♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, April 21

tips fabrikasi : lentur besi tanpa guna mesin

bismillah...
walaupun tak ramai yang mau amik tau pasal benda ni tapi aku nak jugak share disebabkan aku hanya tau benda benda camni saja so layan saja lah.

pernah tak bila p umah orang atau lalu mana mana tempat dan kita nampak grill pintu atau pagar rumah orang cantik saja berhias corak bunga atau motif motif lain? mesti selalu kan...
so pernah tak teringin nak tau camna benda tu dibuat?

*contoh besi yang dilentur jadi corak bunga kununya*

actually secara kebiasaan untuk buat melenturkan besi besi tu memang memerlukan alat khas. ada yang panggil banding machine etc. so kebanyakan kedai fabrikasi logam mesti ada punya mesin untuk lentur besi ni supaya senang mau design project.
namun bagi usahawan kedekut seperti aku *mengaku tak pa* atau juga mereka mereka yang saja buat untuk suka suka boleh cuba teknik ini. amat menjimatkan & mudah. cuma perlu tenaga & make sure ia kukuh la. kaw tak memang boleh mendatangkan bahaya.

so ni lah rupabentuk makhluk ni

*see simple saja kan. tak terjangkau akalmu lalala~*

  1. cari sumthing yang agak agak kuat untuk dijadikan body dia. boleh guna paip *but make sure ia besi bukan paip pvc or plastik haha* tapi kalau nak rasa kukuh boleh guna round bar. tak perlu cari yang baru. amik saja saki baki yang dah digunakan saja.
  2. cari satu rod kecik dan kalau boleh padat la. tak perlu panjang sangat *tengok macam dalam gambar*
  3. welding rod besi tu kasi lekat pada body dia *round bar tu lah* boleh guna plat besi untuk lekatkan atau apa apa saja yang logik digunakan.
  4. bila dah siap, boleh ikat di ragum & clamp dia kasi stabil oke. siap boleh guna!

*cara mau kepak besi kasi bentuk bentuk sikit :) *

harus diingat , make sure kimpalan anda benar kuat sebap nanti time bending silap silap rod tu boleh terlucut dan terpelanting lalu singgah di muka sesiapa yang berdekatan.
kalau boleh ketebalan plate/flat bar tu pun harus diambil kira gak. kadang kadang plate yang tebal susah sikit nak lentur sebap perlukan tenaga yang kuat.

selamat mencuba & selamat beramal

oh kalau ada apa apa nak tau boleh saja tanya sama aku. satu soalan sekupang oke :)

Sunday, April 3

tips : elakkan sakit mata akibat kerja-kerja fabrikasi/kimpalan [part two]

bismillah...
hari ni entah hari ke berapa Perlis dalam banjir namun alhamdulillah, ayiaq sudah mula surut dan kering.
oleh itu sibuklah orang orang kampong membersihkan rumah masing masing termasuk lah juga rumah ku. errr kecuali aku. haha. biasalah budak malas. aku hanya mampu tolong ibu berus lantai kat tempat parking keta dan cuci dinding luaq umah saja sebelum melarikan diri untuk tidur :D
ya ya aku memang kejam. tak payah mengutuk kerana aku sedar diri haha.

so disebabkan banjir ni aku berkesempatan melepak dengan lebih lama di samping berkongsi cerita dengan member-member yang dah jarang jumpa.
so dalam duk rabung sembang entah camna boleh terkeluaq tips aneh tapi bagus dari kawan aku tentang sakit mata welding nih.

err actually kami sedang sembang pasai glasses. yang mana ori yang mana cun yang mana tiruuaann. camna kesan guna glasses biasa ni pada mata bila guna untuk welding etc...
oh banyak cerita pulak.

so here's the tips. sebelum aku lupa, let me remind kamu kamu. tips ni hanya untuk selepas welding dan mata kamu sudah terdapat tanda tanda awal untuk sakit. bukan lah selepas sakit oke. kalau dah sakit sila rujuk balik entry aku yang sebelumnya di sini

  • cuci mata bagi bersih dulu
  • cari besen atau mangkuk besaq dan isi dengan ayiaq suam. make sure jangan terlalu panas kerana ia akan digunakan untuk merendam mata kita yang berharga ni oke
  • masukkan garam secukup rasa. tak perlu masin sangat. cukup sekadar lidah kita dapat detect rasa masin tu. ingat kita nak buat rawatan mata dan bukannya mau masak gulai lauk mata okeh.
  • so bila da siap tunggu apa lagi. celikkan mata anda luas luas dalam air garam tersebut.
  • buat 2, 3 kali sampai rasa selesa

ramai yang cuak bila dengaq mata nak kena rendam dalam ayiaq garam *aku pun cuak juga pada mulanya*
but don't worry. mata anda tak akan merasa terseksa malahan selesa. mungkin pada mula mata akan sedikit terkejut tapi biasalah. mungkin kandungan dalam garam tu sedang bertindak balas dengan apa yang ada dalam mata kita.

biarpun aku tak penah cuba lagi tips ni *sebap aku dah lama tak kena sakit mata nih and i wish i don't have to lah* tapi berdasarkan pengalaman kengkawan aku ia adalah amat mujarab.
apa pun terserah saja pada kamu kamu untuk pilih cara yang terbaik yang dirasakan bersesuaian.


i'allah kalau ada lagi tips tips yang baru akan aku share kat sini.
sessh0

Saturday, April 2

tips : menangkap lintah di kala banjir :)

aku sudah dapat kerja baru --> penangkap lintah yang berjaya :)

*curi kat google*ini encik lintah. say hello~

seronok rupanya main dengan haiwan lembut nih. geli geli saja bila dia merayap atas tapak tangan.
mula mula sengaja belajar main dengan lintah, sebagai persediaan mana tau nanti kot diserang beliau&adik beradik sespesisnya.
tapi rupanya menangkap lintah sewaktu banjir ni boleh buat duit.
sekoq rm1. ha sapa nak bagi free free rm1 kan? dah la nak tangkap pun senang ja. pejam mata pun boleh.
tak caya?
  • cari lokasi yang sesuai. actually lintah mudah didapati di mana mana sewaktu banjir kerana air memenuhi segenap ruang. so lintah akan dengan happy nya berenang renang. namun jika nak mudah cari lah di kawasan yang air agak cetek *orang perlih kata cangkat* dan boleh nampak dasar bagi memudahkan penglihatan. ya lah kalau dah air paras pinggang kaler air pun dah macam milo camna nak nampak kan?
  • berdasarkan kajian tak berilmiah aku, lintah jarang bergerak dalam keadaan ayiaq yang tenang. maksud aku, risiko kamu kamu di ratah lintah akan kurang jika berada dalam ayiaq yang tenang. kata ibu mungkin mak dia dah pesan time kecik kecik dahulu kalau nak cari makan p cari tempat yang ayiaq bergelora. hebat jugak teori ibu ku~
  • sebap tu lah kita jarang sedar masa yang tepat diratah lintah. sedaq sedaq sudah melekat di kaki. sebap selalu dia datang menyinggah sewaktu kita sibuk meraduk ayiaq. so apa yang perlu kamu kamu buat adalah kocok - kocok ayiaq disekitar anda. tak pun pura pura jogging setempat ka. ha ha.
  • sebelum menangkap si lintah elok lah dibasahkan dulu tangan agar perasaan geli geli sewaktu lintah merayap berkurang. ini kerana bukan saja kulit lintah tu bersifat geli geli malah beliau juga akan mengeluarkan lendir geli geli apabila berada lama pada kulit kita.
  • harus diingat badan lintah juga boleh memanjang sesuka hati beliau. oleh itu selepas menangkapnya pastikan kedua dua tangan anda berfungsi dengan baik sebap beliau akan cuba memanjangkan badannya untuk melepaskan diri.

tengok badan beliau sudah memanjang macam ulaq


dah dapat. boh dalam botoi. pastu tutup lah. senang kan?




actually ada beberapa jenis 'senjata' yang boleh digunakan untuk melemahkan semangat lintah. contohnya bau gas/petrol. asap rokok jugak boleh. see rokok bukan saja boleh membunuh manusia malah membunuh lintah. hehe. cuka juga boleh digunakan dan oh, jika kamu kamu pakai but getah memang lintah tak kan dekat sebap beliau tak suka juga bau getah.
sessh0

Sunday, March 14

tutorial : apa itu favicon&camna mau install ke webpage

bismillah...
ekceli tak teringin p0n aku nak share ab0ut favic0n nih sebap malas nak taip2 but ntah camna favicon sessh0 tersayang yg aku duk guna tu dah hilang due t0 lay0ut changes rasanya. s0 aku tepaksa g0dek2 cari balik. susah yg amat bila kita da telupa apa yg kita ingat (???) tambahan pulak hampir semua website favic0n in english... s0 aku rasa jika ada tut0rial lam bahasa malaysia adalah lebih mudah&sem0ga dapat membantu kamu2 yg teringin nak ada favic0n sendiri :)

apa itu favicon?
ia adalah sh0rf0rm kepada favorite icon& dikenali sebagai website icon, shortcut icon, url icon@ juga bookmark icon. senang paham favicon itu adalah satu ic0n kecik yg kamu2 akan nampak pada adress bar/tab bar/bookmark bar atau mana2 tempat yg ada url website kamu itu. selalunya saiz icon adalah amat kecik.
terdapat bermacam2 cara utk install ini favicon. ada yg kena kecikkan gamaq, cari k0d, html, url, etc but itu lebih sesuai kepada mereka2 yg pr0 bab2 ini.
pada yg tak pr0 sepeti aku c0nt0hnya, biarlah digunakan cara mudah&senang hati. s0 mari kita mula :
  1. masuk ini website dan pilih mana2 ic0n c0mey yg ada kat situ. kaw nak guna ic0n sendiri p0n bleh. kat bahagian kanan ada ruangan utk br0wse sndiri gamaq yg kita mau jadikan ic0n itu. kaw bleh gamaq itu biarlah gamaq yg simple&bersais kecil.
  2. lepas selesai, maka akan muncullah url yg perlu di c0py oleh kamu2. ada dua url di situ. bagi bl0gger bl0gspot aku sy0rkan kamu gunakan url yg kedua itu kerana lebih mudah kerana ia direct terus dari itu website ke bl0g kamu
  3. masuk ke bl0g kamu sendiri&klik pada customize -> edit HTML. kemudian cari bahagian yg bertulis < / head > <kemudian paste kan di sini. pastikan ia berada di tengah2 head dan b0dy okeh>
  4. save template. view bl0g. yah000000 sudah siap!
tips : jika tak jumpa di manakah gerangannya < / head > itu, cuba klik search f0r w0rd (Ctrl F) &taipkan saja kemudian ia akan tunjukkan di manakah ia berada

*ekceli banyak jugak website percuma utk favic0n ini tapi aku suka kan ini website. mungkin kerana suda terbiasa. jika ada tak paham b0leh saja tanya sama aku. selamat mencuba&beramal :) *

sessh0

Friday, February 26

tips : elakkan sakit mata akibat kerja-kerja fabrikasi/kimpalan

sakit mata akibat terdedah kepada cahaya arka kimpalan bukanlah sesuatu perkara yg aneh kerana ia biasa dialami oleh hampir semua orang yg kerap terlibat dalam kerja2 kimpalan terutama kerja fabrikasi kerana mata lebih mudah terdedah berbanding kerja kimpalan biasa. jangan terkejut apabila mereka yg telah lama&biasa dalam kerja2 sebegini juga akan mendapat sakit mata kadang kala
terdapat tanda2 awal bagi sakit mata... selalunya mata akan menjadi pedih/mengeluarkan air mata&pandangan juga akan menjadi kelam. mereka yg melaluinya akan segera tahu yg ini adalah petanda awal sakit mata. temp0h masanya juga bergantung pada individu&tak dapat dipastikan
selain dari rasa pedih, sese0rang itu juga akan mengalami rasa tidak selesa pada kawasan mata. ada yg merasakan seperti terdapat biji2 halus setiap kali mengelipkan mata. ada yg merasa gatal&macam2 lagi (sakit p0n macam2 n0)
kata orang (dan juga kata aku) mencegah lebih baik dari merawat s0 here are s0me useful tips :
sebelum/semasa welding
  • pastikan g00gle@shield dipakai. tapi selalunya kaw kimpalan memang pakai s0 risik0 sakit mata kurang. yg selalu terkena adalah mereka yg buat kerja fabrikasi. walaupun memang 0rang n0rmal macam aku ni tak pakai sebarang alat pelindung mata sewaktu kerja fabrikasi (sebap memang org tak pakai p0n) tapi bagi beginner atau yg ada mata sensitip pakai je lah walaupun rasa leceh. kesihatan mata kamu itu lebih penting oke. tak pasti samada wujud atau tidak g00gle utk fabrikasi, s0 kaw nak glam0ur pakai saja cermin mata gelap style yg dibeli rm10 di pasar malam itu. bergaya sambil mengimpal. ai laikkkk :)
  • teknik/cara welding mau ada. maksudnya camnilah. punca sakit mata adalah sebap kita teng0k secara direct ke arah cahaya arka sewaktu mengimpal. itu memang punca utama selain dari asap2 etc. 0leh itu kena elakkan dari melihat cahaya itu lah. ada yg tanya, camna mau welding kaw tak nampak benda yg nak diwelding? jawapannya mudah saja. tentukan siap2 tempat yg mau di welding. bila da tau&n0zzle juga suda diletakkan di tempat yg sepatutnya, kepala itu segera lah berpusing ke arah lain. atau hanya perlu pejam mata saja. kena pandai2 agakla timing dia. ada yg cakap hal ini rumit dilakukan. 0pk0s lah. mau jadi pr0 memang lah rumit! s0 itu pasal kena belajar teknik2 yg ada dalam fabrikasi l0gam. practice make perfect! :)
selepas welding
  • minum air banyak2. tak kira air mineral/air masak/air zam2 atau air apa saja. yg penting bukan air berais batu. ini kerana welding ini melibatkan kerja2 panas+arus v0ltan elektrik etc. s0 badan kita 0t0metik akan jadi panas&kadangkala dalam kerja fabrikasi kita akan kena electric sh0ck sekali sekala (tapi bukan yg teruk la. kaw arus tinggi arwah dah la) s0 minum air ais batu akan buatkan badan bertambah panas&kering walaupun hakikatnya kita teng0k ais tu bukan main sejuk lagi. itu hanya mainan mata. eceh. haha. nak efektif lagi singgah kedai beli air cap badak&minum. yaaaa amat sejuk :)
  • selalu la pejam2 mata muhasabah diri. haha. pejam mata itu betul. ia membawa maksud kena rehatkan mata. muhasabah diri tu aku saja tambah. yalah selalu kaw pejam mata kita pikir macam2. apakata kita gunakan masa pejam mata yg sekejap itu utk muhasabah diri. bersyukur kerana diberi keizinan oleh Allah utk meneruskan kerja welding. kemudian baru pikir betapa teruknya hasil welding anda. ha ha :)
tersakit jugak mata
  • teh. sebelum tidur malam, bancuh lah teh utk diminum oleh mata anda. teh yg dibancuh hendaklah semata2 teh tanpa gula atau susu kerana mata anda hanya memerlukan bahan2 asli teh saja. bancuhan juga tak perlu banyak kerana mata anta tiada mulut utk minum. ambil sehelai tuala dan rendamkan dalam air teh tersebut. pastikan teh itu sejuk terlebih dahulu kerana mata anda tidak memerlukan tehOpanas kerana ia mungkin akan menyebabkan mata anda terus tak b0leh berfungsi. haha. selepas rendam dan diperah sikit, letakkan saja di kedua mata anda&biarkan. i'allah pada kees0kan hari sewaktu mau bangun s0lat subuh anda akan dapati mata anda segar bugar kembali. i'allah :)
  • timun/t0mat0. ini hanya perlu p0t0ng2&letak saja pada mata anda seperti yg selalu kita lihat dalam drama/filem di kaca tb. tp ini ntah la terbukti ke tak keberkesannya kerana ia selalu digunakan bagi tujuan kecantikan supaya mata lebih rileks. tapi i'allah juga berkesan :)
  • ubat. yah ini adalah jalan mudah bagi mereka yg sememanganya suka menggunakan jalan pintas&bahan2 kimia sebagai pendamping. memang lah mujarab tapi jika selalu kita guna... ntah la. macam ubat lah kan. anda p0n tahu itu. ia wujud dalam pelbagai bentuk juga. ada krim, titisan (eye dr0p) juga ubat makan. s0 lepas guna ubat anda hanya perlu berehat&tunggu sehingga sembuh :)
rasanya sudah cukup tips yg diberi. sememangnya ada banyak lagi tapi ini adalah antara tips2 yg p0pular&mudah diikuti. sem0ga memper0leh manfaat dari tips ini. alhamdulillah kerana aku tak penah lagi mengalami sakit mata sejak dari dulu hingga sekarang&sem0ga akan kekal buat selamanya. selamat mencuba&selamat beramal :)

*0h lupa satu hal lagi. semua tips di atas hanyalah berdasarkan pengalaman&apa yg berlaku di sekeliling aku. oleh itu mungkin ada yg tersalah di mana2 memandangkan aku masih lagi dalam perjalanan menceduk ilmu. s0 b0leh ditambah&ditegur jika mau :) *
sessh0

Monday, February 1

tips : perkara asas yg perlu dimambil kira sebelum memulakan kimpalan arka

da selesai p0jek pertama. akhirnya 3ujian bagi kimpal lurus siap. s0 here are s0me tips f0r th0se yg maybe akan buat test kimpal lurus ni
harus diingat te0ri ibarat peta yg membantu menunjuk arah saja. utk dapatkan hasil yg diingini memang kita perlu cuba sendiri kerana te0ri&praktikal adalah agak berbeza dari segi hasilnya. sebap tu perkara utama yg perlu diambil kira adalah :
  1. arus - setiap mesin memiliki arus sesuai yg berbeza antara satu sama lain. s0 utk test arus yg sesuai try amik plate terpakai dan cuba g0res2/tap2/welding atas tu&lihat api kimpalan yg terhasil. perhatikan juga kumai/bit yg terhasil [petua : arus&kimpalan yg kuat b0leh dilihat jika sangga kumai (f0rget the right w0rd f0r this) tertanggal dengan sendirinya selepas dikimpal tanpa perlu di ketuk. ini adalah kimpalan yg perfec&kuat&bagus utk kimpalan paip]
  2. bahan kerja - kenalpasti bahan yg akan dikimpal samada jenis bar/h0ll0w/paip etc. kenalpasti juga ketebalan&saiz bahan. ini bagi memudahkan arus disesuaikan. c0nt0hnya arus utk plate bar 7" x 3" adalah lebih rendah berbanding plate bar 10" x 5" kerana keluasan yg lebih memerlukan arus yg lebih tinggi utk menampung keseluruhan plate. bagi jenis h0ll0w, arus lebih rendah memandangkan ketebalannya rendah bagi menggelakkannya berlubang [petua : test selalunya buat atas plate standard yg tak besaq mana kan. s0 utk elakkan kimpalan tersekat2 0 huduh akibat plate tak cukup panas&arus, try biasakan plate tu dengan haba dulu sebelum nak welding. cara mudahnya, letakkan ja plate tu berdekatan dengan mana2 plate panas yg kita duk test2 welding tu. bila da rasa agak panas, baru mulakan welding]
  3. elektr0d - saiz elektr0d jugak penting utk dapatkan hasil yg cantik. kenalpasti dulu saiz2 elektr0d. kalau b0leh belajaq cam saiz elektr0d dengan hanya pandang saja. bila da b0leh, belajaq kenal hasil kumai yg dibuat oleh setiap saiz elektr0d dengan hanya pandang saja. ini penting kerana kimpalan kita b0leh jadi lebar atau kecik hanya dengan bantuan elektr0d. penghasilan kumai serta peleburan l0gam juga ada hubungkait dengan elektr0d. kenalpasti juga arus yg sesuai utk setiap jenis elektr0d [petua : saiz elektr0d yg selalu guna adalah 12&10. elektr0d 12 tak perlukan arus tinggi&cepat lebur sebap dia halus. haha. kimpalan akan jadi amat kecik jika dikimpal terlalu cepat. s0 sambungan jadi tak kuat. aku lagi suka elektr0d 10 sebap arus tinggi. peleburan cantik&tak kelam kabut. kumai juga jelas&b0leh hasilkan kimpalan yg lebih panjang]
peringatan : segala petua di atas adalah hasil pemerhatian&kesimpulan yg dikutip berdasarkan pengalaman welding aku. hasilnya memang akan berlainan antara satu sama lain. ini perkara yg pasti kerana kita menggunakan mesin yg berbeza dimana arus juga berbeza. jangan jemu tuk praktis. cuba lembutkan tangan. belajar utk bukan saja tau camna nak mengimpal dgn cantik, tapi tau utk menilai sesuatu hasil kimpalan. tiada ilmu yg setanding dengan pengalaman sendiri. selamat mencuba&selamat beramal :)
sessh0

Wednesday, July 29

kaedah menghafaz Al-Quran

Melancarkan sebutan ayat-ayat al-qur’an yang ingin dihafal.

Pastikan tiada kesalahan pada baris, makhraj huruf dan menepati sifat yang wajib bagi tiap-tiap huruf agar tidak bercampur di antara satu huruf dengan huruf yang lain.
Setelah membaca dengan lancar dan tanpa terdapat sebarang kesalahan mulalah menghafal dengan kaedah di bawah:
a. Beristighfar kali.

b. Berselawat kepada Nabi SAW. 7 kali.

c. Baca ayat berikut , 7 kali:

“inna nahnu naz’zalna’ zikqra wain’na lahu laha’fizun”

d. Baca surah al-fatihah 1 kali.

e. Baca do’a pembukaan menghafal al-qur’an

4. Mulalah menghafal dengan hati yang tenang dan khusyuk dengan mengambil tiga ayat atau lima ayat untuk dihafal.

5. Jangan terlalu gopoh dengan tujuan untuk cepat ingat.

6. Hafalkan dalam kadar satu maqraq(*) atau dua halaman dalam satu masa.

contoh:

Ayat pertama Ulang sebanyak 30x

Ayat kedua Ulang sebanyak 30x

ayat satu dan dua diulang bersama sebanyak 10x

ayat ke tiga buat ulang seperti ayat satu dan dua 30x

diulang ayat satu dan dua dan ditambah dengan ayat tiga sebanyak 10x

nota : begitulah seterusnya sehinggalah bertemu ayat yang kesepuluh. dan apabila berjumpa ayat yang seterusya yakni ayat sebelas maka disusun semula daripada sebelas dan seterusnya.. pastikan jika ayat melebihi daripada sepuluh maka haruslah diulang seperti contoh diberikan ini. jika satu2 surah itu melebihi daripada 10 ayat keatas maka anda digalakan meletakan target setiap kali mengulang dan menhafaz haya sepuluh ayat sahaja. dan anda mebuat kiraan semula selepas masuk ayat 11. contoh : 1-10 / 11/20 ayat. begitulah seterusnya.

ayat 1 hingga 10 - 11 hingga 20 - 21 hingga 30 dan begitulah seterusnya.

7. Apabila selesai menghafal bacalah do’a penutup :

Perkara Yang Perlu Diperhatikan Dalam Menghafaz Dan Menjaga Hafazan Al-Quran :

1. Ulangi bacaan hafalan disetiap ketika tanpa rasa jemu dan bosan.

Menghafallah ditempat yang sunyi, tenang dan jauh dari maksiat.
Cuba bawa ayat hafalan dalam solat dan sentiasa solat malam.
Gunakan hanya sebuah al-qur’an sahaja yang menepati mashaf Uthmani.
Mengutamakan solat di awal waktu dan berjamaah di masjid.
Sentiasa berwudhu’ dan takut kepada Allah.
Memulakan dan mengakhiri bacaan dengan do’a dan sentiasa menjaga adab dan memuliakan al-qur’an.
Kurangkan ketawa dan banyak mengangis.
Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Kurangkan makan, tidur dan berbual kosong dan elakkan dari memakan yang syubhat.
Banyakkanlah berpuasa sunat dan segala amalan sunat yang lain.
Sentiasa menjaga mata semata-mata kerana Allah dan tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk kepentingan peribadi dan segala sesuatu yang sementara.
Untuk menajaga hafalan.
a. Sentiasa takut kepada Allah

b. Sentiasa berwudhu’

c. Sentiasa solat malam

d. Sentiasa bersugi

e. Sentiasa bersuci bila berhadas.

f. Melakukan solat sunat Hifzi pada sepertiga malam.

cara solatnya:

i) Rakaat pertama _ YASSIN

ii) Rakaat kedua _ AL -DUQHAN

iii) Rakaat ketiga _ AS-SAJADAH

iv) Rakaat keempat _ AL-MULK

v) Baca do’a setelah selesai solat.

Warllahuaqlam…

* tenkiu pada ustaz utk pek0ngsian ilmu. ana mintak izin c0py. ekceli ada banyak teknik yg buleh diikut n kaedah ni adalah salah satu daripadanya. tepulang kat kita yg mana sesuai utk diamalkan*