Monday, April 25

sila jangan demand please :(

bismillah...

kadang kadang memang susah bila orang yang lebih senior diambil untuk bekerjasama dengan kita...

susah. payah.

aku tak lah mintak diri ni dihormati walaupun aku hanya tokey cabuk tapi aku harap mereka mereka paham yang ada beza di antara mereka yang mencari rezeki dengan 100% bergantung kepada customer a.k.a business dengan mereka yang mencari rezeki dengan bergaji bulanan tetap.

ketahuilah tekanan yang dialami antara bos dan pekerja tak sama. seandainya seorang pekerja merasai tekanan bermakna bosnya pula mengalami tekanan kuasa dua. begitu juga bila pekerja merasai tekanan kuasa dua bosnya pula mengalami tekanan kuasa tiga atau empat atau lebih teruk lagi kuasa lima atau enam!

fahamilah bahawa bagi seorang businessman tiada apa yang lebih penting selain dari janji dan kepuasan kepada pelanggannya ditunaikan. itu sahaja. rasa percaya dan yakin pelanggan itu lah yang paling didamba dan jangan terkejut jika itu lah yang mengambil masa dan keringat untuk mencapainya.

esok aku dah final 2nd & 3rd paper. study apa pun tak boleh lagi.
otak bukan terbayang note & study tapi terbayang muka customer tak puas hati pasal terpaksa delay kerja lagi.
cakap banyak pun tak guna. sendiri dapat dosa. so tahan saja.
haish.

please, please lah. jangan demand sangat bila aku mintak tolong buat kerja :(

No comments: