♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Showing posts with label my goncarian. Show all posts
Showing posts with label my goncarian. Show all posts

Monday, June 20

boleh tak nak mengeluh?

bismillah...
bila tak ada kerja, tempat ada.
bila ada kerja, tempat tak ada.
bila tak ada kerja, orang kerjanya bersusun.
bila ada kerja, nak cari orang kerja semuanya tak cukup.
at the end dua tiga projek kena postpone - terhutang lah janji pada yang hak. kesian customer aku. tak pa nanti aku bagi diskaun. semoga terubat di hati sebap sanggup bersabar menanti.

semua orang tahu. sesiapa saja yg pernah terjun dalam dunia perniagaan akan cakap benda yang sama. bukan mudah nak survive. tapi yang dugaan paling awal. nak menapak itu lebih perit rasanya.

ades. tak boleh mengeluh. itu bukan sifat yg dituntut dalam Islam.
tapi untuk berhenti seketika dan menarik nafas sebelum teruskan semula perjalanan, itu boleh.
tapi sampai berapa kali aku nak berhenti seketika sebelum nak go on - sama saja macam mengeluh

ini ujian. ini bantuan. ini juga pilihan.
terserah aku untuk diekspresikan bagaimana.

masalah. semua orang ada masalah. so tak perlu rasa diri ini lebih banyak masalah dari orang lain. entah entah masalah aku adalah masalah paling ringan dalam seantero dunia. sebabkan aku tak cukup bergaul dan kurang ilmu tu lah masih terlekat dalam otak kononnya masalah aku adalah yang terberat.

krisis pemilihan dalam pengurusan. itu bukan masalah besar. kena cara settle lah.
so tak boleh mengeluh ok? :)

ya. aku benci hutang. kalau boleh aku tak mau berhutang. tapi apakan daya. hutang pada Allah berlambak. hutang manusia berkoyankoyan. oh jangan ingat hutang manusia hanya duit. hutang janji. hutang masa. hutang tenaga. itu semua tetap hutang. patot hati tak tenang - oh jangan mengeluh. tarik nafas dan sambung perjalanan ini.

Wednesday, June 15

Lidey & Langkawi

bismillah...


alhamdulillah syukur akhirnya berjaya jejak kaki ke bumi langkawi. niat di hati untuk berfoya foya di sini terbatal sebaik saja tiba di tempat penginapan. ya, aku perlu kembali berpijak di bumi nyata.

di sini aku diingatkan tentang kepentingan keberkatan dalam perniagaan. ya. rasuah. no rasuah. no deal. no kira kira. no free gift. itu yang perlu dielakkan jika mau urusan berkat.

tentu sekali itu yang aku mahu. tapi bagaimana? mungkin urusan lain masih boleh lari lari atau elak. tapi construction? or others biggggg project? ohoooo~

ya aku tahu. boleh saja elak jika betul mahu. tapi ya, harus saja aku mengaku. budaya hadiah itu sudah seperti perkara biasa. ya itu bukan deal. itu bukan kira kira. itu sekadar ya kau dah tolong aku oleh itu ini sedikit hadiah tanda terima kasih. aku tak pernah minta dan kau tak pernah minta. ia cuma sedikit rezeki yang nak dikongsi bersama. ya begitu. begitu niat asalnya. tapi berapa ramai yang berniat sebegitu?


mudah kata hambaAllah itu.
jika dah tau sesuatu bidang tu memang kena kira kira sebegitu, mengapa masih mahu di situ?

ya. memang mudah berkata.
semudah ABC.

bagi aku, molek lagi kalau rujuk saja pada yang lebih tahu kerna mungkin situasi kau dan aku berbeza.
lagi pun akhir zaman sebegini lebih ramai orang yg bercakap bukan pada yang hak. bukan kah itu lebih patut dirisaukan?

Langkawi oh Langkawi. rosak program aku nak berfoya.

Wednesday, May 18

syukur :)

bismillah...
*tenkiu pakcik gogel*

alhamdulillah... syukur sangat.
projek yang aku duk fight utk dapatkan tu
akhirnya berjaya di peroleh ^happy^

harap harap semuanya berjalan lancar dan dimudahkan.

thank you Allah! ♥

Thursday, May 12

tak tahan...

mata ni dah hampir nak tertutup dah. haish pelik betul.
bukan kerja berat pun ini hari.
otak ja pun kerja.

masalah camni.

quotation untuk projek belom siap.
harga yang customer mintak belom kira.
projek yang duk ada ni pun tertangguh - bengkel kena rest untuk audit
janji nak p ukur furniture kat rumah customer masih tak tertunai

mata nak terpejam tapi otak mintak jaga

*amik kat encik google*

Monday, April 25

sila jangan demand please :(

bismillah...

kadang kadang memang susah bila orang yang lebih senior diambil untuk bekerjasama dengan kita...

susah. payah.

aku tak lah mintak diri ni dihormati walaupun aku hanya tokey cabuk tapi aku harap mereka mereka paham yang ada beza di antara mereka yang mencari rezeki dengan 100% bergantung kepada customer a.k.a business dengan mereka yang mencari rezeki dengan bergaji bulanan tetap.

ketahuilah tekanan yang dialami antara bos dan pekerja tak sama. seandainya seorang pekerja merasai tekanan bermakna bosnya pula mengalami tekanan kuasa dua. begitu juga bila pekerja merasai tekanan kuasa dua bosnya pula mengalami tekanan kuasa tiga atau empat atau lebih teruk lagi kuasa lima atau enam!

fahamilah bahawa bagi seorang businessman tiada apa yang lebih penting selain dari janji dan kepuasan kepada pelanggannya ditunaikan. itu sahaja. rasa percaya dan yakin pelanggan itu lah yang paling didamba dan jangan terkejut jika itu lah yang mengambil masa dan keringat untuk mencapainya.

esok aku dah final 2nd & 3rd paper. study apa pun tak boleh lagi.
otak bukan terbayang note & study tapi terbayang muka customer tak puas hati pasal terpaksa delay kerja lagi.
cakap banyak pun tak guna. sendiri dapat dosa. so tahan saja.
haish.

please, please lah. jangan demand sangat bila aku mintak tolong buat kerja :(

Thursday, April 21

tips fabrikasi : lentur besi tanpa guna mesin

bismillah...
walaupun tak ramai yang mau amik tau pasal benda ni tapi aku nak jugak share disebabkan aku hanya tau benda benda camni saja so layan saja lah.

pernah tak bila p umah orang atau lalu mana mana tempat dan kita nampak grill pintu atau pagar rumah orang cantik saja berhias corak bunga atau motif motif lain? mesti selalu kan...
so pernah tak teringin nak tau camna benda tu dibuat?

*contoh besi yang dilentur jadi corak bunga kununya*

actually secara kebiasaan untuk buat melenturkan besi besi tu memang memerlukan alat khas. ada yang panggil banding machine etc. so kebanyakan kedai fabrikasi logam mesti ada punya mesin untuk lentur besi ni supaya senang mau design project.
namun bagi usahawan kedekut seperti aku *mengaku tak pa* atau juga mereka mereka yang saja buat untuk suka suka boleh cuba teknik ini. amat menjimatkan & mudah. cuma perlu tenaga & make sure ia kukuh la. kaw tak memang boleh mendatangkan bahaya.

so ni lah rupabentuk makhluk ni

*see simple saja kan. tak terjangkau akalmu lalala~*

  1. cari sumthing yang agak agak kuat untuk dijadikan body dia. boleh guna paip *but make sure ia besi bukan paip pvc or plastik haha* tapi kalau nak rasa kukuh boleh guna round bar. tak perlu cari yang baru. amik saja saki baki yang dah digunakan saja.
  2. cari satu rod kecik dan kalau boleh padat la. tak perlu panjang sangat *tengok macam dalam gambar*
  3. welding rod besi tu kasi lekat pada body dia *round bar tu lah* boleh guna plat besi untuk lekatkan atau apa apa saja yang logik digunakan.
  4. bila dah siap, boleh ikat di ragum & clamp dia kasi stabil oke. siap boleh guna!

*cara mau kepak besi kasi bentuk bentuk sikit :) *

harus diingat , make sure kimpalan anda benar kuat sebap nanti time bending silap silap rod tu boleh terlucut dan terpelanting lalu singgah di muka sesiapa yang berdekatan.
kalau boleh ketebalan plate/flat bar tu pun harus diambil kira gak. kadang kadang plate yang tebal susah sikit nak lentur sebap perlukan tenaga yang kuat.

selamat mencuba & selamat beramal

oh kalau ada apa apa nak tau boleh saja tanya sama aku. satu soalan sekupang oke :)

Tuesday, April 5

entry happy penuh kesyukuran :)

bismillah...
syukur Alhamdulillah...
memang harini terbuka rezeki untuk aku dan GE

mungkini ni hikmah banjir
benar kata bidalan
setiap yang berlaku mungkin musibah bagi sesetengah orang tetapi nikmat buat sesetengah yang lain
tapi mungkin aku special case sebap banjir telah buat aku susah tapi kemudian betukar kepada nikmat kemudiannya :)

mengapa aku kata ni hikmah banjir?
well banyak harta benda & perabot rosak hampir setiap rumah yang dinaiki ayiaq
begitu juga dengan sekolah sekolah dan pejabat kerajaan juga bangunan swasta yang lain
maka mereka mereka yang terlibat mengambil keputusan untuk menggantikan perabot mereka dengan perabot berasaskan besi, which means heaven to me! :)

ya aku baru pulang melobi mereka mereka yang berkaitan
tak sangka perginya aku ke sana untuk bincang projek lain tapi dapat pulak projek tambahan
syukur alhamdulillah

cumanya sekarang kena fikir kat mana mau korek modal mau rolling
dan juga cari pekerja pekerja yang berdedikasi
untuk sama sama dengan aku berjuang nanti haha cewah ayat

project oh project mari lah dekat padaku~ *menyanyi nyanyi*
aku harap projek kali ni menjadi sebap kaw settle projek ni memang it would be a good portfolio to my company lah so lepas ni mudah jika mau cekup perojek lagi hihi
apa pun semoga dibuka dan dimudahkan segala urusan pada masa yang mendatang i'allah
kamu kamu pun doa la bagi aku dapat ini perojek oke :)

oke stop mau pigi solat
jaga diri jaga iman!