Showing posts with label share ilmu. Show all posts
Showing posts with label share ilmu. Show all posts

Thursday, April 21

tips fabrikasi : lentur besi tanpa guna mesin

bismillah...
walaupun tak ramai yang mau amik tau pasal benda ni tapi aku nak jugak share disebabkan aku hanya tau benda benda camni saja so layan saja lah.

pernah tak bila p umah orang atau lalu mana mana tempat dan kita nampak grill pintu atau pagar rumah orang cantik saja berhias corak bunga atau motif motif lain? mesti selalu kan...
so pernah tak teringin nak tau camna benda tu dibuat?

*contoh besi yang dilentur jadi corak bunga kununya*

actually secara kebiasaan untuk buat melenturkan besi besi tu memang memerlukan alat khas. ada yang panggil banding machine etc. so kebanyakan kedai fabrikasi logam mesti ada punya mesin untuk lentur besi ni supaya senang mau design project.
namun bagi usahawan kedekut seperti aku *mengaku tak pa* atau juga mereka mereka yang saja buat untuk suka suka boleh cuba teknik ini. amat menjimatkan & mudah. cuma perlu tenaga & make sure ia kukuh la. kaw tak memang boleh mendatangkan bahaya.

so ni lah rupabentuk makhluk ni

*see simple saja kan. tak terjangkau akalmu lalala~*

  1. cari sumthing yang agak agak kuat untuk dijadikan body dia. boleh guna paip *but make sure ia besi bukan paip pvc or plastik haha* tapi kalau nak rasa kukuh boleh guna round bar. tak perlu cari yang baru. amik saja saki baki yang dah digunakan saja.
  2. cari satu rod kecik dan kalau boleh padat la. tak perlu panjang sangat *tengok macam dalam gambar*
  3. welding rod besi tu kasi lekat pada body dia *round bar tu lah* boleh guna plat besi untuk lekatkan atau apa apa saja yang logik digunakan.
  4. bila dah siap, boleh ikat di ragum & clamp dia kasi stabil oke. siap boleh guna!

*cara mau kepak besi kasi bentuk bentuk sikit :) *

harus diingat , make sure kimpalan anda benar kuat sebap nanti time bending silap silap rod tu boleh terlucut dan terpelanting lalu singgah di muka sesiapa yang berdekatan.
kalau boleh ketebalan plate/flat bar tu pun harus diambil kira gak. kadang kadang plate yang tebal susah sikit nak lentur sebap perlukan tenaga yang kuat.

selamat mencuba & selamat beramal

oh kalau ada apa apa nak tau boleh saja tanya sama aku. satu soalan sekupang oke :)

Sunday, April 3

tips : elakkan sakit mata akibat kerja-kerja fabrikasi/kimpalan [part two]

bismillah...
hari ni entah hari ke berapa Perlis dalam banjir namun alhamdulillah, ayiaq sudah mula surut dan kering.
oleh itu sibuklah orang orang kampong membersihkan rumah masing masing termasuk lah juga rumah ku. errr kecuali aku. haha. biasalah budak malas. aku hanya mampu tolong ibu berus lantai kat tempat parking keta dan cuci dinding luaq umah saja sebelum melarikan diri untuk tidur :D
ya ya aku memang kejam. tak payah mengutuk kerana aku sedar diri haha.

so disebabkan banjir ni aku berkesempatan melepak dengan lebih lama di samping berkongsi cerita dengan member-member yang dah jarang jumpa.
so dalam duk rabung sembang entah camna boleh terkeluaq tips aneh tapi bagus dari kawan aku tentang sakit mata welding nih.

err actually kami sedang sembang pasai glasses. yang mana ori yang mana cun yang mana tiruuaann. camna kesan guna glasses biasa ni pada mata bila guna untuk welding etc...
oh banyak cerita pulak.

so here's the tips. sebelum aku lupa, let me remind kamu kamu. tips ni hanya untuk selepas welding dan mata kamu sudah terdapat tanda tanda awal untuk sakit. bukan lah selepas sakit oke. kalau dah sakit sila rujuk balik entry aku yang sebelumnya di sini

  • cuci mata bagi bersih dulu
  • cari besen atau mangkuk besaq dan isi dengan ayiaq suam. make sure jangan terlalu panas kerana ia akan digunakan untuk merendam mata kita yang berharga ni oke
  • masukkan garam secukup rasa. tak perlu masin sangat. cukup sekadar lidah kita dapat detect rasa masin tu. ingat kita nak buat rawatan mata dan bukannya mau masak gulai lauk mata okeh.
  • so bila da siap tunggu apa lagi. celikkan mata anda luas luas dalam air garam tersebut.
  • buat 2, 3 kali sampai rasa selesa

ramai yang cuak bila dengaq mata nak kena rendam dalam ayiaq garam *aku pun cuak juga pada mulanya*
but don't worry. mata anda tak akan merasa terseksa malahan selesa. mungkin pada mula mata akan sedikit terkejut tapi biasalah. mungkin kandungan dalam garam tu sedang bertindak balas dengan apa yang ada dalam mata kita.

biarpun aku tak penah cuba lagi tips ni *sebap aku dah lama tak kena sakit mata nih and i wish i don't have to lah* tapi berdasarkan pengalaman kengkawan aku ia adalah amat mujarab.
apa pun terserah saja pada kamu kamu untuk pilih cara yang terbaik yang dirasakan bersesuaian.


i'allah kalau ada lagi tips tips yang baru akan aku share kat sini.
sessh0

Sunday, March 13

CNC - computer numerical control codes (part 1)

bismillah...


disebabkan sekarang aku tengah sibuk dengan programming untuk CNC lathe so better aku share ja kat sini basic code yang selalu diguna pakai dalam CNC programming.

actually there are few codes that often been used antaranya :

  • G codes - atau dipanggil preparatory codes. ni untuk buat arahan pada machining. contohnya arahan untuk mata alat memotong ka, apa ka...
  • M codes - mengawal aktiviti mesin. senang cakap ni untuk ON dan OFF apa-apa function kat mesin macam coolent, spindle etc...
  • T codes - stands for tools code. ni untuk pilih mata alat. tak salah aku dalam lathe CNC machine ada 8 housing untuk mata alat so sebelum mula kerja kita kena pilih sendiri nak guna yang mana sebap mesin tak tau nak pilih. ya lah, mesin hanya bantu kita buat kerja saja. dia mana la nak p tau apa kita nak kan?
  • F codes - dalam bahasa orang puteh dipanggil feed rates iaitu kadar suapan. bukan suapan nasik e mulut tapi kadar spindle atau juga mata alat bergerak/berputar ka. tu dipanggil kadar suapan
  • S codes - special code lah. yang ni entah tak tau nak explain. aku jarang guna menatang ni. ha ha
  • X, Y, Z - ni untuk paksi. maksudnya ke mana arah mata alat nak pergi untuk proses benda kerja

ni salah satu contoh kod-kod yang digunakan di bawah G codes.

G00 Rapid movement for position (gerak cepat)
G01 Linear interpolation with feedrate (potong lurus)
G02 Circular interpolation (clockwise)
G03 Circular interpolation (counter clockwise)
G2/G3 Helical interpolation
G04 Dwell time in milliseconds
G05 Spline definition
G06 Spline interpolation
G07 Tangential circular interpolation / Helix interpolation / Polygon interpolation / Feedrate interpolation
G08 Ramping function at block transition / Look ahead "off"
G09 No ramping function at block transition / Look ahead "on"
G10 Stop dynamic block preprocessing
G11 Stop interpolation during block preprocessing
G12 Circular interpolation (cw) with radius
G13 Circular interpolation (ccw) with radius
G14 Polar coordinate programming, absolute
G15 Polar coordinate programming, relative
G16 Definition of the pole point of the polar coordinate system
G17 Selection of the X, Y plane
G18 Selection of the Z, X plane
G19 Selection of the Y, Z plane
G20 Selection of a freely definable plane
G21 Parallel axes "on"
G22 Parallel axes "off"
G24 Safe zone programming; lower limit values
G25 Safe zone programming; upper limit values
G26 Safe zone programming "off"
G27 Safe zone programming "on"
G33 Thread cutting with constant pitch
G34 Thread cutting with dynamic pitch
G35 Oscillation configuration
G38 Mirror imaging "on"
G39 Mirror imaging "off"
G40 Path compensations "off"
G41 Path compensation left of the work piece contour
G42 Path compensation right of the work piece contour
G43 Path compensation left of the work piece contour with altered approach (jarak tool)
G44 Path compensation right of the work piece contour with altered approach
G50 Scaling
G51 Part rotation; programming in degrees
G52 Part rotation; programming in radians
G53 Zero offset off
G54 Zero offset #1 (koordinat benda kerja)
G55 Zero offset #2
G56 Zero offset #3
G57 Zero offset #4
G58 Zero offset #5
G59 Zero offset #6
G63 Feed / spindle override not active
G66 Feed / spindle override active
G70 Inch format active
G71 Metric format active
G72 Interpolation with precision stop "off"
G73 Interpolation with precision stop "on"
G74 Move to home position
G75 Curvature function activation
G76 Curvature acceleration limit
G78 Normalcy function "on" (rotational axis orientation)
G79 Normalcy function "off"

G80 - G89 for milling applications:
G80 Canned cycle "off"
G81 Drilling to final depth canned cycle/drilling cycle/simple drilling
G82 Spot facing with dwell time canned cycle
G83 Deep hole drilling canned cycle / deep hole drilling
G84 Tapping or Thread cycle
G85 Reaming canned cycle
G86 Boring canned cycle
G87 Reaming with measuring stop canned cycle
G88 Boring with spindle stop canned cycle
G89 Boring with intermediate stop canned cycle

G81 - G88 for cylindrical grinding applications:

G81 Reciprocation without plunge
G82 Incremental face grinding
G83 Incremental plunge grinding
G84 Multi-pass face grinding
G85 Multi-pass diameter grinding
G86 Shoulder grinding
G87 Shoulder grinding with face plunge
G88 Shoulder grinding with diameter plunge
G90 Absolute programming
G91 Incremental programming
G92 Position preset
G93 Constant tool circumference velocity "on" (grinding wheel)
G94 Feed in mm / min (or inch / min)
G95 Feed per revolution (mm / rev or inch / rev)
G96 Constant cutting speed "on"
G97 Constant cutting speed "off"
G98 Positioning axis signal to PLC
G99 Axis offset
G100 Polar transformation "off"
G101 Polar transformation "on"
G102 Cylinder barrel transformation "on"; cartesian coordinate system
G103 Cylinder barrel transformation "on," with real-time-radius compensation (RRC)
G104 Cylinder barrel transformation with center line migration (CLM) and RRC
G105 Polar transformation "on" with polar axis selections
G106 Cylinder barrel transformation "on" polar-/cylinder-coordinates
G107 Cylinder barrel transformation "on" polar-/cylinder-coordinates with RRC
G108 Cylinder barrel transformation polar-/cylinder-coordinates with CLM and RRC
G109 Axis transformation programming of the tool depth
G110 Power control axis selection/channel 1
G111 Power control pre-selection V1, F1, T1/channel 1 (Voltage, Frequency, Time)
G112 Power control pre-selection V2, F2, T2/channel 1
G113 Power control pre-selection V3, F3, T3/channel 1
G114 Power control pre-selection T4/channel 1
G115 Power control pre-selection T5/channel 1
G116 Power control pre-selection T6/pulsing output
G117 Power control pre-selection T7/pulsing output
G120 Axis transformation; orientation changing of the linear interpolation rotary axis
G121 Axis transformation; orientation change in a plane
G125 Electronic gear box; plain teeth
G126 Electronic gear box; helical gearing, axial
G127 Electronic gear box; helical gearing, tangential
G128 Electronic gear box; helical gearing, diagonal
G130 Axis transformation; programming of the type of the orientation change
G131 Axis transformation; programming of the type of the orientation change
G132 Axis transformation; programming of the type of the orientation change
G133 Zero lag thread cutting "on"
G134 Zero lag thread cutting "off"
G140 Axis transformation; orientation designation work piece fixed coordinates
G141 Axis transformation; orientation designation active coordinates
G160 ART activation
G161 ART learning function for velocity factors "on"
G162 ART learning function deactivation
G163 ART learning function for acceleration factors
G164 ART learning function for acceleration changing
G165 Command filter "on"
G166 Command filter "off"
G170 Digital measuring signals; block transfer with hard stop
G171 Digital measuring signals; block transfer without hard stop
G172 Digital measuring signals; block transfer with smooth stop
G175 SERCOS-identification number "write"
G176 SERCOS-identification number "read"
G180 Axis transformation "off"
G181 Axis transformation "on" with not rotated coordinate system
G182 Axis transformation "on" with rotated / displaced coordinate system
G183 Axis transformation; definition of the coordinate system
G184 Axis transformation; programming tool dimensions
G186 Look ahead; corner acceleration; circle tolerance
G188 Activation of the positioning axes
G190 Diameter programming deactivation
G191 Diameter programming "on" and display of the contact point
G192 Diameter programming; only display contact point diameter
G193 Diameter programming; only display contact point actual axes center point
G200 Corner smoothing "off"
G201 Corner smoothing "on" with defined radius
G202 Corner smoothing "on" with defined corner tolerance
G203 Corner smoothing with defined radius up to maximum tolerance
G210 Power control axis selection/Channel 2
G211 Power control pre-selection V1, F1, T1/Channel 2
G212 Power control pre-selection V2, F2, T2/Channel 2
G213 Power control pre-selection V3, F3, T3/Channel 2
G214 Power control pre-selection T4/Channel 2
G215 Power control pre-selection T5/Channel 2
G216 Power control pre-selection T6/pulsing output/Channel 2
G217 Power control pre-selection T7/pulsing output/Channel 2
G220 Angled wheel transformation "off"
G221 Angled wheel transformation "on"
G222 Angled wheel transformation "on" but angled wheel moves before others
G223 Angled wheel transformation "on" but angled wheel moves after others
G265 Distance regulation – axis selection
G270 Turning finishing cycle
G271 Stock removal in turning
G272 Stock removal in facing
G274 Peck finishing cycle
G275 Outer diameter / internal diameter turning cycle
G276 Multiple pass threading cycle
G310 Power control axes selection /channel 3
G311 Power control pre-selection V1, F1, T1/channel 3
G312 Power control pre-selection V2, F2, T2/channel 3
G313 Power control pre-selection V3, F3, T3/channel 3
G314 Power control pre-selection T4/channel 3
G315 Power control pre-selection T5/channel 3

G316 Power control pre-selection T6/pulsing output/Channel 3
G317 Power control pre-selection T7/pulsing output/Channel 3


actually nak translate kan suma ni dalam Bahasa agar kamu kamu mudah paham tapi malas la pulok. lagipun kalau dalam industri rasanya tak penah jumpa lagi programming dalam Bahasa so kena biasakan diri dengan term-term dalam English la okes :)


to be continue...

Friday, February 11

jig dan lekapan / jig and fixture (part two)

bismillah...
akhirnya kita seperti yang dijanjikan, aku akan sambung lagi info tentang jig dan lekapan ni.
actually aku baru settle presentation for this topic so sementara masih segar meh la kita share sama sama

Jig
kita mulakan dengan jig dulu *teringat time mula mula kenal jig aku sebut makhluk tu sebagai jeep hehe. aku pun pelik ada juga benda lain nama jeep. ingat jeep kenderaan ja* seperti dah bagitau sebelum ni, jig tu kegunaanya selain dari memegang benda kerja ia juga berfungsi sebagai pemandu arah bagi mata alat tu untuk buat sebarang kerja.

ada dua jenis jig yg utama :
  • jig pengapit/jig terbuka / open jig / clamp jig
  • jig kotak / jig tertutup/ closed jig / box jig

jig pengapit/jig terbuka / open jig / clamp jig
jig ni diberi nama sebegini sebap bentuknya / tugasnya yang seperti pengapit. selalunya diikat pada benda kerja untuk proses drilling/membuat lubang. jig spesis ni pun ada banyak jenis antaranya :
- jig bulat (ring jig)
- jig pengapit sesendal (bushed clamp jig)
- jig reversible (boleh diterbalikkan)
- jig plat (clamp-on jig)
- jig diameter
- jig saluran (channel jig)

jig kotak / jig tertutup/ closed jig / box jig
yang ni pulak selalunya berbentuk empat segi macam kotak lah *tengok nama pon dah tau* cumanya dia tak diikat pada benda kerja sebaliknya benda kerja tu yg dimasukkan ke dalamnya atau diikat padanya untuk kerja drilling atau sebarang kerja lain. tapi selalunya memang digunakan untuk kerja drill la jig ni tak kira samada untuk countersink (penembusan) counterbore *aku da lupa apa maksudnya dalam bahasa* atau apa-apa kerja boring (buat lubang) la.
contoh jig ni antaranya :
- jig engsel (leaf jig)
- jig sudut

sebenarnya fungsi bagi semua jig ni lebih kurang sama saja. yang membezakan adalah kesesuaian jig tu dengan benda kerja. itu yang kamu kamu kena faham. konsepnya amat mudah. actually kita sendiri pon boleh cipta jig untuk kegunaan kita sendiri bergantung kepada kerja yang kita nak buat. sebap tu benda ni terlalu general untuk diceritakan. camtu jugak dalam bidang industri. setiap masa teknologi jig ni akan berubah seiring dengan kegeniusan pihak yang terlibat bagi memantapkan lagi pengeluaran mereka.


aku juga ada pengalaman sendiri mencipta jig ni sewaktu zaman muda rumaja dulu. sewaktu aku didera untuk siapkan projek rak aku yang tak seberapa *time ni la aku ingat jig tu macam jeep* tapi sampai sekarang aku masih keliru untuk mengkategorikan jig aku tu samada dalam spesis jig atau lekapan. ha ha. biasa lah. bos aku pun panggil benda tu jig sedangkan aku rasa dia tu lekapan. tapi macam aku cakap sebelum ni. jig dan lekapan memang sukar untuk dibezakan sebap kebanyakan fugsinya hampir sama.
mechanical
*jig dibuat bagi mempercepatkan rangka rak siap. so bila ada jig boleh buat 2 serentak dengan ukuran yang tepat dan sama. lebih mudah kan?*
mechanical
*haha sibuk letak gambaq sendiri ja. bukan apa, nak letak gambaq contoh untuk jig-jig yang lain payah sebap gambaq berat. haha alasan~ tak pa kalau nak mintak saja sama aku nanti okeh
*

oh dah melalut aku. ha ha. nak share fakta tapi tercerita tentang diri sendiri lak. gila glamour betul. ha ha.
so setakat ini dulu. i'allah akan ada bahagian ketiga untuk aku share dengan kamu-kamu tentang lekapan pulak.
sebenarnya jugak aku nak explain tentang setiap jenis jig di atas tapi rasa malas sebap terlalu banyak. so kalau ada yang tanya nanti aku explain lah dalam ruangan comment saja mengikut permintaan.

selamat membaca dan selamat beramal :)

sessh0

Friday, January 21

jig dan lekapan / jig and fixture

bismillah...
jig dan lekapan ni pada asasnya memang untuk memegang benda kerja. fungsinya hampir sama tapi sebenarnya tak serupa. lebih macam kembar tak seiras la. so kali ni au nak cuba terangkan secara simple saja. bak kata orang kampung aku, terang cara bodo2 apa benda jig dan lekapan ni dan perbezaannya.

persamaan antara jig dan lekapan
  • the only same thing between jig and fixture is its function to hold the workpiece untuk tetap berada pada tempatnya *ececei nak skeeeping kah lidey :p
  • kedua-dua makhluk ni digunakan bagi memudahkan proses pengeluaran sesuatu penghasilan pada kos yang lebih ekonomi berbanding memiliki mesin khas bagi setiap operasi yang ingin dilakukan (sebap jig/lekapan ni boleh ditukar/disilihganti bila-bila masa ikut kerja yang kita nak buat. kan jimat. ruang pun jimat. kos pun jimat daripada nak beli mesin khusus untuk setiap kerja)
  • ketepatan yang dihasilkan juga tinggi. sebap tu boleh guna untuk kerja duplikasi
  • bahan yang digunakan untuk membuatnya juga mesti dari bahan yang mempunyai tahap ketahanan terhadap kehausan yang tinggi sebap ia melibatkan kerja pemotongan logam

perbezaan antara jig dan lekapan/difference between jig an fixture

  • jig bukan saja bertindak bagi memegang benda kerja tapi juga mampu memberi panduan untuk operasi kerja dijalankan. maknanya jig dapat membantu dalam memberi panduan,membentuk, menahan, menyokong, untuk setting benda kerja dan macam-macam lagi berbaning dengan lekapan yang hanya berfungsi untuk memegang benda kerja.
  • selalunya jig digunakan dalam kerja drill dan antara jig yang biasa digunakan adalah jig jenis pengapi (clamp jig) selain itu jig kotak atau jog tertutup juga digunakan (box jig)
  • lekapan pulak selalu digunakan lam kerja grinding. lebih kurang kerja yang melibatkan permukaan benda kerja la.

oh rasanya setakat ni dulu. nanti ada masa aku kongsi lagi. perlu out dengan segera sebap bajet ta cukup. pa na buat. sekarang zaman ujian melanda. na internet kena mai cc=kopak duit. ha ha.

so kaw ada apa apa tak faham or nak tau lagi boleh saja tanya. i'allah aku akan cuba cari kan :)

*jig dan lekapan part two*

sessh0

Saturday, June 19

basic info about pipe welding

bismillah...
ada banyak cara&method yg boleh digunakan dalam mengimpal paip. bergantung kepada jenis kimpalan yang dikehendaki, lokasi paip, kandungan paip itu sendiri, kandungan yang akan disalurkan dalam paip, etc.
cara mengimpal juga bermacam2 yang juga bergantung kepada kedudukan paip itu. namun terdapat beberapa kedudukan mengimpal yang sering digunakan&sesuai. so kat sini aku just cerita info yang simple2 sekadar untuk tahu pasai pipe welding.

jenis kimpalan
  • boleh saja guna mesin kimpal biasa AC/DC SMAW. boleh juga guna MIG. boleh juga guna TIG. boleh juga guna GMAW. it depends on the pipe. macam yg aku cakap tadi.
  • camtu jugak dengan pipe undewater. cumanya uncerwater pipe welding tak semudah macam atas darat lah. nama pun underwater. risiko tinggi lebih2 lagi dengan terdedahnya pada kebocoran pipe. bak kata pepatah, malang tak berbau. tambah duk lam laut. lagi la tak leh nak bau *oke saja buat lawak. abaikan

*paip ni guna welding gas. nampak tu kena ejas gas dulu sebelum api dinyalakan*

*aku da lupa apa nama benda ni tapi ia dipanaskan&digunakan untuk melekatkan paip time welding. kira kaw welding besa2 kan kita pakai rod elektrod. paip ni pakai benda ni la. camtu la contoh lebih kurang*

kedudukan kimpalan
  • secara kasar&lembutnya terdapat beberapa kedudukan yang boleh digunakan. bergantung pada kedudukan paip.
  • bermula dengan kedudukan 1G, 3G & 6G. mungkin ada lagi nama2 kedudukan yang lain tapi inilah standard yang selalu digunakan. i'allah aku try rujuk pada yang pakar nanti
  • selalunya kaw dalam kerja2 paip dalam tanah&underwater kedudukan yang digunakan dipanggil 6G. (G is refer to Groove)

*paip dalam tanah untuk tujuan penyaliran bekalan air. besaq gila paip ni. aku pon celuih dalam tu. hihi*

oke takat tu saja. next entry nanti aku akan cita pulak tentang apa kebenda maksud di sebalik nama2 kedudukan mengimpal tu i'allah.


sessh0

Saturday, March 27

Kesihatan vs keselamatan dalam dunia teknikal

keselamatan adalah antara perkara yg amat dititikberatkan dalam dunia teknikal. Keselamatan se0lah sin0nim dengan dunia teknikal kerana dengan mengabaikannya sama juga seperti kamu mengabaikan nyawa&diri sendiri.

“Utamakan keselamatan”

“safety first”

Bukan dalam dunia teknikal saja, malah kebanyakan bidang lain juga meletakkan keselamatan antara perkara utama yg perlu diambik tahu. Malah signb0ard dengan tulisan seperti di atas adalah amat p0pular diletakkan di tempat2 tertentu.

Namun yg pasti terdapat satu lagi hal yg jarang2 diambil pusing, dan hanya disedari&disesali setelah ada yg terkena. Setelah yg sihat tidak lagi kekal kuat, yg muda tidak lagi kekal bertenaga, dan yg lama tak lagi rasa beharga

“Utamakan kesihatan”

Pernah Nampak tanda peringatan ini sebanyak peringatan keselamatan? Terutama di tempat kerja? di bidang teknikal? kurang bukan? Inilah sebenarnya pembunuh dalam senyap. Pembunuh&penyeksa yg tak disangka.

Jarang yg terfikir, apa kaitan kesihatan terutama dalam dunia teknikal? Bukankah kesihatan yg baik b0leh dicapai dengan pemakanan sihat&senaman yg cukup? Apa kaitan dengan kerja teknikal? Bukan kah keselamatan perlu ditumpukan kerana risik0nya yg mampu meragut nyawa? Hakikatnya ya. Namun keselamatan bukan lah satu hal yg perlu dirisaukan berlebihan kerana sudah pasti terdapat guideline atau garis keselamatan yg sememangnya disediakan dalam mana2 kerja berisik0. Hanya perlu patuhi garis keselematan&silakan, teruskan tugas anda dengan berhati2 dan f0kus. Itu sahaja.

Keselamatan&kemalangan. Sesuatu yg b0leh dilihat dengan mata kasar. Itu hakikat. kesihatan?

Dalam bidang teknikal sendiri, berapa ramai yg tahu gas2&asap, cecair kimia, habuk debu apa yg disedut&sentiasa terhidang di tempat kerja setiap hari? Jika apa yg disedut&dilihat p0n tidak tahu, masakan mereka tahu apa kesan yg mampu dibawa oleh semua itu? Dan sudah pastilah segala kesan sampingan itu jarang dirasakan dalam temp0h terdekat, apatah lagi sewaktu diri masih muda membara.

Kesan sampingan itu b0leh saja dianggap seperti hadiah persaraan. Hanya muncul di saat diri sudah semakin menginjak usia, sewaktu diri sudah terasa jemu utk meneruskan tugas. Bukan saja terpaksa menanggung kesan sampingan, hadiah persaraan yg istimewa ini juga mampu membuatkan segala yg dilakukan saban hari terbatas. Lebih malang lagi, nyawa menjadi pengganti.

Tidak percaya?

Buat saja kajian. Tanya saja sama mana2 mereka yg arif. Apa kesan sampingan menghidu terlalu banyak gas karb0n di0ksida, gas asetilena&gas2 lain yg selalu digunakan dalam kerja2 teknikal yg lain. Asap&debu hasil dari kimpalan, canai&pelbagai kerja2 lain mengandungi serbuk2 besi yg halus yg mengandungi pelbagai campuran l0gam yg ada diantaranya mampu membunuh serta merta jika terdedah dalam kuantiti yg melampau. Itu hanya sedutan. Hasil sedutan yg akan berakhir di paru2. Bayangkan saja.

Itu belum lagi dikira yg terdedah dengan kulit muka&badan. Ada yg mudah dibersihkan. Ada yg sukar. Namun jika difikirkan kembali, habuk2 yg sebesar zarah itu mana mampu dilihat dengan mata kasar. Mungkin ia hilang sewaktu dibersihkan. Ada yg meresap ke dalam kulit lalu menjalar di seluruh pembuluh darah. Siapa tahu? Itu jika kulit biasa. Bagaimana jika terdapat luka yg terdedah atau r0ngga2 badan yg memang sedia terbuka? Bayangkan saja.

Atau boleh saja pertimbangkan persekitaran bunyinya. Alunan irama yg terhasil dari mesin2 yg digunakan di kilang2, atau juga terhasil dari mana2 pr0ses yg dilakukan seperti pem0t0ngan, mencanai, mengetuk dsb. Alah bias tegal biasa. Irama yg mengetuk gegendang telinga sudah kedengaran biasa. Sudah dianggap seperti muzik r0ck yg sedap didengar. Namun bayangkan jika gegendang telinga yg disayangi diketuk saban hari dengan muzik serupa utk temp0h yg lama. Dengan kadar yg tinggi. Tahukah berapa frekuensi&kekuatan bunyi2 yg terhasil itu? Bagaimana mereka yg bekerja di tapak pembinaan? Kuari? Yg saban hari mendengar bunyi letupan ala2 perang? Bayangkan saja.

Ya, ini hanya sebahagian dari apa yg dihidang saban hari bagi mereka yg ada di bidang teknikal. aku bukan lah pakar@arif dalam hal2 ini. Aku hanya se0rang budak mentah yg merasa bertuah kerana berpeluang menerima amanat&nasihat dari mereka2 yg pernah menerima hadiah persaraan yg istimewa ini.

Keselamatan&kesihatan. Sama penting sama padan. Bezanya, keselamatan ibarat gajah depan mata manakala kesihatan ibarat semut dalam air minuman. Kita takut gajah pijak s0 kita sentiasa berjaga2 dengan pergerakan gajah. Tapi semut dalam air kita tak perasan sebap terlalu gel0j0h minum kadangkala kerana dahaga. Perumpaan yg teruk tapi mudah dipahami. Bayangkan saja.

250310

sessh0

Sunday, March 14

tutorial : apa itu favicon&camna mau install ke webpage

bismillah...
ekceli tak teringin p0n aku nak share ab0ut favic0n nih sebap malas nak taip2 but ntah camna favicon sessh0 tersayang yg aku duk guna tu dah hilang due t0 lay0ut changes rasanya. s0 aku tepaksa g0dek2 cari balik. susah yg amat bila kita da telupa apa yg kita ingat (???) tambahan pulak hampir semua website favic0n in english... s0 aku rasa jika ada tut0rial lam bahasa malaysia adalah lebih mudah&sem0ga dapat membantu kamu2 yg teringin nak ada favic0n sendiri :)

apa itu favicon?
ia adalah sh0rf0rm kepada favorite icon& dikenali sebagai website icon, shortcut icon, url icon@ juga bookmark icon. senang paham favicon itu adalah satu ic0n kecik yg kamu2 akan nampak pada adress bar/tab bar/bookmark bar atau mana2 tempat yg ada url website kamu itu. selalunya saiz icon adalah amat kecik.
terdapat bermacam2 cara utk install ini favicon. ada yg kena kecikkan gamaq, cari k0d, html, url, etc but itu lebih sesuai kepada mereka2 yg pr0 bab2 ini.
pada yg tak pr0 sepeti aku c0nt0hnya, biarlah digunakan cara mudah&senang hati. s0 mari kita mula :
  1. masuk ini website dan pilih mana2 ic0n c0mey yg ada kat situ. kaw nak guna ic0n sendiri p0n bleh. kat bahagian kanan ada ruangan utk br0wse sndiri gamaq yg kita mau jadikan ic0n itu. kaw bleh gamaq itu biarlah gamaq yg simple&bersais kecil.
  2. lepas selesai, maka akan muncullah url yg perlu di c0py oleh kamu2. ada dua url di situ. bagi bl0gger bl0gspot aku sy0rkan kamu gunakan url yg kedua itu kerana lebih mudah kerana ia direct terus dari itu website ke bl0g kamu
  3. masuk ke bl0g kamu sendiri&klik pada customize -> edit HTML. kemudian cari bahagian yg bertulis < / head > <kemudian paste kan di sini. pastikan ia berada di tengah2 head dan b0dy okeh>
  4. save template. view bl0g. yah000000 sudah siap!
tips : jika tak jumpa di manakah gerangannya < / head > itu, cuba klik search f0r w0rd (Ctrl F) &taipkan saja kemudian ia akan tunjukkan di manakah ia berada

*ekceli banyak jugak website percuma utk favic0n ini tapi aku suka kan ini website. mungkin kerana suda terbiasa. jika ada tak paham b0leh saja tanya sama aku. selamat mencuba&beramal :) *

sessh0

Friday, February 26

tips : elakkan sakit mata akibat kerja-kerja fabrikasi/kimpalan

sakit mata akibat terdedah kepada cahaya arka kimpalan bukanlah sesuatu perkara yg aneh kerana ia biasa dialami oleh hampir semua orang yg kerap terlibat dalam kerja2 kimpalan terutama kerja fabrikasi kerana mata lebih mudah terdedah berbanding kerja kimpalan biasa. jangan terkejut apabila mereka yg telah lama&biasa dalam kerja2 sebegini juga akan mendapat sakit mata kadang kala
terdapat tanda2 awal bagi sakit mata... selalunya mata akan menjadi pedih/mengeluarkan air mata&pandangan juga akan menjadi kelam. mereka yg melaluinya akan segera tahu yg ini adalah petanda awal sakit mata. temp0h masanya juga bergantung pada individu&tak dapat dipastikan
selain dari rasa pedih, sese0rang itu juga akan mengalami rasa tidak selesa pada kawasan mata. ada yg merasakan seperti terdapat biji2 halus setiap kali mengelipkan mata. ada yg merasa gatal&macam2 lagi (sakit p0n macam2 n0)
kata orang (dan juga kata aku) mencegah lebih baik dari merawat s0 here are s0me useful tips :
sebelum/semasa welding
  • pastikan g00gle@shield dipakai. tapi selalunya kaw kimpalan memang pakai s0 risik0 sakit mata kurang. yg selalu terkena adalah mereka yg buat kerja fabrikasi. walaupun memang 0rang n0rmal macam aku ni tak pakai sebarang alat pelindung mata sewaktu kerja fabrikasi (sebap memang org tak pakai p0n) tapi bagi beginner atau yg ada mata sensitip pakai je lah walaupun rasa leceh. kesihatan mata kamu itu lebih penting oke. tak pasti samada wujud atau tidak g00gle utk fabrikasi, s0 kaw nak glam0ur pakai saja cermin mata gelap style yg dibeli rm10 di pasar malam itu. bergaya sambil mengimpal. ai laikkkk :)
  • teknik/cara welding mau ada. maksudnya camnilah. punca sakit mata adalah sebap kita teng0k secara direct ke arah cahaya arka sewaktu mengimpal. itu memang punca utama selain dari asap2 etc. 0leh itu kena elakkan dari melihat cahaya itu lah. ada yg tanya, camna mau welding kaw tak nampak benda yg nak diwelding? jawapannya mudah saja. tentukan siap2 tempat yg mau di welding. bila da tau&n0zzle juga suda diletakkan di tempat yg sepatutnya, kepala itu segera lah berpusing ke arah lain. atau hanya perlu pejam mata saja. kena pandai2 agakla timing dia. ada yg cakap hal ini rumit dilakukan. 0pk0s lah. mau jadi pr0 memang lah rumit! s0 itu pasal kena belajar teknik2 yg ada dalam fabrikasi l0gam. practice make perfect! :)
selepas welding
  • minum air banyak2. tak kira air mineral/air masak/air zam2 atau air apa saja. yg penting bukan air berais batu. ini kerana welding ini melibatkan kerja2 panas+arus v0ltan elektrik etc. s0 badan kita 0t0metik akan jadi panas&kadangkala dalam kerja fabrikasi kita akan kena electric sh0ck sekali sekala (tapi bukan yg teruk la. kaw arus tinggi arwah dah la) s0 minum air ais batu akan buatkan badan bertambah panas&kering walaupun hakikatnya kita teng0k ais tu bukan main sejuk lagi. itu hanya mainan mata. eceh. haha. nak efektif lagi singgah kedai beli air cap badak&minum. yaaaa amat sejuk :)
  • selalu la pejam2 mata muhasabah diri. haha. pejam mata itu betul. ia membawa maksud kena rehatkan mata. muhasabah diri tu aku saja tambah. yalah selalu kaw pejam mata kita pikir macam2. apakata kita gunakan masa pejam mata yg sekejap itu utk muhasabah diri. bersyukur kerana diberi keizinan oleh Allah utk meneruskan kerja welding. kemudian baru pikir betapa teruknya hasil welding anda. ha ha :)
tersakit jugak mata
  • teh. sebelum tidur malam, bancuh lah teh utk diminum oleh mata anda. teh yg dibancuh hendaklah semata2 teh tanpa gula atau susu kerana mata anda hanya memerlukan bahan2 asli teh saja. bancuhan juga tak perlu banyak kerana mata anta tiada mulut utk minum. ambil sehelai tuala dan rendamkan dalam air teh tersebut. pastikan teh itu sejuk terlebih dahulu kerana mata anda tidak memerlukan tehOpanas kerana ia mungkin akan menyebabkan mata anda terus tak b0leh berfungsi. haha. selepas rendam dan diperah sikit, letakkan saja di kedua mata anda&biarkan. i'allah pada kees0kan hari sewaktu mau bangun s0lat subuh anda akan dapati mata anda segar bugar kembali. i'allah :)
  • timun/t0mat0. ini hanya perlu p0t0ng2&letak saja pada mata anda seperti yg selalu kita lihat dalam drama/filem di kaca tb. tp ini ntah la terbukti ke tak keberkesannya kerana ia selalu digunakan bagi tujuan kecantikan supaya mata lebih rileks. tapi i'allah juga berkesan :)
  • ubat. yah ini adalah jalan mudah bagi mereka yg sememanganya suka menggunakan jalan pintas&bahan2 kimia sebagai pendamping. memang lah mujarab tapi jika selalu kita guna... ntah la. macam ubat lah kan. anda p0n tahu itu. ia wujud dalam pelbagai bentuk juga. ada krim, titisan (eye dr0p) juga ubat makan. s0 lepas guna ubat anda hanya perlu berehat&tunggu sehingga sembuh :)
rasanya sudah cukup tips yg diberi. sememangnya ada banyak lagi tapi ini adalah antara tips2 yg p0pular&mudah diikuti. sem0ga memper0leh manfaat dari tips ini. alhamdulillah kerana aku tak penah lagi mengalami sakit mata sejak dari dulu hingga sekarang&sem0ga akan kekal buat selamanya. selamat mencuba&selamat beramal :)

*0h lupa satu hal lagi. semua tips di atas hanyalah berdasarkan pengalaman&apa yg berlaku di sekeliling aku. oleh itu mungkin ada yg tersalah di mana2 memandangkan aku masih lagi dalam perjalanan menceduk ilmu. s0 b0leh ditambah&ditegur jika mau :) *
sessh0

Tuesday, February 16

petunjuk alQuran&alSunnah berkenaan haid (part 1)

makna haid&hikmahnya
makna haid
  • bahasa : turun sesuatu secara mengalir
  • syara' : darah yg keluar dari wanita kerana fitrah kejadiannya tanpa sebarang sebap. keluar pada waktu2 yg diketahui. darah fitrah yg keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran
hikmah haid
  • sesungguhnya janin yg berada dalam perut ibunya tidak mungkin mendapat makanan seperti orang yg di luar. ini kerana tidak mungkin bagi se0rang ibu untuk menyampaikan makanan kepada anaknya dengan cara biasa
  • atas sebap ini Allah s.w.t menjadikan makanan utk janin dalam perut ibu daripada darah (ibunya). ia tidak perlua kepada pemakanan biasa (solid f00d) dan penghadaman. (zat makanan yg berada dalam darah ibu) sampai ke dalam badan janin melalui pusatnya&lantas memasuki urat2 sarafnya. inilah cara janin mendapatkan makanan
  • Maha Mulia Allah sebaik2 pencipta. inilah hikmah darah haid. oleh itu apabila berlaku kehamilan, se0rang wanita terputus haidnya. amat jarang berlaku haid ketika hamil. demikian juga bagi ibu2 yang menyusu, sangat sedikit bilangan mereka yg datang haid terutamanya di awal masa menyusu
sumber : syaikh muhammad al-shalih al-'utsaimin

Saturday, February 6

ab0ut TIG welding/machine that u sh0uld kn0w (basic 0nly)

aku dapati paling banyak carian yg tersesat masuk ke bl0g aku adalah tentang TIG welding. tapi agak kesian sebap tak dak maklumat yg buleh dipakai rasanya sebap my previ0us p0st that related t0 TIG welding was 0nly b0ut my w0rst pr0ject review :)
s0 bel0w are s0me basic inf0 f0r th0se wh0 never heard/wanna kn0w/interested 0n TIG welding
  • TIG - Tungsten Inert Gas
  • Kimpalan TIG memerlukan sebuah mesin kimpalan@dikenali dengan istilah penjana kimpalan untuk membekalkan kuasa kepada elektr0d kimpalan
  • b0leh guna sebarang mesin kimpal yg sama piawai samada jenis DC@AC tapi mesin tu mestilah boleh mengawal arus rendah dengan baik terutama pada ampere rendah, tapi selalunya mesin camtu biasanya besaq&susah utk mengawal arus pengeluarannya
  • TIG machine selalunya boleh membekalkan samada arus AC@DC ke elektr0d kimpalan. ia dilengkapi dengan injap s0len0id (check sendiri spelling. aku malas. haha) utk mengatur aliran gas pelindung&bekalan air bagi menyejukkan elektr0d tungsten. mempunyai satu suis pilihan kawalan samada kawalan tempatan@kawalan jauh serta kendalian tangan atau kaki utk buka&tutup saluran gas pelindung&air penyejuk
  • GTAW - Gas Tungsten Arc Welding (errr rasanya. aku da lupa la :p)


*see, banyak kan butt0n2 kat machine. memang sedikit c0mplex berbanding MIG machine tapi tak semua welding perlukan semua functi0n yg ada kat machine. s0 kaw malas tak payah hirau ja butt0n yg banyak2 tu but at least kena tau jugak bagi mengelakkan diri anda malu kerana tau pakai machine tapi tak kenai part2

0nce m0re i repeat. this is BASIC INF0 only. setakat utk tau apakah benda itu yg disebut2 TIG. kaw nak tau lebih lanjut buleh saja tanya aku. nanti aku bukak kitab balik. haha. maklumla da lama tak sentuh TIG.
but i admit it. sapa yg buleh buat TIG bermakna arka, gas, MIG sumanya mesti macam kacang tanah ja utk handle. bagi aku la.
sebap utk master TIG tangan mau lembut, skill mau ada, 0tak mau jalan. ha ha.

selamat beramal :)
sessh0

Wednesday, February 3

j0m s0lat (part 5)

Kaitannya Rukun Islam
Apabila menyebut tentang rukun yang lima itu, bertepatanlah dengan isu yang kita bincangkan kali ini. Oleh itu, ingin sekali saya memetik salah satu darinya iaitu rukun yang kedua, iaitu solat lima waktu. Jika kita lihat, seperti yang saya katakan tadi, rukun Islam adalah tatacara yang paling asas dalam Islam untuk diikuti. Malah kanak-kanak yang masih kecil lagi sudah mampu menghafalnya kerana sering kali diperdengarkan dengan rukun yang lima ini samada di rumah ataupun di tadika. Ini bermakna rukun Islam amat mudah diikuti dan diingati oleh sesiapa sahaja.

Oleh itu, kewajipan solat lima waktu itu seharusnya telah tertanam dalam diri masing-masing secara sedar atau tidak. Namun yang membezakannya hanyalah samada menunaikannya ataupun tidak. Bagaimana masih ada lagi umat manusia yang mengaku keimanan mereka tapi tidak melaksanakan apa yang sepatutnya? Jika kita lihat susunan rukun Islam itu sendiri pun kita sudah dapat mengetahui akan tujuannya.
Ucapan kalimah syahadah yang diucapkan adalah dilahirkan dari hati yang benar-benar mengakui kebesaran dan keesaaan-Nya, bagi membuktikan ketaatan dan tanda kesungguhan dan seterusnya membuktikan keislaman seseorang. Sesudah kita mengakui mestilah kita perlu membuktikannya. Adakah benar hanya Allah yang kita sembah dan adakah benar kita mengakui Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah atau ia hanya kata-kata semata-mata tanpa lahir dari hati? Di sinilah pentingnya solat untuk dikerjakan setelah ikrar syahadah dilafazkan. Malah bagi mereka yang baru memeluk Islam sekalipun (mualaf), perkara pertama yang akan diajar selepas syahadah adalah cara-cara menunaikan solat.
Solat boleh dikatakan sebagai bukti kesungguhan kita mengotakan janji dan segala ikrar yang pernah dilafazkan kerana dalam solat itu terkandung segala kata-kata pujian pada Allah S.W.T dan junjungan kita Rasulullah S.A.W. Ini dapat dibuktikan dengan sebuah hadith :

Saidina Umar r.a berkata - sebagaimana yang tersebut dalam kitab al mutha’ :
“sesiapa memelihara sembahyang dan tetap mengerjakannya, bererti ia memelihara agamanya; dan sebaliknya sesiapa yang mensia-siakannya maka ia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan agama yang lain”
Sebenarnya sembahyang itu tiang agama dan semulia-mulia asas islam yang lima sesudah dua kalimah syahadah

Solat juga membawa maksud doa. Sebagaimana yang dapat disaksikan, bahawa dalam sembahyang terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang tidak ada pada lainnya. Di antara ibadat-ibadat yang terhimpun dalam sembahyang ialah : bersuci, berdiam diri, menghadap kiblat, membaca doa iftitah, membaca Al-Quran, berdiri, ruku’, sujud, bertasbih dalam ruku’ dan sujud, berdoa dalam sujud, dan lain-lainnya, yang merupakan himpunan ibadat yang berbilang-bilang;kerana zikir sahahja adalah ibadat, dan bacaan Quran sahaja adalah ibadat, demikian juga halnya dengan tasbih, doa, ruku’ dan sujud,; tiap-tiap satunya adalah menjadi ibadat.
Bukan itu sahaja malah dalam solat juga mengandungi bacaan yang mampu membuat kita insaf serta mampu memberikan ketenangan. Solat juga adalah antara pengotaan ikrar yang utama kerana solat adalah perkara yang paling mudah tetapi cukup membawa erti untuk dilakukan. Mengapa dikatakan begitu?

Monday, February 1

tips : perkara asas yg perlu dimambil kira sebelum memulakan kimpalan arka

da selesai p0jek pertama. akhirnya 3ujian bagi kimpal lurus siap. s0 here are s0me tips f0r th0se yg maybe akan buat test kimpal lurus ni
harus diingat te0ri ibarat peta yg membantu menunjuk arah saja. utk dapatkan hasil yg diingini memang kita perlu cuba sendiri kerana te0ri&praktikal adalah agak berbeza dari segi hasilnya. sebap tu perkara utama yg perlu diambil kira adalah :
  1. arus - setiap mesin memiliki arus sesuai yg berbeza antara satu sama lain. s0 utk test arus yg sesuai try amik plate terpakai dan cuba g0res2/tap2/welding atas tu&lihat api kimpalan yg terhasil. perhatikan juga kumai/bit yg terhasil [petua : arus&kimpalan yg kuat b0leh dilihat jika sangga kumai (f0rget the right w0rd f0r this) tertanggal dengan sendirinya selepas dikimpal tanpa perlu di ketuk. ini adalah kimpalan yg perfec&kuat&bagus utk kimpalan paip]
  2. bahan kerja - kenalpasti bahan yg akan dikimpal samada jenis bar/h0ll0w/paip etc. kenalpasti juga ketebalan&saiz bahan. ini bagi memudahkan arus disesuaikan. c0nt0hnya arus utk plate bar 7" x 3" adalah lebih rendah berbanding plate bar 10" x 5" kerana keluasan yg lebih memerlukan arus yg lebih tinggi utk menampung keseluruhan plate. bagi jenis h0ll0w, arus lebih rendah memandangkan ketebalannya rendah bagi menggelakkannya berlubang [petua : test selalunya buat atas plate standard yg tak besaq mana kan. s0 utk elakkan kimpalan tersekat2 0 huduh akibat plate tak cukup panas&arus, try biasakan plate tu dengan haba dulu sebelum nak welding. cara mudahnya, letakkan ja plate tu berdekatan dengan mana2 plate panas yg kita duk test2 welding tu. bila da rasa agak panas, baru mulakan welding]
  3. elektr0d - saiz elektr0d jugak penting utk dapatkan hasil yg cantik. kenalpasti dulu saiz2 elektr0d. kalau b0leh belajaq cam saiz elektr0d dengan hanya pandang saja. bila da b0leh, belajaq kenal hasil kumai yg dibuat oleh setiap saiz elektr0d dengan hanya pandang saja. ini penting kerana kimpalan kita b0leh jadi lebar atau kecik hanya dengan bantuan elektr0d. penghasilan kumai serta peleburan l0gam juga ada hubungkait dengan elektr0d. kenalpasti juga arus yg sesuai utk setiap jenis elektr0d [petua : saiz elektr0d yg selalu guna adalah 12&10. elektr0d 12 tak perlukan arus tinggi&cepat lebur sebap dia halus. haha. kimpalan akan jadi amat kecik jika dikimpal terlalu cepat. s0 sambungan jadi tak kuat. aku lagi suka elektr0d 10 sebap arus tinggi. peleburan cantik&tak kelam kabut. kumai juga jelas&b0leh hasilkan kimpalan yg lebih panjang]
peringatan : segala petua di atas adalah hasil pemerhatian&kesimpulan yg dikutip berdasarkan pengalaman welding aku. hasilnya memang akan berlainan antara satu sama lain. ini perkara yg pasti kerana kita menggunakan mesin yg berbeza dimana arus juga berbeza. jangan jemu tuk praktis. cuba lembutkan tangan. belajar utk bukan saja tau camna nak mengimpal dgn cantik, tapi tau utk menilai sesuatu hasil kimpalan. tiada ilmu yg setanding dengan pengalaman sendiri. selamat mencuba&selamat beramal :)
sessh0

Saturday, January 30

tingkatan manusia

ada 4 tingkatan manusia
  • islam - kebanyakan manusia berada di tingkat ini
  • beriman - sukar utk dikekalkan kerana syaitan sentiasa berusaha menyesatkan. sebap tu iman ada turun&naik
  • bertaqwa - tak ramai lah. dugaan yg diterima lebih hebat
  • beramal s0leh - mereka yg c0nfirm mendapat tempat di syurga i'allah
pilih sendiri mau ada di tingkat yg mana. wallahualam

*sapa yg ada penerangan lebih detail amat dialukan utk menambah&menegur yg mana kurang*

Thursday, January 21

cara pemasangan mata gergaji

kerja gegas memang melecehkan. dan meletihkan
aku gergaji plat senget. s0 memang naya la nak kena kikir balik kasi sama
ketepatan memang penting dalam mana2 kerja mekanikal
tepat. jitu. padu
0h, sila ambik perhatian dalam kerja pemasangan mata gergaji
arah yg salah bukan sahaja b0leh mencacatkan hasil kerja
tapi mata gaji juga cepat r0sak. maka sia2 lah menggergaji pada mata yg tumpul
  • amik mata gergaji. pegang di hadapan anda. perhatikan jika terdapat anak panah yg sedia ada ditunjukkan pada mata gergaji
  • jika ada. pastikan arah yg ditnjukkan pada anak panah dipasang pada bahagian depan
  • jika tiada tanda, perhatikan arah mata gergaji. arah mata gaji yg betul ada lah begini :
<<<<<<<<<<< (camni lebih kurang arah mata. bayangkan dalam keadaan senget mcm gigi jaws)
  • arah mata gaji sepeti di atas haruslah dipasang pada bahagian depan. jika dah habis xpaham, try amik l0gik. arah kita mau gergaji kan dari belakang ke hadapan. s0 kita perlukan bahagian yg tajam menyentuh bahan kerja dulu. kan kan kan
  • masukkan lubang mata gergaji pada tempatnya. dimulakan bahagian depan. kemudian masukkan bahagian belakang. dan kunci seketatnya
selamat mencuba&selamat beramal :)

*p/s : sedang meniti saat2 kesukaran dalam hidup. d0akan agar aku sentiasa kuat di jalan ini*
sessh0

Monday, January 18

sambungan perbincangan : BERJAYA YG SEBENARNYA
Kejayaan di akhirat ini juga mempunyai pelbagai maksud dari banyak pendapat. Ada yang mengatakan kejayaan ini sama ertinya dengan kemenangan. Apa pula maksud kemenangan…?

Kemenangan dalam erti kata mudah ialah berjaya menewaskan atau berjaya dalam sesuatu yang dilakukan secara bersaing ataupun antara seseorang dengan pihak yang lain. Sebagai contoh menang dalam sesuatu pertandingan atau peraduan. Namun di sini kemenangan yang dibincangkan bukanlah berkaitan dengan pertandingan atau peraduan yang ada tetapi membawa maksud yang lebih besar dan hebat. Kemenangan yang sentiasa didambakan oleh setiap umat Islam yang ada di muka bumi ini, iaitu kemenangan akhirat.
Kita selalu dengar, Hari Raya Aidilfitri disambut kerana meraikan kemenangan umat Islam yang telah berperang dengan hawa nafsu yang boleh saya katakan sebagai musuh dalam selimut. Maal Hijrah pula disambut bagi meraikan kemenangan Rasulullah dan sahabatnya yang terdahulu berhijrah seterusnya membuka lembaran baru bagi Islam. Apa sebenarnya kemenangan dari sudut Islam…?
Berdasarkan contoh yang telah saya beri di atas, dapat kita lihat secara umumnya kemenangan dari sudut mata Islam lebih kepada kejayaan seseorang individu itu melaksanakan tanggungjawabnya sendiri sebagai Islam yang sejati. Contoh yang paling dekat dan mudah ialah seperti rukun Islam yang. Kejayaan seseorang menjalankan segala perkara yang lima itu akan dianggap satu kemenangan yang akan dihitung di akhirat kelak. Maka kemenangan ini adalah salah satu daripada kemenangan akhirat. Itu baru melakukan perkara lima yang wajib. Bayangkan apabila kita berjaya melakukan perkara-perkara sunat dan melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan oleh Allah terhadap hambanya di muka bumi ini. Betapa besar kemenangan kita yang dihimpun di akhirat kelak.
Jika di dunia, apabila kita mendapat sesuatu kemenangan, semestinya kita akan mendpat hadiah yang setimpal. Dalam erti kata lain, jika lebh risiko bagi kemenangan itu, maka lebih besar ganjaran yang akan diperolehi. Begitu juga dalam konteks kemenangan dan kejayaan akhirat. Lebih besar pengorbanan dan sempurna amalan yang dilaksanakan maka besarlah ganjaran bagi kemenangan yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kemenangan dalam erti kata yang sebenar.
Apa yang dapat dijelaskan di sini, kejayaan dan kemenangan bukanlh perkara yang sama namun kejayaan diperlukan bagi memperoleh kemenangan. Ini bermakna dua istilah ini adalah saling berkaitan dan akan menjadi symbol dalam menilai seseorang, samada di mata manusia atau di mata Allah. Cuma yang menjadi perbezaannya hanya Allah yang lebih mengetahui dan tidak pernah salah dalam menilai dan menentukan segala kejayaan dunia dan akhiarat sedangkan manusia hanya menilai kejayaan yang didamba manusia sahaja