Thursday, October 7

i'm away!

bismillah...
aku teringat satu peringatan, tidak pasti samada firman Allah swt atau hadis *maaf otak ni memang lemah dalam mengingati* yang mengingatkan kita agar menjaga aib sendiri dari diketahui umum kerana manusia selalu membuka pekung sendiri sedangkan Allah telah melindungi aib tersebut dari diketahui umum sebelum itu. begitu lah kasihNya kepada hambaNya namun jarang-jarang manusia sedari.

oleh itu... tak mau la aku ceritakan kejahatan yg bakal aku lakukan hehe. oke gurau. tak ada la benda jahat. cuma agak nakal. semoga aku tak kantoi nanti :)

cumanya, aku tidak akan berada di kawasan yg berdekatan utk beberapa hari. semoga sepanjang ketiadaan aku ni dapatlah aku lebih masa utk muhasabah juga menggembirakan hati sendiri i'allah.

*hah? nak tau jugak aku kemana? sory sory tak leh gitau bahaya la. nanti kantoi. tak syok lah kaw kantoi. nanti kamu kamu jeles!*

akhir kata, jaga diri jaga iman! ^_^

sessh0

2 comments:

Pok Li said...

Ketika saya kecil, saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz. katanya, diantara tanda-tanda akhir zaman ialah apabila tiada lagi rasa malu membuka aib diri sendiri. Mereka mengaku dan bermegah dengan perbuatan zina dan minum arak. Mereka bermegah dengan perbuatan maksiat mereka dan menceritakan keburukan mereka tanpa segan silu

Waktu itu (40 tahun dahulu), saya terfikir adakah akan berlaku demikian, kerana orang kampung ketika itu yang menghisap rokok masih lagi mencampakkan rokok ketika bertemu orang alim atau tok guru.

Hari ini kata-kata ustaz itu benar terjadi. Malah lebih teruk daripada apa yang digambarkan oleh beliau.

lidey lim said...

benar bukan sekadar hilang rasa malu dan segan malah berbangga dengan perbuatan yg dibuat.

semoga kita sentiasa dilindungi dari perasaan dan perbuatan sedemikian i'allah