♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Showing posts with label jig and fixture. Show all posts
Showing posts with label jig and fixture. Show all posts

Friday, February 11

jig dan lekapan / jig and fixture (part two)

bismillah...
akhirnya kita seperti yang dijanjikan, aku akan sambung lagi info tentang jig dan lekapan ni.
actually aku baru settle presentation for this topic so sementara masih segar meh la kita share sama sama

Jig
kita mulakan dengan jig dulu *teringat time mula mula kenal jig aku sebut makhluk tu sebagai jeep hehe. aku pun pelik ada juga benda lain nama jeep. ingat jeep kenderaan ja* seperti dah bagitau sebelum ni, jig tu kegunaanya selain dari memegang benda kerja ia juga berfungsi sebagai pemandu arah bagi mata alat tu untuk buat sebarang kerja.

ada dua jenis jig yg utama :
  • jig pengapit/jig terbuka / open jig / clamp jig
  • jig kotak / jig tertutup/ closed jig / box jig

jig pengapit/jig terbuka / open jig / clamp jig
jig ni diberi nama sebegini sebap bentuknya / tugasnya yang seperti pengapit. selalunya diikat pada benda kerja untuk proses drilling/membuat lubang. jig spesis ni pun ada banyak jenis antaranya :
- jig bulat (ring jig)
- jig pengapit sesendal (bushed clamp jig)
- jig reversible (boleh diterbalikkan)
- jig plat (clamp-on jig)
- jig diameter
- jig saluran (channel jig)

jig kotak / jig tertutup/ closed jig / box jig
yang ni pulak selalunya berbentuk empat segi macam kotak lah *tengok nama pon dah tau* cumanya dia tak diikat pada benda kerja sebaliknya benda kerja tu yg dimasukkan ke dalamnya atau diikat padanya untuk kerja drilling atau sebarang kerja lain. tapi selalunya memang digunakan untuk kerja drill la jig ni tak kira samada untuk countersink (penembusan) counterbore *aku da lupa apa maksudnya dalam bahasa* atau apa-apa kerja boring (buat lubang) la.
contoh jig ni antaranya :
- jig engsel (leaf jig)
- jig sudut

sebenarnya fungsi bagi semua jig ni lebih kurang sama saja. yang membezakan adalah kesesuaian jig tu dengan benda kerja. itu yang kamu kamu kena faham. konsepnya amat mudah. actually kita sendiri pon boleh cipta jig untuk kegunaan kita sendiri bergantung kepada kerja yang kita nak buat. sebap tu benda ni terlalu general untuk diceritakan. camtu jugak dalam bidang industri. setiap masa teknologi jig ni akan berubah seiring dengan kegeniusan pihak yang terlibat bagi memantapkan lagi pengeluaran mereka.


aku juga ada pengalaman sendiri mencipta jig ni sewaktu zaman muda rumaja dulu. sewaktu aku didera untuk siapkan projek rak aku yang tak seberapa *time ni la aku ingat jig tu macam jeep* tapi sampai sekarang aku masih keliru untuk mengkategorikan jig aku tu samada dalam spesis jig atau lekapan. ha ha. biasa lah. bos aku pun panggil benda tu jig sedangkan aku rasa dia tu lekapan. tapi macam aku cakap sebelum ni. jig dan lekapan memang sukar untuk dibezakan sebap kebanyakan fugsinya hampir sama.
mechanical
*jig dibuat bagi mempercepatkan rangka rak siap. so bila ada jig boleh buat 2 serentak dengan ukuran yang tepat dan sama. lebih mudah kan?*
mechanical
*haha sibuk letak gambaq sendiri ja. bukan apa, nak letak gambaq contoh untuk jig-jig yang lain payah sebap gambaq berat. haha alasan~ tak pa kalau nak mintak saja sama aku nanti okeh
*

oh dah melalut aku. ha ha. nak share fakta tapi tercerita tentang diri sendiri lak. gila glamour betul. ha ha.
so setakat ini dulu. i'allah akan ada bahagian ketiga untuk aku share dengan kamu-kamu tentang lekapan pulak.
sebenarnya jugak aku nak explain tentang setiap jenis jig di atas tapi rasa malas sebap terlalu banyak. so kalau ada yang tanya nanti aku explain lah dalam ruangan comment saja mengikut permintaan.

selamat membaca dan selamat beramal :)

sessh0

Friday, January 21

jig dan lekapan / jig and fixture

bismillah...
jig dan lekapan ni pada asasnya memang untuk memegang benda kerja. fungsinya hampir sama tapi sebenarnya tak serupa. lebih macam kembar tak seiras la. so kali ni au nak cuba terangkan secara simple saja. bak kata orang kampung aku, terang cara bodo2 apa benda jig dan lekapan ni dan perbezaannya.

persamaan antara jig dan lekapan
  • the only same thing between jig and fixture is its function to hold the workpiece untuk tetap berada pada tempatnya *ececei nak skeeeping kah lidey :p
  • kedua-dua makhluk ni digunakan bagi memudahkan proses pengeluaran sesuatu penghasilan pada kos yang lebih ekonomi berbanding memiliki mesin khas bagi setiap operasi yang ingin dilakukan (sebap jig/lekapan ni boleh ditukar/disilihganti bila-bila masa ikut kerja yang kita nak buat. kan jimat. ruang pun jimat. kos pun jimat daripada nak beli mesin khusus untuk setiap kerja)
  • ketepatan yang dihasilkan juga tinggi. sebap tu boleh guna untuk kerja duplikasi
  • bahan yang digunakan untuk membuatnya juga mesti dari bahan yang mempunyai tahap ketahanan terhadap kehausan yang tinggi sebap ia melibatkan kerja pemotongan logam

perbezaan antara jig dan lekapan/difference between jig an fixture

  • jig bukan saja bertindak bagi memegang benda kerja tapi juga mampu memberi panduan untuk operasi kerja dijalankan. maknanya jig dapat membantu dalam memberi panduan,membentuk, menahan, menyokong, untuk setting benda kerja dan macam-macam lagi berbaning dengan lekapan yang hanya berfungsi untuk memegang benda kerja.
  • selalunya jig digunakan dalam kerja drill dan antara jig yang biasa digunakan adalah jig jenis pengapi (clamp jig) selain itu jig kotak atau jog tertutup juga digunakan (box jig)
  • lekapan pulak selalu digunakan lam kerja grinding. lebih kurang kerja yang melibatkan permukaan benda kerja la.

oh rasanya setakat ni dulu. nanti ada masa aku kongsi lagi. perlu out dengan segera sebap bajet ta cukup. pa na buat. sekarang zaman ujian melanda. na internet kena mai cc=kopak duit. ha ha.

so kaw ada apa apa tak faham or nak tau lagi boleh saja tanya. i'allah aku akan cuba cari kan :)

*jig dan lekapan part two*

sessh0