. Biar angan lebih walau akhirnya nanti tak pasti

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 pm

Akhirnya persiapan yg kelam kabut selesai. Setelah tarikh sebenar ulangtahun bos #1 diragui. Setelah suma dikerah kemas bengkel oleh pemangku ketua palsu a.k.a lidey. Setelah plan nak surprise kan b0s #1 diatur. Setelah satu jug besaq bersama ais batu beharga 5kupang&cawan pinjam sebanyak 4biji disusun. Setelah lilin di kek dinyalakan. Setelah puas jantung berdegup pantas. Setelah sempat lagi bermaki makian hanya kerana ada yg tersalah buka pintu

Akhirnya sambutan bersama ini selesai. Alhamdulillah.

Tiada nyanyian hari lahir. Tiada ucapan apa2. Hanya sebiji kek mengekor di belakang bos bersama 2 ahli yg lain (oh yang lain suma suda menunggu di bilik gelap, kononnya menanti bos #1)hanya 2,3 keping gambar diambil. Yalah, biar bos #1 terasa seperti artis sekali sekala

Kata aku, begini saja yg mampu dibuat oleh kami si bujang2

Kata bos #1, *tersenyum tersengih*

200410

sessh0

No comments: