Monday, June 20
boleh tak nak mengeluh?
Wednesday, May 18
syukur :)

Thursday, May 12
tak tahan...

Saturday, May 7
pilih kasih
dulu...
tak ada sapa penah pertikai result aku.
maybe depa paham, rezeki masing masing.
maybe juga sebap kami dah sama sama berjuang in the same class bertahun lamanya, so depa tahu apa yang lebih dan kurang tentang kita.
tapi sekarang...
"lidey tak pa la subjek tu dia dapat 4flat pasal dia kamceng dengan lecturer"
"besa la lidey tu semua lecturer dia sapu kat dia"
"turn orang lain semua kena teruk tapi turn lidey direct selamat"
seriously aku tak tau dari mana lah corak pemikiran sebegini boleh wujud di ipt baru ni.
tak tahu aku di mana silapnya.
serious aku sedih *sedih la sangat ha ha* bila dapat tau ada mulut mulut yang bercakap begitu tapi bila difikirkan balik... naahhh lantak lah.
mungkin sebap depa tak penah nampak aku study dalam kelas dan hanya tidur atau juga main handset saja sepanjang masa.
mungkin juga sebap aku tak penah join study group depa.
mungkin juga sebap selalunya aku hanya buat bodoh dalam kelas dan sikap bodoh aku tu buatkan aku dibenci dan dimenyampahkan dalam kelas. hah that's it!
ya, mungkin ada banyak faktor penyebab semua ni berlaku. tak kisah la. mereka bebas untuk memikirkan apa saja tentang aku. macam aku tak tau. kutuk aku berkoyan koyan tapi bila time nak tanya jawapan or nak siapkan projek sanggup pulak carik aku yang begitu dimenyampahkan ini.
Monday, April 25
sila jangan demand please :(
bismillah...
kadang kadang memang susah bila orang yang lebih senior diambil untuk bekerjasama dengan kita...
susah. payah.
aku tak lah mintak diri ni dihormati walaupun aku hanya tokey cabuk tapi aku harap mereka mereka paham yang ada beza di antara mereka yang mencari rezeki dengan 100% bergantung kepada customer a.k.a business dengan mereka yang mencari rezeki dengan bergaji bulanan tetap.
ketahuilah tekanan yang dialami antara bos dan pekerja tak sama. seandainya seorang pekerja merasai tekanan bermakna bosnya pula mengalami tekanan kuasa dua. begitu juga bila pekerja merasai tekanan kuasa dua bosnya pula mengalami tekanan kuasa tiga atau empat atau lebih teruk lagi kuasa lima atau enam!
fahamilah bahawa bagi seorang businessman tiada apa yang lebih penting selain dari janji dan kepuasan kepada pelanggannya ditunaikan. itu sahaja. rasa percaya dan yakin pelanggan itu lah yang paling didamba dan jangan terkejut jika itu lah yang mengambil masa dan keringat untuk mencapainya.
esok aku dah final 2nd & 3rd paper. study apa pun tak boleh lagi.please, please lah. jangan demand sangat bila aku mintak tolong buat kerja :(
Thursday, April 21
tips fabrikasi : lentur besi tanpa guna mesin


- cari sumthing yang agak agak kuat untuk dijadikan body dia. boleh guna paip *but make sure ia besi bukan paip pvc or plastik haha* tapi kalau nak rasa kukuh boleh guna round bar. tak perlu cari yang baru. amik saja saki baki yang dah digunakan saja.
- cari satu rod kecik dan kalau boleh padat la. tak perlu panjang sangat *tengok macam dalam gambar*
- welding rod besi tu kasi lekat pada body dia *round bar tu lah* boleh guna plat besi untuk lekatkan atau apa apa saja yang logik digunakan.
- bila dah siap, boleh ikat di ragum & clamp dia kasi stabil oke. siap boleh guna!

*cara mau kepak besi kasi bentuk bentuk sikit :) *
Thursday, April 7
kerjaya Vs study. yang mana satu jadi pilihan?
2,3 menjak ni aku terlalu kalut. terlalu havoc & hectic kata omputeh.
kesemua kekalutan ni dah buatkan kepala aku hampir pecah.
bukan sebelum ni tak pernah jadi study & business at the same time. tapi rasanya kali ni berbeza.
mungkin dulu business aku lebih flexible. always on weekend saja & jarang on weekdays. dan selalu kalau aku p pon aku hanya habiskan air liur saja. kerja suma anak buah yang settle. tapi tu pun da cukup buat pointer aku menurun.
but this time is totally different. kali ni aku lah boss aku lah jua kuli. bukan tak ada pekerja tapi most of the things aku kena settle sendiri. ya lah tak kan nak suruh anak buah jumpa customer, nak survey barang, nak lobi projek, nak ejas harga. semua tu aku kena buat. aku kena tanggung. anak buah kerjanya tunggu projek masuk, tunggu besi sampai dan welding. tu saja.
kengkadang rasa best pulak kalau kerja dengan orang
lagi best jadi student yang tanggungjawabnya hanya study
tak payah berat otak pikir. ha ha.
study dan kerjaya. yang mana jadi pilihan?
Tuesday, April 5
entry happy penuh kesyukuran :)
memang harini terbuka rezeki untuk aku dan GE
mungkini ni hikmah banjir
benar kata bidalan
setiap yang berlaku mungkin musibah bagi sesetengah orang tetapi nikmat buat sesetengah yang lain
tapi mungkin aku special case sebap banjir telah buat aku susah tapi kemudian betukar kepada nikmat kemudiannya :)
mengapa aku kata ni hikmah banjir?
well banyak harta benda & perabot rosak hampir setiap rumah yang dinaiki ayiaq
begitu juga dengan sekolah sekolah dan pejabat kerajaan juga bangunan swasta yang lain
maka mereka mereka yang terlibat mengambil keputusan untuk menggantikan perabot mereka dengan perabot berasaskan besi, which means heaven to me! :)
ya aku baru pulang melobi mereka mereka yang berkaitan
tak sangka perginya aku ke sana untuk bincang projek lain tapi dapat pulak projek tambahan
syukur alhamdulillah
cumanya sekarang kena fikir kat mana mau korek modal mau rolling
dan juga cari pekerja pekerja yang berdedikasi
untuk sama sama dengan aku berjuang nanti haha cewah ayat
project oh project mari lah dekat padaku~ *menyanyi nyanyi*
aku harap projek kali ni menjadi sebap kaw settle projek ni memang it would be a good portfolio to my company lah so lepas ni mudah jika mau cekup perojek lagi hihi
apa pun semoga dibuka dan dimudahkan segala urusan pada masa yang mendatang i'allah
kamu kamu pun doa la bagi aku dapat ini perojek oke :)
oke stop mau pigi solat
jaga diri jaga iman!
Sunday, April 3
tips : elakkan sakit mata akibat kerja-kerja fabrikasi/kimpalan [part two]
oleh itu sibuklah orang orang kampong membersihkan rumah masing masing termasuk lah juga rumah ku. errr kecuali aku. haha. biasalah budak malas. aku hanya mampu tolong ibu berus lantai kat tempat parking keta dan cuci dinding luaq umah saja sebelum melarikan diri untuk tidur :D
ya ya aku memang kejam. tak payah mengutuk kerana aku sedar diri haha.
so disebabkan banjir ni aku berkesempatan melepak dengan lebih lama di samping berkongsi cerita dengan member-member yang dah jarang jumpa.
so dalam duk rabung sembang entah camna boleh terkeluaq tips aneh tapi bagus dari kawan aku tentang sakit mata welding nih.
err actually kami sedang sembang pasai glasses. yang mana ori yang mana cun yang mana tiruuaann. camna kesan guna glasses biasa ni pada mata bila guna untuk welding etc...
oh banyak cerita pulak.
so here's the tips. sebelum aku lupa, let me remind kamu kamu. tips ni hanya untuk selepas welding dan mata kamu sudah terdapat tanda tanda awal untuk sakit. bukan lah selepas sakit oke. kalau dah sakit sila rujuk balik entry aku yang sebelumnya di sini
- cuci mata bagi bersih dulu
- cari besen atau mangkuk besaq dan isi dengan ayiaq suam. make sure jangan terlalu panas kerana ia akan digunakan untuk merendam mata kita yang berharga ni oke
- masukkan garam secukup rasa. tak perlu masin sangat. cukup sekadar lidah kita dapat detect rasa masin tu. ingat kita nak buat rawatan mata dan bukannya mau masak gulai lauk mata okeh.
- so bila da siap tunggu apa lagi. celikkan mata anda luas luas dalam air garam tersebut.
- buat 2, 3 kali sampai rasa selesa
ramai yang cuak bila dengaq mata nak kena rendam dalam ayiaq garam *aku pun cuak juga pada mulanya*
but don't worry. mata anda tak akan merasa terseksa malahan selesa. mungkin pada mula mata akan sedikit terkejut tapi biasalah. mungkin kandungan dalam garam tu sedang bertindak balas dengan apa yang ada dalam mata kita.
biarpun aku tak penah cuba lagi tips ni *sebap aku dah lama tak kena sakit mata nih and i wish i don't have to lah* tapi berdasarkan pengalaman kengkawan aku ia adalah amat mujarab.
apa pun terserah saja pada kamu kamu untuk pilih cara yang terbaik yang dirasakan bersesuaian.
i'allah kalau ada lagi tips tips yang baru akan aku share kat sini.
Monday, March 14
class batal dan kemudian...
rupanya ada hikmah di sebalik kemalasan hari ni.
selesai saja lidey mengisi minyak buntal yang kekeringan terus saja buntal dipecut sesopan mungkin menuju ke destinasi. di pertengahan jalan...
tereeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttt *bunyi mesej*
"kelas loji dibatalkan. tolong sebar pada kawan-kawan"
"......................................." *memendam kegeraman*
nasib baik tak masuk kedah lagi. baru dalam kawasan sempadan. kalau tidak mau nya aku bermalam terus kat sana. jimat minyak katakan. hurmm camni la nasib student macam aku. eceh buat ayat sedih pulak. huh
so bagi mengubat kekecewaan teruslah aku berpatah balik menuju ke bengkel tercinta dengan harapan akan ada projek baru nak dibuat. tepat tekaan aku buat pertama kalinya. mereka -mereka sedang sibuk dengan satu projek baru. apa lagi...
"hang nak buat kerja camna pakai baju kurung!~"
"ala setakat potong besi senang ja. boring tak tau nak buat apa ni. dah la class pun batal"
"satgi baju hang lubang habis. hang p balik salin baju dulu"
"berkira betul. dah aku nak buat tak bagi. nanti aku tak buat cakap aku duk saja pulak.balik ah camni" *hehe cakap dalam hati ja lah. cakap depan-depan nanti kena flying kick*
maka terpaksalah aku menjadi pemerhati dan sekadar membantu yang mana patut ja. sedih gak tak dapat buat sebap dah lama tak sentuh mesin nih.
tapi benar kata mereka. lengan baju kurung aku dah pun berlubang akibat percikan arka. tu baru sekadar tengok-tengok saja.
alahai~
Sunday, March 13
CNC - computer numerical control codes (part 1)
bismillah...
disebabkan sekarang aku tengah sibuk dengan programming untuk CNC lathe so better aku share ja kat sini basic code yang selalu diguna pakai dalam CNC programming.
actually there are few codes that often been used antaranya :
- G codes - atau dipanggil preparatory codes. ni untuk buat arahan pada machining. contohnya arahan untuk mata alat memotong ka, apa ka...
- M codes - mengawal aktiviti mesin. senang cakap ni untuk ON dan OFF apa-apa function kat mesin macam coolent, spindle etc...
- T codes - stands for tools code. ni untuk pilih mata alat. tak salah aku dalam lathe CNC machine ada 8 housing untuk mata alat so sebelum mula kerja kita kena pilih sendiri nak guna yang mana sebap mesin tak tau nak pilih. ya lah, mesin hanya bantu kita buat kerja saja. dia mana la nak p tau apa kita nak kan?
- F codes - dalam bahasa orang puteh dipanggil feed rates iaitu kadar suapan. bukan suapan nasik e mulut tapi kadar spindle atau juga mata alat bergerak/berputar ka. tu dipanggil kadar suapan
- S codes - special code lah. yang ni entah tak tau nak explain. aku jarang guna menatang ni. ha ha
- X, Y, Z - ni untuk paksi. maksudnya ke mana arah mata alat nak pergi untuk proses benda kerja
ni salah satu contoh kod-kod yang digunakan di bawah G codes.
G00 Rapid movement for position (gerak cepat)
G01 Linear interpolation with feedrate (potong lurus)
G02 Circular interpolation (clockwise)
G03 Circular interpolation (counter clockwise)
G2/G3 Helical interpolation
G04 Dwell time in milliseconds
G05 Spline definition
G06 Spline interpolation
G07 Tangential circular interpolation / Helix interpolation / Polygon interpolation / Feedrate interpolation
G08 Ramping function at block transition / Look ahead "off"
G09 No ramping function at block transition / Look ahead "on"
G10 Stop dynamic block preprocessing
G11 Stop interpolation during block preprocessing
G12 Circular interpolation (cw) with radius
G13 Circular interpolation (ccw) with radius
G14 Polar coordinate programming, absolute
G15 Polar coordinate programming, relative
G16 Definition of the pole point of the polar coordinate system
G17 Selection of the X, Y plane
G18 Selection of the Z, X plane
G19 Selection of the Y, Z plane
G20 Selection of a freely definable plane
G21 Parallel axes "on"
G22 Parallel axes "off"
G24 Safe zone programming; lower limit values
G25 Safe zone programming; upper limit values
G26 Safe zone programming "off"
G27 Safe zone programming "on"
G33 Thread cutting with constant pitch
G34 Thread cutting with dynamic pitch
G35 Oscillation configuration
G38 Mirror imaging "on"
G39 Mirror imaging "off"
G40 Path compensations "off"
G41 Path compensation left of the work piece contour
G42 Path compensation right of the work piece contour
G43 Path compensation left of the work piece contour with altered approach (jarak tool)
G44 Path compensation right of the work piece contour with altered approach
G50 Scaling
G51 Part rotation; programming in degrees
G52 Part rotation; programming in radians
G53 Zero offset off
G54 Zero offset #1 (koordinat benda kerja)
G55 Zero offset #2
G56 Zero offset #3
G57 Zero offset #4
G58 Zero offset #5
G59 Zero offset #6
G63 Feed / spindle override not active
G66 Feed / spindle override active
G70 Inch format active
G71 Metric format active
G72 Interpolation with precision stop "off"
G73 Interpolation with precision stop "on"
G74 Move to home position
G75 Curvature function activation
G76 Curvature acceleration limit
G78 Normalcy function "on" (rotational axis orientation)
G79 Normalcy function "off"
G80 - G89 for milling applications:
G80 Canned cycle "off"
G81 Drilling to final depth canned cycle/drilling cycle/simple drilling
G82 Spot facing with dwell time canned cycle
G83 Deep hole drilling canned cycle / deep hole drilling
G84 Tapping or Thread cycle
G85 Reaming canned cycle
G86 Boring canned cycle
G87 Reaming with measuring stop canned cycle
G88 Boring with spindle stop canned cycle
G89 Boring with intermediate stop canned cycle
G81 - G88 for cylindrical grinding applications:
G81 Reciprocation without plunge
G82 Incremental face grinding
G83 Incremental plunge grinding
G84 Multi-pass face grinding
G85 Multi-pass diameter grinding
G86 Shoulder grinding
G87 Shoulder grinding with face plunge
G88 Shoulder grinding with diameter plunge
G90 Absolute programming
G91 Incremental programming
G92 Position preset
G93 Constant tool circumference velocity "on" (grinding wheel)
G94 Feed in mm / min (or inch / min)
G95 Feed per revolution (mm / rev or inch / rev)
G96 Constant cutting speed "on"
G97 Constant cutting speed "off"
G98 Positioning axis signal to PLC
G99 Axis offset
G100 Polar transformation "off"
G101 Polar transformation "on"
G102 Cylinder barrel transformation "on"; cartesian coordinate system
G103 Cylinder barrel transformation "on," with real-time-radius compensation (RRC)
G104 Cylinder barrel transformation with center line migration (CLM) and RRC
G105 Polar transformation "on" with polar axis selections
G106 Cylinder barrel transformation "on" polar-/cylinder-coordinates
G107 Cylinder barrel transformation "on" polar-/cylinder-coordinates with RRC
G108 Cylinder barrel transformation polar-/cylinder-coordinates with CLM and RRC
G109 Axis transformation programming of the tool depth
G110 Power control axis selection/channel 1
G111 Power control pre-selection V1, F1, T1/channel 1 (Voltage, Frequency, Time)
G112 Power control pre-selection V2, F2, T2/channel 1
G113 Power control pre-selection V3, F3, T3/channel 1
G114 Power control pre-selection T4/channel 1
G115 Power control pre-selection T5/channel 1
G116 Power control pre-selection T6/pulsing output
G117 Power control pre-selection T7/pulsing output
G120 Axis transformation; orientation changing of the linear interpolation rotary axis
G121 Axis transformation; orientation change in a plane
G125 Electronic gear box; plain teeth
G126 Electronic gear box; helical gearing, axial
G127 Electronic gear box; helical gearing, tangential
G128 Electronic gear box; helical gearing, diagonal
G130 Axis transformation; programming of the type of the orientation change
G131 Axis transformation; programming of the type of the orientation change
G132 Axis transformation; programming of the type of the orientation change
G133 Zero lag thread cutting "on"
G134 Zero lag thread cutting "off"
G140 Axis transformation; orientation designation work piece fixed coordinates
G141 Axis transformation; orientation designation active coordinates
G160 ART activation
G161 ART learning function for velocity factors "on"
G162 ART learning function deactivation
G163 ART learning function for acceleration factors
G164 ART learning function for acceleration changing
G165 Command filter "on"
G166 Command filter "off"
G170 Digital measuring signals; block transfer with hard stop
G171 Digital measuring signals; block transfer without hard stop
G172 Digital measuring signals; block transfer with smooth stop
G175 SERCOS-identification number "write"
G176 SERCOS-identification number "read"
G180 Axis transformation "off"
G181 Axis transformation "on" with not rotated coordinate system
G182 Axis transformation "on" with rotated / displaced coordinate system
G183 Axis transformation; definition of the coordinate system
G184 Axis transformation; programming tool dimensions
G186 Look ahead; corner acceleration; circle tolerance
G188 Activation of the positioning axes
G190 Diameter programming deactivation
G191 Diameter programming "on" and display of the contact point
G192 Diameter programming; only display contact point diameter
G193 Diameter programming; only display contact point actual axes center point
G200 Corner smoothing "off"
G201 Corner smoothing "on" with defined radius
G202 Corner smoothing "on" with defined corner tolerance
G203 Corner smoothing with defined radius up to maximum tolerance
G210 Power control axis selection/Channel 2
G211 Power control pre-selection V1, F1, T1/Channel 2
G212 Power control pre-selection V2, F2, T2/Channel 2
G213 Power control pre-selection V3, F3, T3/Channel 2
G214 Power control pre-selection T4/Channel 2
G215 Power control pre-selection T5/Channel 2
G216 Power control pre-selection T6/pulsing output/Channel 2
G217 Power control pre-selection T7/pulsing output/Channel 2
G220 Angled wheel transformation "off"
G221 Angled wheel transformation "on"
G222 Angled wheel transformation "on" but angled wheel moves before others
G223 Angled wheel transformation "on" but angled wheel moves after others
G265 Distance regulation – axis selection
G270 Turning finishing cycle
G271 Stock removal in turning
G272 Stock removal in facing
G274 Peck finishing cycle
G275 Outer diameter / internal diameter turning cycle
G276 Multiple pass threading cycle
G310 Power control axes selection /channel 3
G311 Power control pre-selection V1, F1, T1/channel 3
G312 Power control pre-selection V2, F2, T2/channel 3
G313 Power control pre-selection V3, F3, T3/channel 3
G314 Power control pre-selection T4/channel 3
G315 Power control pre-selection T5/channel 3
G316 Power control pre-selection T6/pulsing output/Channel 3
G317 Power control pre-selection T7/pulsing output/Channel 3
actually nak translate kan suma ni dalam Bahasa agar kamu kamu mudah paham tapi malas la pulok. lagipun kalau dalam industri rasanya tak penah jumpa lagi programming dalam Bahasa so kena biasakan diri dengan term-term dalam English la okes :)
to be continue...
Tuesday, March 8
tersalah jadual
6 a.m
terlihat kelibat lidey bangun dengan tangkas bersiap sedia untuk solat subuh seterusnya ke kelas.
7 a.m
terlihat juga kelibat buntal di pecut dengan lajunya oleh lidey merentas sempadan negeri untuk ke negeri jiran sambil menyelit di sana sini kononnya tidak mahu terlewat di pagi yang penuh semangat ini.
7.45 a.m
terlihat lidey mula memasuki pagar tempat pengajiannya. suasana kelihatan lengang. "mengapakah sunyi? suda hampir pukul 8 ni" bisik lidey dalam hati.
7.50 a.m
sambil melewati blok-blok bangunan seterusnya melangkah mendaki tangga untuk ke kelas *oh lidey pagi-pagi memang akan menggunakan tangga instead of lif kununnya nak bersenam di pagi hari* lidey terfikir lagi. "mengapakah. selalunya berduyun-duyun student rushing ikut tangga time lewat camni"
8.00 a.m
lidey berdiri tepat di hadapan pintu kelas. "mengapakah kelam? kelas batalkah? hampagas betul kerana tak inform aku" bisik lidey dalam hati sambil bukak fail menyelak-menyelak helaian kertas mencari jadual. nah!
Friday, February 11
jig dan lekapan / jig and fixture (part two)
actually aku baru settle presentation for this topic so sementara masih segar meh la kita share sama sama
Jig
kita mulakan dengan jig dulu *teringat time mula mula kenal jig aku sebut makhluk tu sebagai jeep hehe. aku pun pelik ada juga benda lain nama jeep. ingat jeep kenderaan ja* seperti dah bagitau sebelum ni, jig tu kegunaanya selain dari memegang benda kerja ia juga berfungsi sebagai pemandu arah bagi mata alat tu untuk buat sebarang kerja.
ada dua jenis jig yg utama :
- jig pengapit/jig terbuka / open jig / clamp jig
- jig kotak / jig tertutup/ closed jig / box jig


jig pengapit/jig terbuka / open jig / clamp jig
jig ni diberi nama sebegini sebap bentuknya / tugasnya yang seperti pengapit. selalunya diikat pada benda kerja untuk proses drilling/membuat lubang. jig spesis ni pun ada banyak jenis antaranya :
- jig bulat (ring jig)
- jig pengapit sesendal (bushed clamp jig)
- jig reversible (boleh diterbalikkan)
- jig plat (clamp-on jig)
- jig diameter
- jig saluran (channel jig)
jig kotak / jig tertutup/ closed jig / box jig
yang ni pulak selalunya berbentuk empat segi macam kotak lah *tengok nama pon dah tau* cumanya dia tak diikat pada benda kerja sebaliknya benda kerja tu yg dimasukkan ke dalamnya atau diikat padanya untuk kerja drilling atau sebarang kerja lain. tapi selalunya memang digunakan untuk kerja drill la jig ni tak kira samada untuk countersink (penembusan) counterbore *aku da lupa apa maksudnya dalam bahasa* atau apa-apa kerja boring (buat lubang) la.
contoh jig ni antaranya :
- jig engsel (leaf jig)
- jig sudut
sebenarnya fungsi bagi semua jig ni lebih kurang sama saja. yang membezakan adalah kesesuaian jig tu dengan benda kerja. itu yang kamu kamu kena faham. konsepnya amat mudah. actually kita sendiri pon boleh cipta jig untuk kegunaan kita sendiri bergantung kepada kerja yang kita nak buat. sebap tu benda ni terlalu general untuk diceritakan. camtu jugak dalam bidang industri. setiap masa teknologi jig ni akan berubah seiring dengan kegeniusan pihak yang terlibat bagi memantapkan lagi pengeluaran mereka.
*jig dibuat bagi mempercepatkan rangka rak siap. so bila ada jig boleh buat 2 serentak dengan ukuran yang tepat dan sama. lebih mudah kan?*
*haha sibuk letak gambaq sendiri ja. bukan apa, nak letak gambaq contoh untuk jig-jig yang lain payah sebap gambaq berat. haha alasan~ tak pa kalau nak mintak saja sama aku nanti okeh
*
so setakat ini dulu. i'allah akan ada bahagian ketiga untuk aku share dengan kamu-kamu tentang lekapan pulak.
sebenarnya jugak aku nak explain tentang setiap jenis jig di atas tapi rasa malas sebap terlalu banyak. so kalau ada yang tanya nanti aku explain lah dalam ruangan comment saja mengikut permintaan.
selamat membaca dan selamat beramal :)
Friday, January 21
jig dan lekapan / jig and fixture
persamaan antara jig dan lekapan
- the only same thing between jig and fixture is its function to hold the workpiece untuk tetap berada pada tempatnya *ececei nak skeeeping kah lidey :p
- kedua-dua makhluk ni digunakan bagi memudahkan proses pengeluaran sesuatu penghasilan pada kos yang lebih ekonomi berbanding memiliki mesin khas bagi setiap operasi yang ingin dilakukan (sebap jig/lekapan ni boleh ditukar/disilihganti bila-bila masa ikut kerja yang kita nak buat. kan jimat. ruang pun jimat. kos pun jimat daripada nak beli mesin khusus untuk setiap kerja)
- ketepatan yang dihasilkan juga tinggi. sebap tu boleh guna untuk kerja duplikasi
- bahan yang digunakan untuk membuatnya juga mesti dari bahan yang mempunyai tahap ketahanan terhadap kehausan yang tinggi sebap ia melibatkan kerja pemotongan logam
perbezaan antara jig dan lekapan/difference between jig an fixture
- jig bukan saja bertindak bagi memegang benda kerja tapi juga mampu memberi panduan untuk operasi kerja dijalankan. maknanya jig dapat membantu dalam memberi panduan,membentuk, menahan, menyokong, untuk setting benda kerja dan macam-macam lagi berbaning dengan lekapan yang hanya berfungsi untuk memegang benda kerja.
- selalunya jig digunakan dalam kerja drill dan antara jig yang biasa digunakan adalah jig jenis pengapi (clamp jig) selain itu jig kotak atau jog tertutup juga digunakan (box jig)
- lekapan pulak selalu digunakan lam kerja grinding. lebih kurang kerja yang melibatkan permukaan benda kerja la.
oh rasanya setakat ni dulu. nanti ada masa aku kongsi lagi. perlu out dengan segera sebap bajet ta cukup. pa na buat. sekarang zaman ujian melanda. na internet kena mai cc=kopak duit. ha ha.
so kaw ada apa apa tak faham or nak tau lagi boleh saja tanya. i'allah aku akan cuba cari kan :)
Wednesday, August 18
ramadhan oh ramadhan (episod 1)
ingatan aku kembali merewang mengingatkan ramadhan lepas... rasanya itu antara ramadhan yang menggembirakan. hati ini gembira dalam ramadhan itu. suasananya mendamaikan. masih ingat lagi bagaimana setiap hari aku pulang dari kelas bertemankan ex5 kesayangan ibu. menghadap habuk tanah&pasir di atas highway. merasa terik mentari ketika tegak di atas kepala. bagaimana aku&budakbudak yang lain tercungap-cungap di dalam bengkel keletihan melawan bahang api welding yang panas&gas yang mengeringkan.
namun bibir masih tersenyum ketika singgah di gerai ibu di bazaar ramadhan. ramadhan yang lepas jugak mengingatkan aku tentang bagaimana kelalaian aku diberi peringatan dengan cara yang memang buat aku terus terjaga.
ramadhan lepas juga merupakan ramadhan terakhir aku bersama-sama rakan seperjuangan. bagaimana kami bergelak ketawa bersama melalui detik terakhir sebagai pelajar di bumi bertuah itu.
semoga ramadhan ini akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna... bukan hanya untuk kenangan diri, tapi juga untuk bekalan aku ke sana nanti.
oh contract kerja aku akan habis october ni. dengaq kabar bos nak lanjutkan tempoh contract. oh maaf! bukan tolak rezeki tapi rasanya dah tak sanggup duduk berjam-jam di tempat duduk berbalutkan hawa dingin sambil menghadap pc. aku rindukan kerja bengkel aku. aku rindu nak sentuh besi lagi. aku rindu nak welding lagi - mudah cakap aku rindu kan semua yang ada di perlis!
Friday, July 16
aku bukan takut, cuak sikit ja
apa yang dapat depan mata terus rembat
sekarang
bila dah dapat peluang
projek nak masuk poket bergolek golek
ada orang tu kecut perut
aku bukan tak happy dapat projek
cuma aku tak berani berseorangan
terasa sebatang kara la pulak bila da mula nak terjun dalam lubuk
takut projek huduh
takut customer tak suka
takut
aku kecewa dengan diri sendiri
thats it
Saturday, June 19
basic info about pipe welding
cara mengimpal juga bermacam2 yang juga bergantung kepada kedudukan paip itu. namun terdapat beberapa kedudukan mengimpal yang sering digunakan&sesuai. so kat sini aku just cerita info yang simple2 sekadar untuk tahu pasai pipe welding.
jenis kimpalan
- boleh saja guna mesin kimpal biasa AC/DC SMAW. boleh juga guna MIG. boleh juga guna TIG. boleh juga guna GMAW. it depends on the pipe. macam yg aku cakap tadi.
- camtu jugak dengan pipe undewater. cumanya uncerwater pipe welding tak semudah macam atas darat lah. nama pun underwater. risiko tinggi lebih2 lagi dengan terdedahnya pada kebocoran pipe. bak kata pepatah, malang tak berbau. tambah duk lam laut. lagi la tak leh nak bau *oke saja buat lawak. abaikan

*paip ni guna welding gas. nampak tu kena ejas gas dulu sebelum api dinyalakan*

*aku da lupa apa nama benda ni tapi ia dipanaskan&digunakan untuk melekatkan paip time welding. kira kaw welding besa2 kan kita pakai rod elektrod. paip ni pakai benda ni la. camtu la contoh lebih kurang*
- secara kasar&lembutnya terdapat beberapa kedudukan yang boleh digunakan. bergantung pada kedudukan paip.
- bermula dengan kedudukan 1G, 3G & 6G. mungkin ada lagi nama2 kedudukan yang lain tapi inilah standard yang selalu digunakan. i'allah aku try rujuk pada yang pakar nanti
- selalunya kaw dalam kerja2 paip dalam tanah&underwater kedudukan yang digunakan dipanggil 6G. (G is refer to Groove)

*paip dalam tanah untuk tujuan penyaliran bekalan air. besaq gila paip ni. aku pon celuih dalam tu. hihi*
Thursday, June 17
luka yg kecil jangan disangka tak sakit
dalam kesedihan yang sia2 sambil menyanyi2 sempat jugak aku habiskan projek paip. 2kali potong masih tak jadi2. letih yg amat. mungkin dalam keasyikan melayan otak jari aku terhiris bucu paip. ades. luka-luka kecil adalah amat leceh untuk ditangani sebap :
- bila kecik rasa macam small matter. malas nak biar darah keluar. terus tak cuci luka&buat kerja macam biasa
- main dengan besi confirm lah habuk besi dari kerja grinding&pile akan melekat. tambahan kalau perlu potong semula paip guna bend saw machine. so dengan selamba beruk habuk melekat&buat rumah dalam luka
- time tengah welding still tak rasa apa. cuma bila time nak cuci tangan sebelum wudhuk semua kotoran kat luka tak mau hilang sebap da masuk dalam luka-leceh utk kali ke dua
- akhirnya bila tiba di rumah&pada time2 sebegini jari mula pedih dan langsung tak buleh guna sekalipun utk menaip-leceh kali ke tiga
leceh betui.
Friday, April 9
ini bukan bias, ini bius :D
b0s kurang bercakap dengan aku sejak2 ini. sepertinya marah. ntah mungkin ada yg tersilap di mana2. aku tak tahu. mungkin lalai bergelak ketawa hingga terpes0ng ke mana2. mungkin. atau juga tanggapan tinggi yg diberikan jatuh merudum, tak seindah khabar. mungkin. segalanya mungkin. aku tak tahu.
hal sekecil kuman ini buat aku tak keruan. aku tak tahu kenapa ada yg menganggap hal ini sebagai tidak n0rmal. mungkin susah hati akibat kecewa cinta diangggap n0rmal berbanding kecewa dilayan dingin b0s a.k.a insan yg bergelar pendidik. mungkin dia kecewa. tahukah kau b0s, aku juga kecewa :(
bukan lah terasa tak disamakan dengan lelaki. tidak.
setinggi&sehebat mana manusia bergelar wanita, masih2 lagi akan tetap berada di bawah insan yg bergelar lelaki. itu tidak mungkin berubah.
cuma sekurangnya bila tiba dalam s0al menuntut ilmu, hal sebegitu usahlah diberatkan. usahla diukur siapa lelaki siapa perempuan. adili saja sama rata. biarkan saja yg berusaha mendapat habuan&yg tertinggal biarkan sebagai pengajaran.
bukankah lebih baik begitu...?
Saturday, March 27
Kesihatan vs keselamatan dalam dunia teknikal
keselamatan adalah antara perkara yg amat dititikberatkan dalam dunia teknikal. Keselamatan se0lah sin0nim dengan dunia teknikal kerana dengan mengabaikannya sama juga seperti kamu mengabaikan nyawa&diri sendiri.
“Utamakan keselamatan”
“safety first”
Bukan dalam dunia teknikal saja, malah kebanyakan bidang lain juga meletakkan keselamatan antara perkara utama yg perlu diambik tahu. Malah signb0ard dengan tulisan seperti di atas adalah amat p0pular diletakkan di tempat2 tertentu.
Namun yg pasti terdapat satu lagi hal yg jarang2 diambil pusing, dan hanya disedari&disesali setelah ada yg terkena. Setelah yg sihat tidak lagi kekal kuat, yg muda tidak lagi kekal bertenaga, dan yg lama tak lagi rasa beharga
“Utamakan kesihatan”
Pernah Nampak tanda peringatan ini sebanyak peringatan keselamatan? Terutama di tempat kerja? di bidang teknikal? kurang bukan? Inilah sebenarnya pembunuh dalam senyap. Pembunuh&penyeksa yg tak disangka.
Jarang yg terfikir, apa kaitan kesihatan terutama dalam dunia teknikal? Bukankah kesihatan yg baik b0leh dicapai dengan pemakanan sihat&senaman yg cukup? Apa kaitan dengan kerja teknikal? Bukan kah keselamatan perlu ditumpukan kerana risik0nya yg mampu meragut nyawa? Hakikatnya ya. Namun keselamatan bukan lah satu hal yg perlu dirisaukan berlebihan kerana sudah pasti terdapat guideline atau garis keselamatan yg sememangnya disediakan dalam mana2 kerja berisik0. Hanya perlu patuhi garis keselematan&silakan, teruskan tugas anda dengan berhati2 dan f0kus. Itu sahaja.
Keselamatan&kemalangan. Sesuatu yg b0leh dilihat dengan mata kasar. Itu hakikat. kesihatan?
Dalam bidang teknikal sendiri, berapa ramai yg tahu gas2&asap, cecair kimia, habuk debu apa yg disedut&sentiasa terhidang di tempat kerja setiap hari? Jika apa yg disedut&dilihat p0n tidak tahu, masakan mereka tahu apa kesan yg mampu dibawa oleh semua itu? Dan sudah pastilah segala kesan sampingan itu jarang dirasakan dalam temp0h terdekat, apatah lagi sewaktu diri masih muda membara.
Kesan sampingan itu b0leh saja dianggap seperti hadiah persaraan. Hanya muncul di saat diri sudah semakin menginjak usia, sewaktu diri sudah terasa jemu utk meneruskan tugas. Bukan saja terpaksa menanggung kesan sampingan, hadiah persaraan yg istimewa ini juga mampu membuatkan segala yg dilakukan saban hari terbatas. Lebih malang lagi, nyawa menjadi pengganti.
Tidak percaya?
Buat saja kajian. Tanya saja sama mana2 mereka yg arif. Apa kesan sampingan menghidu terlalu banyak gas karb0n di0ksida, gas asetilena&gas2 lain yg selalu digunakan dalam kerja2 teknikal yg lain. Asap&debu hasil dari kimpalan, canai&pelbagai kerja2 lain mengandungi serbuk2 besi yg halus yg mengandungi pelbagai campuran l0gam yg ada diantaranya mampu membunuh serta merta jika terdedah dalam kuantiti yg melampau. Itu hanya sedutan. Hasil sedutan yg akan berakhir di paru2. Bayangkan saja.
Itu belum lagi dikira yg terdedah dengan kulit muka&badan. Ada yg mudah dibersihkan. Ada yg sukar. Namun jika difikirkan kembali, habuk2 yg sebesar zarah itu mana mampu dilihat dengan mata kasar. Mungkin ia hilang sewaktu dibersihkan. Ada yg meresap ke dalam kulit lalu menjalar di seluruh pembuluh darah. Siapa tahu? Itu jika kulit biasa. Bagaimana jika terdapat luka yg terdedah atau r0ngga2 badan yg memang sedia terbuka? Bayangkan saja.
Atau boleh saja pertimbangkan persekitaran bunyinya. Alunan irama yg terhasil dari mesin2 yg digunakan di kilang2, atau juga terhasil dari mana2 pr0ses yg dilakukan seperti pem0t0ngan, mencanai, mengetuk dsb. Alah bias tegal biasa. Irama yg mengetuk gegendang telinga sudah kedengaran biasa. Sudah dianggap seperti muzik r0ck yg sedap didengar. Namun bayangkan jika gegendang telinga yg disayangi diketuk saban hari dengan muzik serupa utk temp0h yg lama. Dengan kadar yg tinggi. Tahukah berapa frekuensi&kekuatan bunyi2 yg terhasil itu? Bagaimana mereka yg bekerja di tapak pembinaan? Kuari? Yg saban hari mendengar bunyi letupan ala2 perang? Bayangkan saja.
Ya, ini hanya sebahagian dari apa yg dihidang saban hari bagi mereka yg ada di bidang teknikal. aku bukan lah pakar@arif dalam hal2 ini. Aku hanya se0rang budak mentah yg merasa bertuah kerana berpeluang menerima amanat&nasihat dari mereka2 yg pernah menerima hadiah persaraan yg istimewa ini.
Keselamatan&kesihatan. Sama penting sama padan. Bezanya, keselamatan ibarat gajah depan mata manakala kesihatan ibarat semut dalam air minuman. Kita takut gajah pijak s0 kita sentiasa berjaga2 dengan pergerakan gajah. Tapi semut dalam air kita tak perasan sebap terlalu gel0j0h minum kadangkala kerana dahaga. Perumpaan yg teruk tapi mudah dipahami. Bayangkan saja.
250310







